Nuff said, will travel

Thursday, March 31, 2016

Ulasan filem: ZOOLANDER 2

15 tahun dalam pembikinan, hasilnya Zoolander 2 ialah sekuel yang tak mengadili kehebatan filem pertamanya. Ianya sekuel yang teruk. Ianya bukan fitting tribute buat penulis asal filemnya, mendiang Drake Sather walaupun mereka memanggil penulis yang hebat macam Justin Theroux (Tropic Thunder) untuk membantu penulisan. Pendek kata, hilangnya zaman kegemilangan Zoolander di dalam filem ini menggambarkan hilangnya gemilang idea gila-gila yang membuatkan Zoolander pertama berjaya. Watak yang segar dulu, tidak sesegar itu lagi dengan lawak-lawak yang boleh dijangka. Seawal filem, ada Justin Bieber yang dibunuh untuk kesan lawak yang sikit saja kesannya terasa tetapi bermasalah apabila filem ini mahu menyumbat terlalu banyak cameo dari orang industri fesyen. Maka kita diberi adegan beberapa saat Marc Jacobs, Valentino dan Anna Wintour, tapi malangnya mereka bukan pelawak dan ia tak beri kesan langsung pada filem ini. Adegan David Bowie yang muncul seketika dalam filem pertama lengkap dengan lagu "Let's Dance" jauh lebih pecah perut. Yang menggantikan mendiang Bowie sebagai rujukan pop culture Zoolander kali ini ialah Sting. Ya, Zoolander 2 ada Sting. Habis semua benda Sting dan The Police mereka quote untuk buat kita rasa kelakar tapi hanya kelakar pada peminat Sting sahaja. Filem baru ini lebih bodoh sebenarnya yang lebih banyak mengulang old gags yang tak segar lagi setelah  diulang-ulang. Malah dengan pelakon yang hebat macam Benedict Cumberbatch membawa watak model androgynous berambut panjang warna putih tanpa kening bernama All pun tak membantu filem ini. Apatah lagi watak yang establish seperti Jacobim Mugatu lakonan Will Ferrell yang tak sampai sinister-nya.

Really hoping Mugatu could save the movie though....

Paramount selalunya berjaya dengan sekuel komedinya, mengambil contoh Hot Tub Time Machine 2 dan Anchorman 2: The Legend Continues, malangnya nasib yang sama tak menyebelahi Zoolander 2 biarpun punya barisan pelakon yang hebat.

Ini buat saya hanya ingin beri 5 saja dari 10 markah penuh filem.

Sinopsis: Supermodel terkenal Derek Zoolander telah berkahwin dan kini mempunyai seorang anak lelaki. Bersama rakan modelnya, Hansel, kedua-dua mereka ingin kembali ke puncak selepas lama menyepi. Tetapi ia bukan mudah apabila mogul fesyen jahat, Mugatu, kembali untuk merosakkan rancangan mereka.

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2016
Genre: Komedi
Durasi: 1 Jam 42 Minit
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Ben Stiller, Owen Wilson, Penelope Cruz, Christine Taylor, Kristen Wiig
Pengarah: Ben Stiller

Ulasan filem: 13 Hours: The Secret Soldiers Of Benghazi

"When everything went wrong,one family man and five stock characters had the courage to do what was right, .... or was it?" - tagline 13 Hours yang sepatutnya.

Pada mulanya, saya rasa 13 Hours ok saja jika dilihat pada permukaannya. Taklah hebat sangat seperti yang digembar-gemburkan di group Facebook Movie Addict. Filem ini keluar di Malaysia ketika filem Allegiance turut keluar, jadi ahli-ahli MA buat perbandingan mana lagi best: 6 askar Benghazi ke atau 6 pelarian dalam Allegiance. Ramai menyebelahi 13 Hours for the sake of entertainment. Saya kata mamat drummer Whiplash dalam Allegiance tu (Miles Teller) seorang je dah tapau 5 askar Benghazi sebab 13 Hours sangat nazak dalam bab pembentukan watak sampai semua watak-wataknya jadi stock characters. Ini memenatkan saya dan buat saya terlelap sebab saya dah tak tahu siapa dan siapa pada satu-satu adegan bilamana watak-watak ini tak dikembangkan dan ia stereotaip askar Amerika dalam sinema Hollywood.

13 Hours jadi tambah deteriorating bila lontaran dialognya teruk, penulis skripnya tak peduli langsung  tentang watak yang terlibat membuatkan kita tidak memahami situasi yang sedang berlaku yakni pergolakan yang dihadapi di Libya sebab Michael Bay seperti biasa menantikan babak-babak aksi yang nampak 'over the top' tapi pengisiannya kosong dengan klise fast cut, gerak kamera bergegar dan suntingan yang tak teliti.

Bayhem dan propaganda Amerika melalui filem bukan perkara baru tetapi yang menyakitkan kita bila sebuah dokumen berdasarkan realiti seperti 13 Hours (buku asalnya tulisan Mitchell Zuckoff) menjadi fantasi kerana situasi politik yang berlaku dalam filem tak dijelaskan, serangan dari antagonis tak diberitahu punca penyebabnya, tiada satu watak antagonis pun yakni pengganas Libya pada kaca mata Amerika diberi karakteristik dan tak dikembangkan, seolah-olah enam watak utama dalam filem ini sedang berdepan dengan musuh khayalan. Berperang dengan emosi sendiri. Dan adegan-adegan ini disumbat dengan mainan skor dan alunan muzik yang memaksa penontonnya bersimpati. Tapi adakah anda termakan dengan umpan Bay ini? You bet.

Sinopsis: Pada ulang tahun ke-11 serangan 11 September, sekumpulan militan pengganas menyerang kedutaan Amerika Syarikat dan CIA Annex di Benghazi, Libya. Empat rakyat Amerika termasuk Duta AS J.Christopher Stevens terbunuh ketika serangan. Kumpulan keselamatan terdiri daripada enam orang telah dihantar untuk mempertahankan rakyat Amerika yang masih selamat. Dan mereka hanya memiliki waktu 13 jam saja untuk menyelamatkan semua warga Amerika yang berada di sana.

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 17 Mac 2016
Genre: Aksi / Drama / Ngeri
Durasi: 2 Jam 24 Minit
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: James Badge Dale, John Krasinski, Toby Stephens, Pablo Schreiber
Pengarah: Michael Bay

Ulasan filem: HAIL, CAESAR!

