Showing posts with label loke yew. Show all posts

Orang Yang Asyik Ingatkan Duit dan Di Tahan Semalam

Posted Date: : Apr 8, 2004 10:03 AM
Aturcara majlis: 8 atau 9 pagi, tak pasti - Bangun ketika mentari sudah terbit. Yang aku tau semalam Abang Rom tanpa niat telah buat aku kerja sampai aku rasa aku kena tahan sampai pukul 10 malam. Semalam balik dengan keadaan letih sekali. Aku patut stay sampai pukul 12 malam pastu buat carwash, sebab nak setelkan duit yang aku pinjam dari Abang Nayan RM2. Tapi lepas aku rilek atas katil, tetau aku dah terlelap. Berapa kali aku bukak mata balik, tapi tak larat nak bangun. OK, lepas bangun, basuh muka, aku bawak bahan-bahan yang perlu aku sketch pastu bila aku sampai ofis terus transfer atas Mac. Tak pernah-pernah aku buat sebab idea aku selalu out. Kalau car wash, car wash jer la... 10:30 pagi - Lepas satu kereta, cost RM3.50, terus cari nasik lemak. Not good,... dah habis dah kat kedai Mamak, aku bungkus bihun goreng jer dan teh o ais. Sepatutnya aku pegi ofis pukul 9 pagi. 11 pagi - Buat skuter, dapat RM2 + tip RM1. Pastu aku rasa dah tak ada car wash work. Hari kerja macam Rabu ni memang kereta slow sikit masuk. Aku perasan sorang lagi pekerja shif malam masuk. Ia mengecilkan skop pendapatan kami. Aku sambung sketch tadi. 12 tgh hari - Aku declare off kerja carwash dan prepare ke ofis. To conclude, aku dapat RM6.50. Tolak sarapan tadi = RM2, ban kon = RM0.50 untuk dapat baki RM0.50 buat baki tambang, roti kacang merah + keropok ubi dengan sos satay 'Diction' (macam-macam style dah diorang buat jajan ni) = RM0.70 juga untuk pecah duit tambang, total RM3.20. Ada RM3.30 dan tolak duit tambang RM3.20, ada balance 10 sen. Adil? Tu pun time aku bersiap, Jo datang bilik aku dan mintak RM2 yang aku pinjam semalam. "Abang Nayan mintak." Damn! Orang yang asyik ingatkan duit! "Kalau aku bagi ko, aku takder duit tambang dah." Aku suruh dia tolong bayarkan dulu tapi Jo tak kerja tadi. "Malam ni," final words aku. Teruk juga orang ni. Aku kat tempat car wash Nayan ni dah lebih 4 bulan, dan dia masih tak percaya aku. Tu aku tak kisah. Tapi bila masuk bab duit ni, dia dah sampai tahap menyamakan aku dengan penagih-penagih tu yang pinjam puluh-puluh ringgit. Jauh beza. Dan ini first time aku pinjam Nayan, dengan jumlah yang kecil.... One thing yang aku tak suka about Nayan ni, ialah relationship pekerja dengan majikan yang teruk, dan tiada tolerate, This sucks! To p/s the day, aku naik bas 11D ke Batu Caves pukul 1:40 tgh hari, sampai dalam pukul 2:30 petang. Terus buat page Input Output dengan Mac yang perlahan. Ada 2 orang staf baru yang buat praktikal, sorang laki, sorang perempuan. Aku tak jelas nama yang laki tu sebab telinga aku dah out. Hah! Aku kena cepat, that's why aku kena pegi kerja everyday pukul 9 pagi. But,.. not this way. Satu page update untuk satu hari adalah progres kerja yang SANGAT PERLAHAN! Aku rasa nak balik cepat. Perlu kerja keras lagi esok. Dengan dana yang terhad. Tiada apa-apa untuk dihadam malam ni. Pathetic.

