Showing posts with label takziah. Show all posts

[TAKZIAH] Pelawak Mr. Os Meninggal Dunia

Pelawak terkenal, Mohd Yusof bin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr. Os telah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 2.50 petang Jumaat tadi di Hospital Selayang dekat sini akibat kanser paru-paru. Anaknya, Mohd Hafizul Mohd Yusof, 20, berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak Isnin lalu selepas lemah dan sesak nafas.

Berita kematian Allahyarham telah disampaikan oleh anak perempuannya, Husna Yusof melalui laman Facebook:

"Assalamualaikum dan salam Jumaat. Abah saya Mohd Yusof bin Abdul Hamid (Mr. Os) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak. Jenazah akan di bawa pulang ke Gombak. AL-FATIHAH."

Allahyarham yang berasal dari  Kuala Kangsar, Perak memulakan karier seni pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung lakonannya. Ini diikuti dengan watak utama dalam filem Mr Os setahun kemudiannya yang benar-benar menaikkan namanya. Beliau juga pernah berlakon dalam se sebuah produksi Indonesia iaitu filem Bisikan Arwah memegang watak sebagai Parta, seorang pemuda kampung yang telah dibunuh beramai-ramai dan kemudianya kembali menjelma untuk membalas dendam. Ianya lakonan pertama dan terakhir beliau dalam filem seram. Pada tahun 1990, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi lakonan berkesannya sebagai pemuda autisme dalam filem Adik. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem Mr.Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah(1997).

Karier lakonannya tenggelam dan beliau menyepi sejak tahun 1997, seterusnya bekerja sebagai seorang pengusaha perkhidmatan teksi yang menarik perhatian umum yang telah lama tidak mengikuti perkembangan beliau dan pada tahun 2009, kembali, ke persada seni Malaysia sebagai pengacara untuk rancangan televisyen TV9, Apa Ke Halnya? dengan identiti sebagai pemandu teksi.

Bersama pelawak Abon, mereka menubuhkan duo pelawak Osbon sehingga muncul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) dengan memenangi hadiah wang tunai RM350,000 pada final pertandingan itu di Stadium Malawati, Shah Alam pada tahun 2012.

Kali terakhir beliau menguruskan perniagaan chalet yang dinamakan Chalet D’ Kampung Mr Ost yang terletak di Kampung Kota Lama Kanan, empat kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar. Chalet tersebut menawarkan pelbagai chalet pilihan dalam suasana kampung.

Adnan Abu Hassan meninggal dunia [TAKZIAH]

Komposer Adnan Abu Hassan telah meninggal dunia. Menurut mesej di Facebook oleh seorang rakan, Mohariz Yaakup: "Dato Adnan Abu Hassan telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Selayang pada jam 2.17 pagi tadi. Jika ada salah silap beliau pada anda sekalian, harap diampunkan. Sedekahkan pahala bacaan Al Quran untuk beliau. Semoga rohnya bersama orang orang beriman dan beramal soleh."

Sebelum ini media melaporkan tentang Allahyarham yang dalam keadaan kritikal dan berada di unit ICU Hospital Selayang selepas diserang angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang berfungsi.

Allahyarham yang berusia 57 ketika menghembuskan nafas terakhir dikenali sebagai penerbit rakaman di mana beliau telah banyak menerbitkan lagu-lagu hit seperti "Sinaran" nyanyian Sheila Majid,dan "Janji Manismu" nyanyian Aishah . Lagu ciptaan beliau yang cukup popular antaranya Memori Cinta Luka (Nassier Wahab), Memori (Sheila Majid), Camar Yang Pulang (Aishah), Puncak Kasih (Ziana Zain), Rindu Padanya (Camelia), Getaran Cinta Di Jiwa (Liza Hanim), Bunga-bunga Cinta (Misha Omar), Tua Mengejar Kita (Fauziah Latiff) dan Jerat Percintaan (Siti Nurhaliza). Beliau juga ialah penerima Anugerah Wirama pada tahun 2010 di majlis Anugerah Industri Muzik ke-17.

Jenazah Adnan akan disembayangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang. Salam takziah dari kami di BACKSTAGE.MY buat ahli keluarga dan saudara Allahyarham.

Man Dayak (Lefthanded) meninggal dunia [SALAM TAKZIAH]

Kami  baru saja menerima berita kematian rakan pemuzik Man Dayak atau nama sebenarnya Rahman Othman, dikenali sebagai pemain dram kumpulan Lefthanded.

Salam Takziah buat buat keluarga Allahyarham Man Dayak,  semoga roh beliau dirahmati, diberkati dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber foto: MYSPACE

Total Pageviews

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Nazri Ahmadeus ialah penulis untuk majalah ROTTW. Dia juga sering dikerah untuk melukis komik yang katanya "...bukanlah karya terbaik yang pernah saya hasilkan. Belum cukup Orson Welles..."

Followers