Ini surat cinta Coen bros pada era post war Hollywood. Eddie Mannix pada aku semacam refleksi Howard Hughes apabila ada plot dia dapat tawaran dari Lockheed Corporation (syarikat aerospace yang memang wujud), bezanya dia mahu terus mengemudi studio filemnya dengan menyelia pelbagai perkara, terutama sekali menjaga bintang-bintangnya dengan imej yang bersih. Kita melihat Mannix macam studio executive di studio major yang ada sekarang: dialah yang punya kuasa mutlak walau tidak sealiran dengan pengkarya; Doyle yang punya skil lakonan terhad tetap disuruh Mannix untuk berlakon di bawah arahan Laurentz walau tidak dipersetujui Laurentz yang melihat ia bakal menjejaskan visi artistiknya. Even Doyle keluar menonton premiere filem lakonannya bersama bintang bernama Carlotta Valdez pun atas arahan Mannix, untuk jadi jajaan media. Dan Mannix akan pastikan segalanya teratur di bawah tangannya walaupun mendapat penentangan dari komunis yang dia sendiri maklum siapa di sebaliknya. Pendek kata, ianya tentang bisnes dan bagaimana Hollywood dapat mengekalkan sejak hari pertama lagi, dan ini ialah catatan sehari bagi Coen untuk anda dapat gambarannya. Adegan yang paling menarik bagi saya ialah apabila Mannix bermesyuarat dengan empat orang agamawan perihal gambaran Jesus Christ dalam filem terbitannya. Scarjo pula ialah scene stealer walau bahagiannya tak banyak.

Sejujurnya saya enjoy dengan filem ni: all those things reflects segala pengalaman saya menonton filem-filem era post war, dari kategori agama, western, romance-drama, sampailah ke tarian si Channing Tatum. I give this 7 out of 10. Filem Coen yang keempat saya tonton di panggung selepas No Country For Old Man, True Grit dan satu slot dalam Paris Je T'aime (tak termasuk yang ditulis oleh mereka seperti Bridge of Spies dan Unbroken).

P/s: Oh yes, naratif filem ini disuarakan oleh suara dewa, Morgan Freeman (walau selalu hilang).

Xxx

Sinopsis: Filem komedi muzikal arahan Joel dan Ethan Coen ini mengikuti seorang ketua studio perfileman di Hollywood pasca Perang Dunia ke-2 selama sehari, yang mana dia sentiasa sibuk dengan pelbagai masalah yang perlu dihadapinya.

Tarikh Tayangan: 18 Februari 2016
Genre: Komedi
Durasi: 1 Jam 46 Minit
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: George Clooney, Josh Brolin, Channing Tatum, Tilda Swinton, Ralph Fiennes, Jonah Hill, Scarlett Johanson
Pengarah: Ethan Coen, Joel Coen

FREEDOM: Kuala Lumpur Music Festival

If you're into various kinds of music genres like rock, metal, reggae, grunge and so on then this is an event that you must attend, the #ROCK4FREEDOM Kuala Lumpur Music Festival present to you a taste of our local talents into one event.

Bands: Republic Of Brickfields, Gerhana Skacinta, Massacre Conspiracy, Tres Empre, Maddthelin, Couple, Young Thousands, Dum Dum Tak, Second Combat and maddame...
Venue : MCPA HALL
Date : 23 April 2016
Ticket : Presale RM13, Door RM20. Door open from 2pm. Ticket available at all Rock Corner outlet.

Hashtag: #Rock4Freedom
Organized by G.H.A.H

Malaysian Philharmonic Orchestra : Elgar’s Enigma Variationsi

British conductor Mark Wiggleworth makes his MPO debut with Elgar’s Enigma Variations, a composition of enduring popularity in which Elgar sketched witty musical portraits of his friends and relatives. Dvořák’s Cello Concerto, one of the greatest masterpieces for cello, is a work of soaring lyricism, dramatic conflict, heartfelt emotion and amazing beauty. Excerpts from Wagner’s warm-hearted opera Die Meistersinger provide a majestic closing to a magnificent programme.

SAT 9 APR 2016 8.30pm SUN 10 APR 2016 3.00pm

Malaysian Philharmonic Orchestra Mark Wigglesworth, conductor Asier Polo, Cello

DVOŘÁK Cello Concerto ELGAR Enigma Variations WAGNER Die Meistersinger Suite

Tickets: RM150 RM120 RM90 RM60 All listed prices are inclusive of GST.

To purchase tickets, visit our Box Office at Ground Floor, Tower 2, PETRONAS Twin Towers, KLCC or call 603 2331 7007, you may also purchase online at: http://mpo.com.my/58-enigma-variations/

Visit our website for more details - http://www.mpo.com.my/

Peraduan menonton filem The Huntsman: Winter's War

Tak sabar nak menonton The Huntsman: Winter's War? 10 orang bertuah akan berpeluang memenangi sepasang tiket wayang GSC GOLD CLASS untuk menonton filem ini pada 13hb April 2016, 9 malam di GSC 1 Utama.

Apa yang anda perlu buat?

1. FOLLOW Instagram United International Pictures Malaysia (ID @UIPMalaysia)
2. Tonton trailer The Huntsman: Winter's War yang terdapat di Instagram UIPMalaysia  dan jawab soalan yang diberikan.

Peraduan berakhir pada 10 April 2016 jam 11.59 malam.

Sinopsis: Ratu Jahat Ravenna mengkhianati adiknya Freya dan menyebabkan Freya berundur ke sebuah negara di utara. Dengan hatinya tidak lagi boleh menyayangi, Freya memberi arahan supaya pemburu-pemburu elitnya tidak jatuh cinta. Apabila kedua-dua ratu mula bertempur untuk mendominasi, pemburu elit Eric dan rakan seperjuangannya, Sara, adalah wira di antara kedua-dua ratu jahat itu.

Klasifikasi: P13
Genre: Pengembaraan / Fantasi
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Chris Hemsworth, Charlize Theron, Emily Blunt, Jessica Chastain, Sam Claflin, Nick Frost
Pengarah: Cedric Nicolas-Troyan

The Huntsman: Winter's War akan datang di pawagam 14 April 2016., Semoga berjaya!

Copeland LIVE in Singapore

American indie rock band Copeland returns to Singapore after 6 years.

Copeland: Aaron Marsh, Bryan Laurenson, Jonathan Bucklew, Stephen Laurenson

Date: 3rd May 2016
Venue: TAB Singapore

Tickets:
VIP (Meet & Greet): $128*
Standard (GA): $78*
Door: $98*
*Inclusive of ticketing fee. All tickets are free standing. All prices in Singapore Dollars

By Request: For the first time ever, Copeland fans from Singapore will get to vote for the set list. Copeland wants to hear what Singaporean fans want to see performed live at their concert. Please post your requests and tag Snowbird Productions and Anthology on Facebook. We will update all fans on the songs. We are listening! Note that artist will retain the rights over the final set list.