I Am Not A Superhuman : In The Phase of Trey Parker Year 1995


Posted Date: : Apr 7, 2004 11:41 AM
Semalam, selepas balik dari ofis di Batu Caves, about 6pm, dan sudah berada di KL about 7pm (bas 11D berhenti kat area Mydin - Kotaraya), terus berjalan ke Loke Yew. Hell, 2 times a day, rutin sebegitu. Aku nak sampai di Loke Yew secepat mungkin, untuk sampai di kedai mamak, jadi it create tired. Masa aku order roti kosong dan air kosong aku, dah pukul 7:30 malam. Aku nak cepat habiskan roti aku, air aku supaya aku boleh catatkan jurnal aku, dan terus tidur (selepas semalam tak tidur) at 8 pm. Tapi tak berlaku. Bila aku bukak beg aku je, ada la india ni yang dah diberitahu oleh perkerja india di kedai mamak tu yang aku ni suka menconteng (no! that's art! art that work!) mintak aku lukis muka dia. "Saya tengah malas sebenarnya,..." aku berterus-terang. Tapi india kedai yang promote aku tu laju je beri kertas untuk aku lukis si customer kedai dia. "Ada gambar tak?" kata aku sebab aku fail buat live sketch. Dia keluarkan gambar saiz pasportnya. Jadi aku terus lukis like nothing happen. Ok, la... at least dia belanja milo ais aku. Selepas dia senyum menerima hasil kerja aku, aku terus tulis jurnal aku, sedang aku out of point apa benda yang nak ditulis. Aku tidur a few minutes after 8:30pm. Aku budget bangun pukul 12 malam buat car wash, kalau nak pegi ofis esok, dan makan tapi aku letih sangat. End up aku tidur sehingga hari esoknya, Selasa mula cerah. Aku nak ke Batu Caves dengan cepat. Jadi aku terpaksa tak buat car wash. Aku hutang RM2 dari Jo yang jaga duit, kata kat dia aku janji bayar malam ni. Aku campur balance RM2 semalam untuk duit tambang, jadi RM4. Kalau dikira, RM3.20 habis untuk tambang pergi balik KL - Batu Caves - KL. Untuk pecahkan RM2 jadi RM1.60 (bayaran tepat untuk perjalanan sehala) aku beli roti ban kaya (biasanya aku ambik roti ban kacang merah, my favourite) for 40 sen. Itulah sarapan aku sebab nothing I have. Aku menapak balik dari Loke Yew ke area Kotaraya - Mydin yang ambik masa hampir setengah jam. Bas 11D bergerak ke Batu Caves a few minutes after 8:37 am, jadi aku rasa aku sampai kat ofis pukul 9:15 am. Jadi kerja di Batu Caves boleh diaturcarakan seperti ini: 9:30 pagi - sambung coloring character design, yang ambik masa berjam-jam 11:00 pagi - scan advertisement Yamaha yang ambik masa berjam juga sebab Mac slow, resolusi pula tinggi, bermakna file besar dan perlukan memory tinggi 12 tgh hari - sketch karakter Professore dan terus scan,... masukkan logo Rottworld 1-3 petang - kerja aku sebenarnya banyak menunggu scanner aku berjalan. The next is 3 cover CD, perut aku lapar pulak, tapi aku ada 40 sen jer lagi, untuk aku guna malam ni. No lunch! Lunch is dead! Kepala aku pulak dah start pening. Tapi aku tak tahu ap'sal aku masih boleh bertahan lagi sebagai humam being. 5 petang - Mungkin (maknanya perkara ni masih lagi dirancang) tinggalkan ofis time ni. Mungkin berjalan dengan perlahan untuk save tenaga aku. Mungkin ada india lain yang suruh aku lukis muka diorang pulak. Yang aku tau 12 tgh malam ni aku kena kerja on car wash, untuk setel RM2 dan juga cover duit tambang dan kehidupan seterusnya esok. (Actually we still at the office at 8:35pm) Yang aku pasti, ialah editor aku, Abang Rom akan selalu meledak dengan progres kerja yang perlahan ni. 2 bulan, still nothing. Siap sangkut certain hari. Sekarang ni pulak aku melihat diri aku perlu ke ofis everyday. Tak kira kalau aku tak ada duit sekalipun. Ia buat aku tak berdaya langsung untuk hubungi keluarga. Sepatutnya, aku perlu lebih bersedia masa start terima kerja kat Batu Caves sebab aku terima 3 kerja dari Abang Rom. Revamp ROTTW, revamp G&B dan renovate the deadly, Rottworld. Tak termasuk kerja-kerja kecil macam logo redROTTW, banner, design t-shirt baru. Aku perlu sediakan ilustrasi. Kepala aku juga berfikir tentang Undiscovered Territory. Aku perlu ke sana dan at least contribute sesuatu. Tapi sepatutnya aku kena cari rumah sewa yang jaraknya dekat dengan ofis dan belanja at least sebulan. Itu perlu aku prepare seawal sebulan yang lalu. Tapi aku dah hilang RM400 dan jurnal aku. What to do...

