Buku Butterfingers yang bertajuk Untuk Seketika Ku Hilang (EDISI TERHAD) nukilan Izuan Shah kini dibuka untuk tempahan sempena sedekad sejak kemunculan album Selamat Tinggal Dunia.
Tempahan buku ini telah dibuka sejak semalam, 17 Mac sehingga 31 Mac 2016. Bagi yang berminat, layari laman sesawang di www.monoloque.com (klik pada barangan rasmi diikuti 'Pustaka' untuk tempahan). Tempahan dibuka secara dalam talian sahaja.
Selamat Tinggal Dunia yang dirilis pada tahun 2005 merupakan album berbahasa Melayu sepenuhnya yang pertama dari Butterfingers setelah sekian lama berkarya dalam bahasa Inggeris dan berkiblatkan muzik barat, di mana band ini mula meneroka aspek bunyian berciri tempatan dan kembali kepada akar penulisan lagu dengan lirik berbahasa Melayu yang dizahirkan pada trek-trek seperti "Ngilu (Hidup makan tidur mati muzik)", "Cuai", "Kabus Ribut", "Merpati Sejoli", dan "Tentang Tentang". Album ini tak lari dari kontroversi apabila media arus perdana mengkritik lirik tulisan Butterfingers pada lagu "Merpati Sejoli" yang berterus-terang menghentam wartawan hiburan sebagai 'pondan' dan 'homoseksual'.
#SelamatTinggalDunia #10tahun #Sedekad #Butterfingers
Penerbitan FIXI akan melancarkan buku CERPEN TERBAIK 2015 pada
2 April ini pada jam 12:00 tengahari di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya bersempena MPH BOOKER VILLE CARNIVAL yang berlangsung dari 29 Mac hingga 3 April.
CERPEN TERBAIK 2015 merupakan usahasama Buku Fixi dan Putrajaya International Book Fair. Ia diharapkan akan terus menjadi aktiviti tahunan! Untuk edisi kedua ini, novelis dan pengkritik Wan Nor Azriq telah memilih 20 cerpen (termasuk tiga dalam Bahasa Inggeris) yang telah terbit di pelbagai media Malaysia sepanjang 2015. Buku ini dicetak sekali (3,000 unit) sempena PIBF 2016 dan takkan dicetak semula.
Antologi cerpen ini bakal menampilkan karya-karya seperti:
Siapa Bunuh Keluangman? | Syafiq Ghazali
The Mamak Detectives | Julya Oui
Pascasejarah X: Negeri Tanpa Matahari | Fahd Razy
Pemain Paling Dibenci | Muhammad Hafizuddin Salleh
DSLR | Khairil Idham Ismail
Kota(k)uala Lumpur | Azrin Fauzi
Doppelgänger | Dipika Mukherjee
Gril Pintu, Kancil Biru | Zakaria Ali
Good Boy | Ridhwan Saidi Bicara Tiga Wanita | Regina Ibrahim
Unknown Numbers | Nadira Ilana
Perutusan Wanita-wanita Ulung Melayu | Syahidatul Munirah
Sara | Sufian Abas
Petang. Jumaat. Hujan | Mohd Azmen
Penjaga Lif Bunuh Diri, Hantu Gadis Jepun dan Ular Hitam bermata Merah | Zainal Rashid Ahmad
Gesekan Biola Terakhir | Lokman Hakim
Rumah | Rebecca Ilham
Kampung Kami Terbelah Dua | Hafizah Iszahanid
Deus ex Machina | Aziz Zabidi
Sampaikan khabar ini, Hanuman | Uthaya Sankar SB
12 Mac 2016, 5 petang di Perumahan Awam Sri Tioman 1, Taman Melati.
"W" ialah antologi gambar + warna yang diterbitkan sempana Ikal Mayang 2016 yang dikendalikan oleh WOMEN:girls. W boleh sahaja diertikan sebagai Warna, Wanita, Wow, Who atau Whateva. 10 jurufoto dari pelbagai gender menghasilkan bukan sahaja ‘gambar yang bercakap’ tetapi ‘teks dari lensa hati’. Ini juga merupakan buku foto pertama terbitan Fixi. Dicetak 2,000 unit pada Mac 2016 dan takkan diulangcetak.
Buku (200 halaman warna) ini akan dijual dengan harga RM15 di pelancaran.
Mulai 14 Mac, ia takkan dijual oleh Fixi tapi akan diberi percuma dengan setiap pembelian RM100 di Kedai Fixi dan kemudian percuma dengan pembelian RM150 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Target untuk habis sepenuhnya pada awal Mei.