Contacts: shane@snowbird-productions.com, media@anthology.com.sg

www.snowbird-productions.com www.anthology.com.sg

Copeland

Copeland formed in Lakeland, Florida in 2001. The band’s first album, Beneath Medicine Tree, came out in 2003 on indie label The Militia Group. The album’s layered melodies, combined with Marsh’s thoughtful, emotive croon, immediately engaged music fans, offering a nuanced take on the emo music of the early ‘00s. The group unveiled four subsequent albums between 2005 and 2008, including Eat, Sleep, Repeat on Columbia Records in 2006. Copeland signed with Tooth & Nail in 2008 and have partnered with the label to release their long awaited sixth album, Ixora.

In their heyday, the band played over 200 shows a year. They’ve toured with Brand New, Sparta, Goo Goo Dolls, The Rentals, Bob Mould, Switchfoot, Motion City Soundtrack and Guster. Copeland has also historically supported new artists and Paramore’s first ever show was opening for Copeland in Nashville in 2004.

Copeland officially broke up in October of 2009 after nine years as a band. The band members have pursued other musical endeavors over the past few years. Aaron built his own studio in Florida and has produced for Anberlin, Anchor & Braille, Person L, This Wild Life, and Lauren Mann and the Fairly Odd Folk. Aaron worked on a hip-hop project called The Lulls in Traffic. Bryan, Stephen and Jonathan formed a new band, States, with Lydia singer Mindy White. The idea of making another album has always been in the back of their minds, however. “In my head I always felt like I had some other things to say and other things to do in the music,” Aaron says. “I feel like we just started to scratch the surface of what our sound was. I felt a sense of incompleteness with our recorded work so that was one of the reasons I wanted to do another record.”

Ixora features a few notable contributions. The band brought in guest vocalist Steff Koeppen, who plays in Arizona band Steff and the Articles,to sing on several tracks, including “Chiromancer.” The final ten-track album was mixed by Michael Brauer, who has worked with everyone from Bob Dylan to Coldplay, at Electric Lady in New York.

The music on Ixora, which is titled after a type of tropical flower found in Florida, is a logical continuation of Copeland’s emotional and atmospheric melodies. Aaron’s lyrics, however, represent a more mature take on life. “My life is drastically different as a 34-year-old dude married with two kids than it was as a homeless band dude with a lot of young person drama,” the singer says. “A lot of (the lyrics are) about my kids, my life and my family, and dealing with all of the mental and emotional issues that come with becoming a parent. There’s a happy-sad tone to it all, which has always been true of our music. It’s just less love songs than it used to be. In my mind, these lyrics are some of the best I’ve ever written.”

The band plans to play some shows in support of Ixora as it makes sense in their current lives and possibly write more music. “We all are thinking that there will be more albums in the future,” Aaron says. “I don’t know why we wouldn’t. We all enjoy making records together. As long as people want to hear them I think we’ll keep making them.”

LENTERA MUZIK NORANIZA IDRIS MASYHUR 30 TAHUN

Konsert Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 tahun yang bakal diadakan selama satu jam setengah ini akan mengimbau semula perjalanan awal kerjaya seni beliau serta jatuh bangunnya dalam memartabatkan serta memperjuangkan irama Etnik Kreatif Tradisional sehingga dia diangkat serta diiktiraf sebagai Ratu Etnik Kreatif atauRatu Irama Tradisional.

Masih lagi tidak putus semangat dalam usahanya mengangkat Irama Tradisional ke peringkat yang lebih tinggi serta meneruskan kelangsungan seni warisan budaya seni agar ia dapat dihargai golongan generasi muda serta dapat dijadikan sebagai paksi jati diri mereka, Noraniza Idris berasakan beliau masih perlu berkarya dan memberikan sumbangannya yang tersendiri di dalam industri muzik tanah air ini.Sebagai seorang penghibur sejati yang mementingkan sebuah persembahan berkualiti serta mempunyai nilai estetika yang tinggi, Noraniza Idris pasti akan memberikan sesuatu kejutan baru dalam setiap persembahannya.Tidak terkecuali Konsert Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 tahun yang bakal menjadi episod pertama yang mengisi slot hiburan Lentera Muzika RTM musim baharu ini.

Menarik mengenai konsert ini, ia akan dibahagikan dalam 4 segmen beserta Overture (pembukaan) dan Encore (Penutup). Untuk pembukaan konsert ini, Noraniza Idris akan menampilkan suatu kelainan yang mana beliau akan menggabungkan enam lagu etnik dan himpunan lagu rakyat fusion berkonsepkan transformasi budaya para dance etnik vs street dance yang berkonsep battle diiringi penyanyi latar.Ia suatu persembahan yang wajib untuk ditonton kerana persembahan inimembuktikan keterbukaan Noraniza Idris untuk mengadaptasi budaya semasa yang menjadi kegilaan anak-anak muda didalam persembahan muzik etniknya.Dalam konsert ini juga, Noraniza Idris bukan sahaja akan membawa khalayak penonton mengimbau semula perjalanan selama 30 tahun di dalam industri muzik tanah air menerusi lagu-lagu yang menjadi titik-tolak di awal permulaan kerjaya seninya, tetapi juga dia akan turut memperkenalkan beberapa lagu barunya yang dihasilkan bersama dua penyanyi yang juga komposer baru muda berbakat iaitu Ihab Ismail dan L’zzay.

Pada masa yang sama, dia tetap akan menampilkan beberapa lagu etnik peribumi yang berjaya membawa nama Malaysia ke mata dunia serta beberapa lagu-lagu etnik hits popularnya yang diminati ramai serta sering dibawakan pelbagai kumpulan kebudayaan di serata Malaysia.

Untuk encore konsert persembahannya pula, Noraniza Idris akan membawakan lagu masterpiecenya, Hatinya Tak Tahan yang pastinya dinanti-nantikan oleh semua.

Menariknya, Noraniza turut mengundang 8 orang penari Artis Budaya Noraniza Idris yang pernah berkhidmat dengannya sepanjang penglibatan dalam Anugerah Juara Lagu bermula daripada tahun 1997 sehingga 2005.

Diterbitkan Unit Hiburan TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd, konsert Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 tahun ini akan dirakamkan untuk siaran tertunda pada 5 April 2016 dan akan disiarkan pada 10 April 2016 menerusi saluran TV1, bermula jam 9.30 malam.