SAYA BUAT PARTIKEL INI SUPAYA ANDA SEMUA BACA PARTIKEL INI, KERANA ANDA DESERVE SESUATU, DAN ANDA PERLU TAHU UPDATE SAYA


Posted Date: : Apr 6, 2004 8:20 AM
Sejuk rasanya. Di ketika ini, Kuala Lumpur, yang belum sempat mengeringkan dirinya, sudah mula dihujani air langit untuk kali ke berapa aku tak kira. Tempat tidur aku jadi lembab. Tidak selesa rasanya untuk tidur. Aku tak kira juga berapa banyak lubang-lubang di atap yang menyebabkan bilik aku basah. Sungguh menyedihkan. Ia meresapi kemeja tebal pusaka abang aku yang jadi jaket aku ketika malam beku. Kalau aku buat laundry sendiri, tak tahu berapa jam hasil laundry aku akan kering. Perut aku sentiasa lapar, itu memang dah biasa. Lumrahkah? Aku baru lepas pulih dari demam. Buat 2 kerja pada satu masa. Kerja 1, car wash di Jalan Loke Yew, untuk cover duit tambang ke Batu Caves,... duit makan belum tentu. Kerja 2, design work di Batu Caves pula banyak menyebabkan aku miskin dan restraint emosi sebab kerja ni perlahan dan aku tak tau bila ia akan membuahkan hasil, mungkin 2 bulan lagi, melihatkan progres aku yang amat lembab. Kalau pressure tiap hari, aku patut balik ke Kuala Terengganu saja. Tapi ada sebab aku still stay di sini. Sebab mimpi belum berakhir. Ia baru bermula. Tinggal di Loke Yew yang aku anggap sementara itu memang buat gementar dan derita. Aku selalu memikirkan kerja aku yang macam tak berjalan di Batu Caves. Semalam, setelah sekian lama, aku berjalan kembali ke Sungei Wang untuk cari 'makanan jiwa', selalunya di kedai-kedai art books. Atau di Lot 10. Sekarang aku perlukan sokongan. Perlu rakan-rakan sealiran supaya kreativiti ini tidak mati di sini, dan ia dapat dicerna. Untuk specify, 2 hingga 4 april 04 yang lepas, ada hari IdN di ruang legar Sungei Wang. Kalau aku ajak orang, it's like bore dan nuthin'. Tapi the next 17 + 18 april 04, di Berjaya Times Square ada showcase Undiscovered Territory (rakan2 Doxob dan Digital Malaya perlu tahu). Jadi kita jumpa di sana.  OK, aku akan list apa yang aku buat a whole day, yang sempat aku catat. Mungkin bukan tiap2 hari tapi aku cuba catat apa yang aku terdaya.
Isnin, april 5, 04
8:30 am - Tinggalkan Loke Yew selepas dapat RM5.50. Duit tambang, dan makan yang termampu. Kalau pukul 8:30 masih ada kat Loke Yew, maknanya sampai kat Batu Caves dalam pukul 10. Dalam kepala aku, aku asyik terpikir susunan kerja di Batu Caves, sebab aku sebenarnya dah tahap kritikal, sedang dalam masa yang sama, cukup cintakan kerja seni di Batu Caves,....... tapi ia tak cintakan aku, buat masa ni.
10 am - Blank! Mac yang aku pakai dah tak friendly font. Tak tau ap'sal banyak font hilang.
11 am - Ke tandas, aku dah weak,..... aku perlu basuh muka, perlukan 'kesihatan'. Oh! Damn! Aku tak tidur lagi.
12 am - Buat ilustrasi untuk rujukan peribadi. Untuk kaler je dah ambik masa sehari.
 
