Nuff said, will travel

Tuesday, April 6, 2010

Pengaruh Edward Gorey dalam video muzik Mark Romanek

Terdahulu saya menulis bagaimana faktor budget, dan lunturnya kreativiti atau director’s block yang menyebabkan banyak video muzik tempatan agak kaku dan sama isian visualnya. kali ini kita agak ke depan sikit dalam soal budget kerana , ini ialah video muzik yang pernah menjadi video muzik termahal Nine Inch Nails. sudah tentu kerana konsepnya. ini ialah satu bentuk error buat pengarah video muzik jika mereka punya dana yang terbatas. simpan dahulu idea anda di dalam buku catatan sehingga teknologi memungkinkan anda, dan peruntukan terhad bukan lagi jadi satu isu.


The Pefect Drug ialah video ke 12 Nine Inch Nails dan yang ke 2 arahan Mark Romanek untuk Nine Inch Nails, pada tahun 1997, selepas video “Closer” pada tahun 1995 yang menerima banyak anugerah-anugerah video berprestij. Ini ialah salah satu trek yang diambil dari soundtrek filem arahan David Lynch, “Lost highway”. Dalam video ini, Reznor digambarkan sebagai seorang ayah yang putus harapan dan bersedih atas kematian anak perempuannya di sebuah ladang dalam suasana yang gotik. Dari segi prop, ia banyak berlatarkan suasana Victorian sama ada dari pemilihan kostum hingga ke set latar belakangnya yang pelik. Warna biru yang agak gelap mendominasi video ini untuk suasana suramnya. Menurut Mark, video muzik ini sebenarnya berinspirasi dari sebuah animasi pendek terbitan PBS iaitu “Mystery!” yang mana animasi itu juga di hasilkan berdasarkan karya seni Edward Gorey. Mark Romanek punya minat yang mendalam terhadap karya Edward Gorey sehinggakan setiap shot dari animasi “Mystery!” diaplikasikan pada video muzik The Perfect Drug. Dan sememangnya untuk memberikan feel yang sama dengan karya seni Edward Gorey bukanlah satu kerja yang mudah buat Mark. Kerana itu belanja video muzik ini menjadi mahal. Melalui video ini juga, band Nine Inch Nails berubah dari segi stail pemakaian dan penampilan mereka, daripada standard sebuah band industrial yang biasa kepada fesyen Victorian yang menjadi ikutan peminat-peminat mereka dan juga band-band lain selepas itu.
   Edward Gorey (1925-2000) pula ialah seorang penulis dan pelukis legenda yang dikenali melalui buku berilustrasinya yang mana kebanyakannya bertemakan gelap dan menyeramkan. Walaupun pada asalnya karya Gorey tidak dihasilkan khas untuk golongan kanak-kanak, ia menjadi popular selepas hasil kerjanya digunakan untuk animasi “Mystery!” pada tahun 1979, ketika dia masih lagi berkarya di pentas Broadway untuk versi “Dracula”nya. Salah satu bukunya Gashlycrumb Tinies diterbitkan kembali bersama-sama produk sampingan seperti kemeja t, lunchbox, poster, kalendar dan beg tote. Walaupun karyanya berat kepada rekaan Victorian, hakikatnya Gorey sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke Britain sepanjang hidupnya. Apa yang lebih menarik, rekaannya telah mempengaruhi banyak pengkarya antaranya pengarah filem Tim Burton, pelukis komik Tony Millionaire dengan komik Shock The Monkey, dan band Dresden Dolls.


Edward Gorey juga ialah penulis yang banyak bermain dengan anagram, iaitu mengubah susunan huruf pada namanya sendiri untuk dijadikan nama karekter pada bukunya. Paling dikenali ialah karekter “Ogdred Weary” di dalam bukunya “The Curious Sofa, The Beastly Baby “.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...