Thursday, March 24, 2016

PAVILION KL AND WARNER BROS. CONSUMER PRODUCTS CELEBRATE BATMAN v SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE WITH "WHO WILL WIN” CAMPAIGN

KUALA LUMPUR, 10 MARCH 2016 — These school holidays, Pavilion KL in partnership with Warner Bros. Consumer Products (WBCP), on behalf of DC Entertainment, present an epic universe of the World’s Greatest Super Heroes in the ultimate face-to—face between DC Comics Super Heroes Batman and Superman. Shoppers will be encouraged to explore the technology and power of Gotham City and Metropolis from 10th March to 27th March 2016, which is a lead up to the release of Warner Bros. Pictures’ highly anticipated action-adventure film Batman v Superman: Dawn of Justice on 24th March 2016.

For the first time ever in Malaysia, stand face-to-face with a life—sized statue display of Batman, Superman and Wonder Woman from the film. A life—sized replica display of the Batmobile from the film also makes its first appearance in Malaysia, which will give fans a chance to see up close why the iconic vehicle has earned its reputation as the apex predator on the mean streets of Gotham City.

Throughout the campaign, fans of Batman and Superman will have the opportunity to experience and celebrate the two Super Heroes through special activities on social media, cosplay appearances and competition, as well as arm wrestling matches. Specially—curated collectibles produced by Prime 1 Studio (Japan) and Hot Toys (Hong Kong) are also on display alongside posters of the official movie trailer. Other activities include a Warner Bros. Consumer Products merchandise zone by the DC Comics Super Heroes store; an interactive photo booth and a game area with two games inspired by Batman v Superman: Dawn of Justice.

The campaign kicked off with the unveiling of the Batmobile replica by Ms Kung Suan Ai, Director of Marketing for Pavilion KL; Mr U Cheng Hock, Director ofGroup Retail Banking, RHB Bank and Mr Darius Tang, Creative Director, Warner Bros. Consumer Products (Greater China, India and South East Asia). The ceremony followed by a crowd-engaging dance performance inspired by Batman v Superman: Dawn ofJustice to get shoppers to choose their DC Comics Super Hero side.

"The school holidays are a great time for the families and at Pavilion KL, we welcome all events that can create a memorable shopping experience for all age group, in the mall. Through our partnership with Warner Bros. Consumer Products (WBCP), we offer our shoppers an immersive experience of celebrating the most recognised Super Heroes of all-time with the first ever display of Batman, Superman, Wonder Woman and the Batmobile replica. As an award-winning mall, we will continue to present first-of-its-kind experiences to our shoppers that set us apart from others,” said Ms Kung Suan Ai.

Shoppers are encouraged to be part of the greatest super hero battle by participating in the #WhoWillWin social contest. Help your super hero win by taking a selfie with his life-sized statue display at the Centre Court and post it onto lnstagram with #WhoWillWin and #BatmanPavilionKL or #SupermanPavilionKL (depending on the side you choose), tagging @PavilionKualaLumpur on lnstagram. Stand to win exclusive merchandises! Visit www.pavilion-kl.com for more information.

Find your Super Hero style in your shopping with RHB, the official bank partner for this celebration. Shoppers will stand a chance to win exclusive Batman v Superman: Dawn of Justice branded merchandise with a minimum spend of RM300 charged to RHB credit card at specialty stores.

For more information, visit Pavilion KL’s website at www.pavilion-kl.com, check real-time updates on Pavilion KL’s Facebook page at http://www.facebook.com/PavilionKL , Twitter page at www.twitter.com/PavilionKL , lnstagram account at www.instagram.com/PavilionKualaLumpur or contact Pavilion KL’s Concierge at 03 2118 8833.

Experience the best cinema concepts and stand a chance to win a car at TGV Cinemas Flix Fiesta!

Petaling Jaya, 16 March 2016 – TGV Cinemas, one of Malaysia’s leading exhibitors and multiplex cinema operators, is organising the first TGV Cinemas Flix Fiesta, in partnership with 1 Utama Shopping Centre from 16-27March 2016.

“TGV Cinemas is known as an entertainment brand that offers more than just movies. Our unique products and services create memorable experiences to entertainment seekers. The TGV Cinemas Flix Fiesta will be the first roadshow to bring TGV Cinemas’ best cinematic experience closer to our customers,” said Celeste Koay, Senior Marketing Manager of TGV Cinemas.

“The roadshow will showcase our cinemas’ unique concept halls such as IMAX, BEANIE, INDULGE and FAMILY FRIENDLY. We will be giving out free movie passes daily for patrons to experience these concept halls in our cinema,”added Koay.

Aside from the cinemas’ concept halls, mall patrons stand a chance to win attractive prizes when they take part in the activities lined up for them, try out the cinemas’ signature popcorns, feast their eyes with more than 68 movie collectible displays, sign up to TGV Cinemas Award-winning MovieClub or even buy limited edition movie merchandises for only RM10.

That’s not all!

Patrons will also stand a chance to win a Proton Iris when watch any movie in TGV Cinemas 1 Utama from 18-24 March, answer two simple questions and drop their ticket stub together with the contest form at roadshow.Selected contestants will be competing against each other at TGV Cinemas Flix Fiesta Mission Possible Hunt on 26 March 2016.

“We hope that the roadshow will be a unique experience for everyone. With lots of activities and prizes to be won, it will be an awesome event for all of us.  We encourage public to drop by and enjoy themselves at TGVCinemas Flix Fiesta,”

For patrons who want to join the TGV Cinemas Flix Fiesta Mission PossibleHunt or know more about TGV Cinemas Flix Fiesta, they can get the information from the cinemas’ website: www.tgv.com.my.

Tuesday, March 22, 2016

[RECAP] Man of Steel (2013)

KETUANAN KRYPTON... AND IT'S NOT FUNNY ANYMORE....

Man of Steel ialah filem yang sukar. Sukar kerana ianya perkara yang pernah wujud. Ikonik pula tu. Dan fungsi filem ini mahu menceritakan semula sedang penonton telah lama hidup di celahan bayang-bayang spender merah Brandon Routh,.. maaf, maksud saya, Christopher Reeve.