1:30 pm - Epi suruh scan cover CD untuk kolum CD review.
3 pm - Lunch, atau ke kedai bawah, minum sambil cari inspirasi design. Masa yang weird untuk turun minum, biasanya lunch start at 12 0r 1. Bawak majalah banyak. Tapi masa bukan untuk aku
3:30 pm - Balik ke ofis. Hari nak start hujan. Mac digunakan (selalunya) untuk scan gambar. I turn to another Mac just for writing purpose.
That's it....
Selalunya diorang (rakan ofis) leave at 5 or 6 pm,... pernah kami ditahan hingga pukul 10  malam. Then, when will I sleep? Sampai di Loke Yew, hell, pukul 12 malam aku kena terus buat kerja car wash, sampai la cukup duit tambang dan makan (cukup makan saja, aku selalu sangat berlapar). But that's OK, the dream is not over yet! Proses ini berlalu almost everyday except weekend. Tapi weekend aku sepatutnya guna untuk dapatkan tidur secukupnya. Aku selalu juga tak dapat pergi ke ofis sebab, tak cukup duit tambang, ataupun ke ofis dalam waktu kritikal, macam sampai pukul 2 petang, atau 3 (time ofis dah tutup, macam hari Sabtu lepas, setengah hari kerja. Gila! Aku pergi ofis for nothing, dan nothing la RM3.20 that I can use for my energy saviour). I choose it? Jauh dari expectation. Aku sepatutnya well prepared. Tapi Allah ada ujian untuk aku. Sebab di Kuala Terengganu aku tak belajar langsung tentang ini. Dan lama juga aku tak hubungi keluarga. Dan mereka tak tahu dimana aku berada. Itu ego aku. Aku degil sangat. Mana2 kami, satu keluarga berada, sebenarnya kami takkan tinggalkan konsep contact each other. Biar hubungan kami sentiasa kekal. Itu semulia sifat manusia yang sentiasa ingat-mengingati saudara mereka tak kira apa jua keadaan. Tapi aku pilih sebaliknya, kerana aku belum bersedia,..... dengan kenyataan yang pahit ini. Yang menyebabkan misery menyelinap setiap hari di Kuala Terengganu, tak tahu kenapa...... Kalau korang boleh beri sokongan untuk aku, aku memang boleh berhubungan dengan keluarga. Kalau korang beri ruang untuk aku bicara. Di luar sana mereka tak beri peluang langsung.

Sleepy Hollow


Posted Date: : Mar 18, 2004 6:28 PM
"Aku off dulu. Aku dah 2 hari dah tak tido." Betul aku tak tido 2 hari. Tapi aku baru lepas tido 3 jam atau kurang. Tak justify. "At least ko tido gak tadi. Aku tak tido lagi ni, " kata Harry. Since when? Sejam yang lepas? Sure! Dan kami meninggalkan Lo-Q 10;40 pagi selepas sarapan kami yang ringkas. Tapi Harry tetap potong duit aku kes short semalam. Kami sampai di ofis dalam pukul 12 lebih, dan dengan cepat kami cari air supaya kami tidak dehydrate. Dehydrate membuatkan kami slow. Perlu tido. By the way, check http://www.blynk3n.cjb.net , scan jurnal pertama selepas 2004.

p/s: that cjb thing is dead already.

Total Pageviews

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Nazri Ahmadeus ialah penulis untuk majalah ROTTW. Dia juga sering dikerah untuk melukis komik yang katanya "...bukanlah karya terbaik yang pernah saya hasilkan. Belum cukup Orson Welles..."

Followers