Nuff said, will travel

Tuesday, April 6, 2010

Alex Grey & Seni Keramat Tool

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/alex-grey-01.jpg?w=490


Antara seni cover yang TAK NAMPAK di rak jualan CD sehinggalah anda membelinya ialah cover untuk Tool – ‘Lateralus’. Ini kerana hasil kerja seni Alex Grey untuk cover ini terlindung di sebalik lapisan-lapisan, … yang tak terkira banyak lapisnya.
Alex Grey bukanlah orang baru di dalam bidang seni visual, dan cover Tool – ‘Lateralus’ juga bukanlah kerja seni pertamanya untuk sebuah cover CD.
Ketika bahas mp3 dan Napster yang agak bising satu ketika dahulu yang menyebabkan pengkoperatan Napster, kes saman-menyaman Metallica, dan yang paling menyedihkan, anda terpaksa membayar untuk memuat turun mp3, ia menimbulkan persoalan. Adakah pendengar muzik masih mahu membeli CD ketika format muzik menjadi lebih mudah dengan adanya mp3?  Tetapi kalau CD itu dijual, sudah tentu ianya dihasilkan khas untuk konsumer. Jika tidak, anda tidak akan mendapat pengalaman mengahayati muzik dan juga visual unik seperti konsep seni cover Tool – ‘Lateralus’, kerana tujuan CD?ini juga ialah kerana hasil kerja seni Alex Grey.


http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/alex-grey-02.jpg?w=490


Untuk cover CD ini, Adam Jones, pemain gitar Tool yang juga pengarah seni untuk visual Tool telah bertemu Alex Grey, seorang ilustrator semasa pameran seni Alex. Adam yang berminat dengan hasil kerja Alex meminta Alex menghasilkan ilustrasi berdasarkan konsep anatomi yang berlapis-lapis. Alex yang mempunyai gaya psychedelic dan spiritual art (juga dikenali kerana gabungan seni kotemporari dan seni ’sacred’ seperti simbol Buddha dan Hindu), telah membuat beberapa lakaran yang akhirnya membentuk rekaan ’sawblade’ dan ‘vajra’ yang melatari ilustrasi anatomi badan.
Hasilnya ialah sebuah konsep cover CD unik, satu pandangan x-ray secara spiritual pada anatomi tubuh manusia, mempunyai pergerakan sendiri dan membuatkan anda ingin terus membelek setiap helaian booklet.


Kerja seni untuk Lateralus ini juga digunakan sebagai projektor untuk persembahan live TOOL dan juga klip video ‘Parabol/Parabola’.
Jika anda merasakan ini kali pertama anda melihat kerja seni Alex Grey, sila lihat balik pada tahun 1993 dan juga band yang bernama Nirvana. Ilustrasi cover untuk album Nirvana – ‘In Utero’ (yang dipanggil ‘Muscle System’) adalah hasil kerja Alex. Komen Alex : “I was psyched! Masa tu label memberitahu Kurt Cobain minta saya buatkan artwork untuk album Nirvana sebab Kurt Cobain sangat meminati hasil kerja saya. Yang membezakan antara Tool dan Nirvana  ialah saya kenal rapat dengan ahli-ahli kumpulan Tool. Tidak seperti Nirvana. Mereka sudah jadi superstar ketika itu dan pengalaman menghasilkan artwork untuk Nirvana juga berbeza sebab saya terus hantar hasil kerja saya. Tiada perbincangan dengan ahli-ahli Nirvana.”
Alex Grey dilahirkan pada 29 November 1953 di Columbus, Ohio dan mula berkarya sejak dari kecil. Pengaruh seninya diambil daripada pengalamannya berkerja di jabatan anatomi, Harvard Medical School, mengkaji tubuh badan dan menyediakan mayat untuk dibedah. Beliau juga berkerja di jabatan Mind/Body Medicine mengetuai eksperimen untuk mengkaji tenaga pemulihan yang tidak ketara. Latihan anatomikal ini memberikan beliau persediaan untuk menghasilkan catan-catan Sacred Mirrors dan juga lukisan perubatan. Selepas bertahun-tahun belajar dan mengahsilkan karya seni, beliau sekarang mengajar dalam bidang Visionary Art bersama isterinya, Allyson Grey di The Open Center, New York City, Naropa Institute di Boulder, Colorado dan Omega Institute di Rhinebeck, New York. Beliau sekarang tinggal di New York City bersama isterinya yang juga seorang painter dan anak perempuannya, Zena Grey seorang aktres. Di dalam dunia seni visual, Alex Grey sangat di kenali kerana kerja seninya bertajuk “Sacred Mirrors”, yang kini sudahpun dipamerkan dalam muzium yang khas, dipanggil ‘Chapel of Sacred Mirrors’. Selain cover CD, karya seni Alex juga pernah disiarkan di dalam majalah Newsweek, rangkaian tv kabel Discovery Channel, flyer konsert rave dan helaian kertas pedap asid. Buku-buku yang menerbitkan karya-karya beliau ialah  Sacred Mirrors: The Visionary Art of Alex Grey, teks falsafah The Mission of Art, dan Transfigurations.
http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/alex-grey-03.jpg?w=490http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/alex-grey-04.jpg?w=490


Terbaru, beliau meneruskan kesinambungan seni keramatnya bersama Tool untuk pakej album terbaru Tool – ?0 000 Days?yang mula diedarkan diseluruh dunia sejak 2 Mei lepas.


Susunan : Nazri Ahmadeus



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...