Sebelum saya menonton filem ini saya sudah nampak masalah besarnya iaitu Zack Snyder sendiri. Saya pernah menonton Watchmen dan jiwa filem itu tiada kerana sasteranya dibuang untuk memampatkan 12 bab sebuah buku kepada sebuah filem berdurasi 2 jam lebih. Dan Zack Snyder bukan pencerita yang baik. Case study : Sucker Punch yang hampir tak ada cerita langsung dan hanya menjadi visual feast (yang peliknya saya suka filem tiu kerana visual feastnya dan menolak terus kritik pasal filem itu yg tak ada cerita.) Sucker Punch dah jadi koleksi video muzik yang dipanjangkan menjadi filem.Sekarang, Man of Steel : ceritanya bukan milik Snyder, tapi dikongsi bersama David S Goyer dan Christopher Nolan yang pakar dalam menjadikan watak utamanya bermuram durja. Watak pop yang bersifat selebriti dengan mudah-mudah saja mereka jadikannya gelap dan penuh konflik setiap masa. Macam Michael Jackson diberikan versi death metal. Batman boleh diterima sebab sifatnya memang begitu. Tapi lain pula bila Superman pun jadi begitu. Audiens akan membencinya. Benci kerana Superman dah jadi macam Hulk, cuma tahap sabar dalam dirinya itu masih tinggi. Dan ia membuatkan saya terbaca cerita David S Goyer semasa budaknya dahulu : seorang budak Yahudi dalam komuniti Kristian yang mana dia dicemuh dicerca dihina kerana 'menyebabkan kematian Christ'. Dia bagai memendam rasa seperti Hulk. Dan Man of Steel jadi terlalu personal buat S Goyer, sehinggakan cerita yang sepatutnya disalurkan ke dalam sequel Hulk, dialihkan pada Superman.

Yang peliknya, saya boleh menerima keadaan ini. Sebab saya tak hidup dalam bayang-bayang celana merah Brandon Routh,... maaf sekali lagi, Christopher Reeve.

Anda mesti kata, "Alah, mestilah suka kan, awak fanboy S Goyer dan Nolan". Tak juga. Goyer pernah berkongsi penulisan bersama 2 penulis lain untuk sekuel Ghost Rider yang dibenci. Mungkin salah director tapi saya kata, Goyer memang banyak job filem dari komik. Adakalanya projek filem komik ini tak kena dan tak sesuai dengannya, dia buat juga sebab perlu bayar bil elektrik dan sewa rumah. Tapi adakalanya kerjanya menjadi, macam trilogi Dark Knight. Man of Steel sebenarnya memang sesuai benar dengan Goyer, tapi ye lah, Goyer jadi agak personal. Adakalanya Goyer merujuk kitab lama. Dalam kitab, banyak peristiwa gelap dan berdarah telah berlaku dalam menyampaikan ajaran. Dan filem ini berpandukan rujukan-rujukan itu. Tambah pula dengan skor Hans Zimmer dan Junkie XL. Dalam menyambut penerbangan pertama seorang superhero yang baru nak belajar terbang (cari trek bertajuk "Flight") sampai sumbang langkah terbangnya, Hans Zimmer banyak menampilkan mood yang brooding, dengan dram tribal yang buat anda kata macam OST Lion King. Eh, memang dia pun yang buat OST Lion King.

Berbalik pada Goyer, dia juga punya sejarah panjang dengan badassery filem-filemnya Filem pertama, Death Warrant dah tentulah filem bertumbok Van Damme. Filem kedua bukan bertumbok je, tapi naik kaki sekali melalui Kickboxer 2. Goyer membawakan gaya badassery ini ke dalam Man of Steel pula. Tetiba terasa Zod zaman Christopher Reeve dulu wimpy dan tak berbahaya langsung sedang Zod dalam MOS pula solution dia hanya nak tumbok orang, belasah orang, military dan asyik baran.

MOS bukan filem pasal manusia lagi tapi 2 makhluk asing dalam terma 'whoever win, we lose' bertarung kat bumi yang tak original pun sejak Aliens VS Predator membawa ke Transformers dan Dragon Ball. Dan kesan dan akibatnya teruk juga untuk bumi kerana manusia dah macam semut yang mudah-mudah dipijak dan nyawa jadi agak murah. Ini filem tentang destruction.

Tapi tak apa, sebab ajaran Jonathan Kent (Kevin Costner) cuba menjadikan Kal El semanusia insan. Tak pernah saya menangis kerana lakonan Costner sejak kali terakhir dengan filem Waterworld. eh, silap, Dances With Wolves. atau barangkali The Bodyguard, siap dengan nyanyi "Annddddd IIIII will alwayssss love youuuu!!!" mediang Whitney Houston.

Bila dah terlanjur sebut Transformers, maka ada masa2nya plot Man of Steel boleh jadi semabuk penulisan Alex Kurtzman dan Roberto Orci saat Kal El dan Zod mula bergaduh. Bahaya juga. Tapi saya sabarkan juga sebab Man of Steel jadi sebuah filem superhero dengan aksi, lengkap dengan slow pace yang agak baik juga sebab yang peliknya esok saya nak cuba second round lagi. Pengalaman pertama tak cukup walau Warner Bros Malaysia mulia benar bagi tempat duduk kelas IMAX 3D.

Mudahnya, saya menerima Man of Steel kerana ketika menontonnya, saya tidak dibayangi oleh imejan lama Superman sebelum ini. Saya bukan peminat besar Superman. Spender merah di luar masih lagi jadi isu besar bagi saya sebab seujurnya itu yang buat saya rasa kelakar tentang filem bergenre superhero bila diangkat ke alam realiti sedang ketiadaan aset ini buat saya rejuvenate kembali watak ikonik ini dan menerima perubahan ini dengan terbuka.

Ramai yang membenci.

Barangkali ramai sangat yang pop. Tak macam saya yang tahap drone doom metalgaze.

Diterbitkan semula dari artikel blog [ULASAN FILEM] Man of Steel : Adakalanya kita tak boleh hidup dalam bayang-bayang celana merah Brandon Routh supaya filem baru Superman yang mungkin tak pakai nama Superman langsung dalam skripnya ini dapat dihayati...

Thursday, March 17, 2016

Kvelertak umum album baru, Nattesferd

Norwegian rock/metal gods Kvelertak have announced details of their new LP, Nattesferd. The follow up album to 2013’s widely acclaimed Meir, Nattesferd kicks off with the new single '1985' which you can listen to now here: 

Spotify : hyperurl.co/spotify_1985
iTunes : hyperurl.co/iTunes_1985
Tidal : hyperurl.co/tidal_1985

1985: "A dystopian rock'n'roll anthem set in a cold and distant future where technology has reduced us to nothing more than lifeless meatbags. Somebody press the rewind-button!"

If you can't wait you can pre order the album from 8th April, and it's available everywhere 13th May.

Frontman Erlend Hjelvik commented, “We are finally getting ready to release our third album, Nattesferd, on the world and however cliché it may sound, I'm not afraid to say that this is our best one yet! An exquisite smorgasbord of riffs infused with everything between the best of classic rock and heavy metal. I'm certain it will blow the minds of both old and new fans. Enjoy!”

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2016)

Jom beramai-ramai ke PWTC pada 17 dan 18 Mac, 9 pagi hingga 6 petang dan serlahkan bakat seni yang ada pada anda!

Maklumat lanjut di www.dfkl.com.my

Jangan lupa juga untuk menyaksikan kemuncak malam Anugerah DFKL 2016 yang bakal berlangsung secara langsung dari Dewan Tun Dr Ismail (PWTC) pada Sabtu, 19 Mac 2016, jam 9 malam!

Hashtag: #DFKL2016

Buku Butterfingers ‎- 'Untuk Seketika Ku Hilang' kini dibuka untuk tempahan‬

Buku Butterfingers yang bertajuk Untuk Seketika Ku Hilang (EDISI TERHAD) nukilan Izuan Shah kini dibuka untuk tempahan sempena sedekad sejak kemunculan album Selamat Tinggal Dunia.

Tempahan buku ini telah dibuka sejak semalam, 17 Mac sehingga 31 Mac 2016. Bagi yang berminat, layari laman sesawang di www.monoloque.com (klik pada barangan rasmi diikuti 'Pustaka' untuk tempahan). Tempahan dibuka secara dalam talian sahaja.

Selamat Tinggal Dunia yang dirilis pada tahun 2005 merupakan album berbahasa Melayu sepenuhnya yang pertama dari Butterfingers setelah sekian lama berkarya dalam bahasa Inggeris dan berkiblatkan muzik barat, di mana band ini mula meneroka aspek bunyian berciri tempatan dan kembali kepada akar penulisan lagu dengan lirik berbahasa Melayu yang dizahirkan pada trek-trek seperti "Ngilu (Hidup makan tidur mati muzik)", "Cuai", "Kabus Ribut", "Merpati Sejoli", dan "Tentang Tentang". Album ini tak lari dari kontroversi apabila media arus perdana mengkritik lirik tulisan Butterfingers pada lagu "Merpati Sejoli" yang berterus-terang menghentam wartawan hiburan sebagai 'pondan' dan 'homoseksual'.

#SelamatTinggalDunia #10tahun #Sedekad #Butterfingers

GLAM LELAKI MUSIC GIVES BACK (TOMOK & BLACK HANIFAH)

GLAM LELAKI MUSIC GIVES BACK

Menampilkan:

BLACK HANIFAH & TOMOK

Tarikh: 31 Mac 2016
Lokasi : The Bee, Publika
Masa : 7:30pm
Harga Tiket : RM 50.00 *termasuk 1 minuman dan beg cenderahati

Saksikan persembahan muzik kolaborasi GLAM LELAKI bersama nama-nama blockbuster muzik tanahair sambil beramal.

100% hasil jualan tiket akan didermakan kepada MOVEMBER FOUNDATION.

Dapatkan tiket anda sekarang!

Layari http://bluinc.com.my/estore/event/glam-lelaki-music-gives-back-3/ untuk pembelian tiket anda!

Pelancaran buku CERPEN TERBAIK 2015

Penerbitan FIXI akan melancarkan buku CERPEN TERBAIK 2015 pada
2 April ini pada jam 12:00 tengahari di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya bersempena MPH BOOKER VILLE CARNIVAL yang berlangsung dari 29 Mac hingga 3 April.

CERPEN TERBAIK 2015 merupakan usahasama Buku Fixi dan Putrajaya International Book Fair. Ia diharapkan akan terus menjadi aktiviti tahunan! Untuk edisi kedua ini, novelis dan pengkritik Wan Nor Azriq telah memilih 20 cerpen (termasuk tiga dalam Bahasa Inggeris) yang telah terbit di pelbagai media Malaysia sepanjang 2015. Buku ini dicetak sekali (3,000 unit) sempena PIBF 2016 dan takkan dicetak semula.

Antologi cerpen ini bakal menampilkan karya-karya seperti:

Siapa Bunuh Keluangman? | Syafiq Ghazali
The Mamak Detectives | Julya Oui
Pascasejarah X: Negeri Tanpa Matahari | Fahd Razy
Pemain Paling Dibenci | Muhammad Hafizuddin Salleh
DSLR | Khairil Idham Ismail
Kota(k)uala Lumpur | Azrin Fauzi
Doppelgänger | Dipika Mukherjee
Gril Pintu, Kancil Biru | Zakaria Ali
Good Boy | Ridhwan Saidi Bicara Tiga Wanita | Regina Ibrahim
Unknown Numbers | Nadira Ilana
Perutusan Wanita-wanita Ulung Melayu | Syahidatul Munirah
Sara | Sufian Abas
Petang. Jumaat. Hujan | Mohd Azmen
Penjaga Lif Bunuh Diri, Hantu Gadis Jepun dan Ular Hitam bermata Merah | Zainal Rashid Ahmad
Gesekan Biola Terakhir | Lokman Hakim
Rumah | Rebecca Ilham
Kampung Kami Terbelah Dua | Hafizah Iszahanid
Deus ex Machina | Aziz Zabidi
Sampaikan khabar ini, Hanuman | Uthaya Sankar SB

Adnan Abu Hassan meninggal dunia [TAKZIAH]

Komposer Adnan Abu Hassan telah meninggal dunia. Menurut mesej di Facebook oleh seorang rakan, Mohariz Yaakup: "Dato Adnan Abu Hassan telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Selayang pada jam 2.17 pagi tadi. Jika ada salah silap beliau pada anda sekalian, harap diampunkan. Sedekahkan pahala bacaan Al Quran untuk beliau. Semoga rohnya bersama orang orang beriman dan beramal soleh."

Sebelum ini media melaporkan tentang Allahyarham yang dalam keadaan kritikal dan berada di unit ICU Hospital Selayang selepas diserang angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang berfungsi.

Allahyarham yang berusia 57 ketika menghembuskan nafas terakhir dikenali sebagai penerbit rakaman di mana beliau telah banyak menerbitkan lagu-lagu hit seperti "Sinaran" nyanyian Sheila Majid,dan "Janji Manismu" nyanyian Aishah . Lagu ciptaan beliau yang cukup popular antaranya Memori Cinta Luka (Nassier Wahab), Memori (Sheila Majid), Camar Yang Pulang (Aishah), Puncak Kasih (Ziana Zain), Rindu Padanya (Camelia), Getaran Cinta Di Jiwa (Liza Hanim), Bunga-bunga Cinta (Misha Omar), Tua Mengejar Kita (Fauziah Latiff) dan Jerat Percintaan (Siti Nurhaliza). Beliau juga ialah penerima Anugerah Wirama pada tahun 2010 di majlis Anugerah Industri Muzik ke-17.

Jenazah Adnan akan disembayangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang. Salam takziah dari kami di BACKSTAGE.MY buat ahli keluarga dan saudara Allahyarham.

Tuesday, March 15, 2016

Akan datang: MISS PEREGRINE'S HOME FOR PECULIAR CHILDREN (edaran 20th Century Fox)

Saya tak exaggerate bila menyebut MISS PEREGRINE'S HOME FOR PECULIAR CHILDREN sebagai filem yang ingin ditonton bagi tahun 2016. Melebihi filem blockbuster musim panas yang lain. Tanpa meyedari ada nama Tim Burton (well,... dia Tim Burton. OK, tulislah juga kredit filemnya: Ed Wood, Superman Lives, pernah berlakon dalam filem grunge Singles tapi tanpa dialog) dan Jane Goldman (kredit filem: Kingsman, Stardust, Kick-Ass, X-Men: First Class, The Woman in Black).

Dipadankan dari novel kategori Young Adult tulisan Ransom Riggs yang diterbitkan pada tahun 2011, poster terbaru dan treler filem ini akhirnya didedahkan dan bakal menemui penonton di Malaysia pada 29 September ini edaran 20th Century Fox.

Berikut ialah petikan teks dari Tim Burton dan Ransom Riggs berkenaan filem ini:

TIM BURTON: "When I was first approached to direct Miss Peregrine’s Home for Peculiar Children, I was given a summary of the novel with all of the photos in the book. I was immediately intrigued by the haunting and mysterious pictures in Ransom Rigg's novel and knew I wanted to tell the story of those kids. A girl, lighter than air, a boy with bees living in his stomach, a woman who turned into a bird—it was a world I wanted to explore. So I made a film about them."

RANSOM RIGGS: "For something I wrote to have inspired Tim Burton to create a doodle on a cocktail napkin would have been an honor. But to stand ringside and watch him pour his whole heart into this film -- that has been one of the great thrills of my life. I couldn't be more excited if you attached electrodes to my toes."

Filem fantasi ini mengisahkan tentang kehidupan mengenai seorang remaja yang mendapati dirinya kini terdampar di sebuah pulau di mana dia perlu melindungi sekumpulan anak-anak yatim piatu yang mempunyai kuasa luar biasa dari dimusnahkan oleh satu kuasa jahat.

Tarikh Tayangan: 29 September 2016
Genre: Pengembaraan / Fantasi
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Eva Green, Asa Butterfield, Samuel L. Jackson, Ella Purnell, Allison Janney
Pengarah: Tim Burton

Monday, March 14, 2016

Man Dayak (Lefthanded) meninggal dunia [SALAM TAKZIAH]

Kami  baru saja menerima berita kematian rakan pemuzik Man Dayak atau nama sebenarnya Rahman Othman, dikenali sebagai pemain dram kumpulan Lefthanded.

Salam Takziah buat buat keluarga Allahyarham Man Dayak,  semoga roh beliau dirahmati, diberkati dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber foto: MYSPACE

Clint Mansell: Uneasy Listening, High Rise dan Requiem for a Dream sempena RSD2016

Ringkas dari komposer Clint Mansell:

Pertama: siri live show dengan nama Uneasy Listening, yang memainkan 'hits' dari Mansell dengan susunan dan visual yang diperbaharui akan memulakan tour di The Ace, LA pada 18 Mac sebelum diteruskan ke UK.

Kedua: skor terbaru Mansell untuk filem sci-fi British, High Rise (adaptasi novel J.G Ballard, lakonan Tom Hiddleston, Jeremy Irons dan Sienna Miller) akan dirilis di UK pada 18 Mac ini dalam bentuk CD dan digital, sebelum diedar dalam bentuk vinyl pada 15 April dan boleh dipesan di http://hyperurl.co/High-RiseOST

Dan akhir sekali, runut bunyi filem yang menaikkan nama Mansell - Requiem for a Dream akan dikeluarkan dalam bentuk vinyl bersempena Record Store Day  menampilkan kulit LP yang baru hasil seni Simon C Page.

Pakej rilisan semula ini : 2 x 180-gram LPs, remastered vinyl bersama dua trek bonus  unreleased dan muat turun album penuh.

Record Store Day akan disambut pada 16 April 2016. Layari: http://recordstoreday.co.uk

Akan datang: SHOWDOWN THE MOVIE (edaran Primeworks Studios)

Sinopsis: Berdasarkan sebuah rancangan realiti TV, filem ini mengisahkan tentang sekumpulan penari yang menggelarkan diri mereka sebagai "Battle Crew" yang mana mereka mempunyai impian untuk menyertai dan menjuarai pertandingan tarian terbesar di Malaysia iaitu "Showdown".

Tarikh Tayangan: 7 April 2016
Genre: Muzikal/Tarian
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pelakon: Reza Hasbi, Izara Aishah, Iedil Putra , Azad Jazmin dan Maria Farida. Menampilkan Aiman Asmawar, Amirul Hadi, Jehan Shukri, Ajim Aris dan Ben Laden serta penampilan istimewa dari Altimet, Linda Jasmin, Josiah Hogan, Betty Benafe dan Gila Battle Crew!
Pengarah: Khairil M. Bahar

Trvia:
- Pengarah filem Showdown, Khairil Mokhzani Bahar pernah menganggotai band punk Khaimano, Y2K dan Rollin' Sixers. Bahasa Melayu dia karat benar kalau menulis dalam BM sebab dah lama tinggal di England, ini pernah dia sebut sendiri dalam kolum pojoknya di majalah ROTTW.
- Khai minat filem sejak menonton filem Back To The Future, mula minat membikin filem selepas menonton filem low-budget arahan Kevin Smith, Robert Rodriguez dan Quentin Tarantino.
- Khai bermula dengan membikin filem pendek Nicotine’ dan ‘Some Like It White’, tetapi filem yang memperkenalkannya kepada khalayak filem indie ialah 'Ciplak' (tahun 2006) yang dibikin dengan belanja RM10,000 (RM8,500 untuk beli kamera saja) dan pernah memasuki pawagam GSC. Ia turut menampilkan cameo rakan-rakan dari Y2K (yang turut membantu proses produksi) serta runut bunyi dari Y2K, Ben's Bitches, Az Samad, Hassan Peter Brown dan Soft Touch serta Khaimano. Filem tersebut memenangi anugerah Filem Alternatif Terbaik di Anugerah Skrin 2006.
- Seterusnya Khai membikin filem full-length seperti ‘Relationship Status’ (lakonan Gavin Yap, Davina Goh, Tony Eusoff, Daphne Iking, Baki Zainal dan Susan Lankester) di mana ia mendapat ulasan positif dan ditayangkan di panggung TGV.
- Di belakang tabir, Khai terlibat sebagai pengarah fotografi untuk filem Take Me To Dinner (2014) arahan Gavin Yap.
- Khai juga merupakan salah seorang pengarah filem Cuak.
- Showdown The Movie telah selesai pembikinan pada pertengahan 2013.
- Band Y2K (singkatan untuk Yes To Kapitalism masih wujud biarpun tanpa Khai. Mereka dikenali dengan gimik menyembunyikan identiti dan  punya alter ego tersendiri (seperti memakai topeng penggusti Mexico). Khai memakai nama Monsieur Poubelle mengendalikan bass dan vokal. Mereka sempat merakam sebuah album bertajuk Pizza Salsa mengandungi trek seperti "Danish Delight" (lagu tentang Nora Danish). Pada tahun 2007, Y2K pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Global Battle of the Bands (GBOB) di London selepas menang peringkat kebangsaan. Y2K pernah menjadi band pembuka untuk konsert band antarabangsa seperti NOFX dan Paramore.

Vans 50th Anniversary at House Of Vans Kuala Lumpur

House of Vans, conceived in2011 is a project by Vans, located in Greenpoint, Brooklyn, New York. The venue now serves as a permanent location for creative self-expression. Boasting an impressive 4,000 sqft. House Of Vans includes a full concrete door bowl, music stage and outdoor skatepark.

Starting from 2013, House of Vans has started to extend its footprint across Europe and Asia. House of Vans has now become the global platform of creative self-expression in Action Sports, Art, Music and Street Culture. House of Vans is a hub for youth culture and a platform to share the Vans spirit to a larger audience. As 2016 marks the 50th years of Vans, we are hosting a Birthday celebration at House of Vans Kuala Lumpur.

Come and Celebrate our 50th Anniversary on March 19, 2016 at House Of Vans Kuala Lumpur (venue: Slate @ The Row, 50 Jalan Doraisamy Kuala Lumpur) . Tons of actvity such as Skateboard Competition, Various Art Workshops and ending the night with Music gig by Local & International acts.

3:00PM: Art Workshops by Rantai 4:00PM: Skateboard Competition 7:45PM: Music gig curated by TAPAUtv, performances by RAY BARBEE & THE MATTSON 2, JOHN CARDIEL (DJ), MISGIVE, THE FRIDAYS, KILLEUR CALCULATEUR.

* For more info & Registration, go to www.vans.com.my/houseofvans.

Urbanscapes 2016: Hujan and Bittersweet Live in KL

Date: 24 April 2016 | 7pm
Venue: KL Live
Tickets: RM69

Join two legends of the Malaysian independent music scene as they share a stage for one night. Hujan and Bittersweet will be playing songs from their new albums - you'll be among the first to hear these songs live!

Hujan was formed in 2005, and soon shot to stardom with their debut single Pagi Yang Gelap. Having recently celebrated their 10th anniversary,they will be rocking the Urbanscapes stage with songs from their forthcoming album, to be released in April.

Ipoh's indie band Bittersweet released their debut album Knights of the Round Table ten years ago, and have charmed fans with their locally-flavoured Britpop sound ever since. They will soon be releasing their third album, BTSWT.

Tickets go on sale on 17 March via www.peatix.com, priced at RM69 each.

Saturday, March 12, 2016

Pelancaran Album "Mimpi Anak Muda" - Saidin Omar @ Adinda Amiro

Sebentar saja tadi di The Camelot, The Royale Chulan Damansara telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Album "Mimpi Anak Muda" oleh Saidin Omar atau lebih dikenali sebagai Adinda Amiro, seorang komposer yang terdahulu dikenali sebagai penulis lagu-lagu hits artis tanahair seperti "Bukan Aku Tak Cinta", "Bukan Niatku" (Iklim), "Bisa Semalam" (Hawa), dan "Kau Bagai Cermin" (Wann), antaranya. Beliau juga pernah terlibat dengan Akademi Komposer yang menawarkan kursus penulisan lagu dalam masa satu hari saja. Pelancaran album ini telah disempurnakan oleh Dato' Haji Ramli M.S.

Album Mimpi Anak Muda nyanyian Saidin Omar @ Adinda Amiro ini diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Lagu yang terkandung di dalam album ini digubah berdasarkan puisi-puisi daripada lapan buku karya penulis terbitan ITBM, iaitu Kalau Aku Jadi PM (Khalid Salleh), Balada Pyanhabib (Pyanhabib), Perjalanan Sang Zaman (SM Zakir), Sehelai Daun Kenangan (Rahimidin Zahari), Suria Baghdad Berwarna Biru (Nazmi Yaakub), Negeri Kunang-kunang (Ridzuan Harun), Dondang Pembukaan (Lufti Ishak) dan Perjalanan Pulang Sang Seniman (Ladin Nuawi) serta dua buah puisi karya Ku Seman Ku Hussein dan Saidin Omar sendiri.

Dari kanan, Adinda Amiro, Dato' Ramli MS, dan En. Mohd Khair Ngadiron.

"Niat dan tujuan ITBM sebenarnya adalah konsep buku itu diperluaskan dengan dinamismanya tersendiri" - Pengarah Urusan ITBM, En. Mohd Khair Ngadiron dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Album Mimpi Anak Muda Adinda Amiro.

Penyajak Pyanhabib Rahman terdahulu menulis mengenai album ini,"Antara usaha ITBM agar sesebuah puisi itu kekal diingat adalah dengan menjadikannya lagu. Dalam album Mimpi Anak Muda oleh Saidin Omar aka Adinda Amiro, ada sebuah puisi gua yang dijazzkan. Sekali kamu dengar, kamu tidak suka.  Kamu ulang dengar, kamu akan suka. Ini puisi yang gua tulis pada tahun 1993. Ideanya datang semasa gua bermain dan mahu tidurkan (anak) Najihah Pyanhabib."

Bagi yang berminat untuk mendapatkan album ini boleh hubungi ITBM di laman sesawang www.itnm.com.my/contact.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...