Nuff said, will travel

Tuesday, April 6, 2010

Smashing Pumpkins – “Tonight, Tonight”


Baiklah, saya ingin membuat pengakuan. Video muzik “Tonight, Tonight” oleh kumpulan The Smashing Pumpkins sekitar 1995/96 ialah introduksi pertama saya terhadap muzik mereka ketika semua orang ingin ber’alternatif’ (dalam terma muzik). Saya menghadapi kesukaran menerima muzik mereka yang satu ini kerana tidak terdedah dengan album-album mereka yang terdahulu seperti “Gish’ dan “Siamese Dream’ yang lebih mesra telinga buat pendengar muzik alternatif ketika itu … dan bukan mudah juga untuk terus melabur untuk album terbaik mereka ini, “Mellon Collie and Infinite Sadness” yang keluar dalam bentuk berkembar. That cost a lot of money…  Akan tetapi, pengalaman mendengar dan melihat The Smashing Pumpkins buat pertama kali melalui video “Tonight, Tonight’ juga ialah pengalaman terindah. Setelah sekian lama dihidangkan dengan jenis-jenis video muzik yang menggambarkan keberatan band bermuzik, visual-lirik yang marah, kekelaman dan rasa ketidak puasan hati, “Tonight, Tonight’ hadir dengan sesuatu yang berbeza. Revolusi industri, perjalanan ke bulan, band yang bermain muzik di atas awan. Ianya klasik. Dan anda perlu ingat juga, The Smashing Pumpkins banyak bermain dengan emosi dan drama dalam video-video muzik mereka yang lain. Teks : Nazri Ahmadeus



   Video “Tonight, Tonight” yang diarahkan oleh Jonathan Dayton dan Elizabeth Faris ini menampilkan pengembaraan 2 karektor utamanya, sepasang kekasih (lakonan Tom Kenny and Jill Talley. Kenny dikenali sebagai pelakon suara untuk watak Spongebob Squarepants…)  yang berbulan madu dengan menaiki kapal wap ke bulan ketika era revolusi industri. Diselitkan juga sedikit fantasi dan makhluk pelik (gambaran awal makhluk asing, mungkin).  Dayton menerangkan tentang inspirasi untuk video ini: “Kebanyakan pengarah mengambil majalah, untuk melihat foto-foto atau fesyen sebagai inspirasi. Ianya adalah sumber yang bagus tetapi di satu titik ini anda akan melihat mereka semua melakarkan sesuatu yang kelihatan sama sahaja antara mereka. Kami lebih suka melihat pada medium berbeza seperti pergi ke muzium, dengan hanya melihat karya seni halus atau menonton filem bisu.”



{filem bisu itu, juga hitam putih}


   Video muzik Tonight, Tonight ini pula adalah penghormatan mereka buat filem bisu George Melies, “A Trip To The Moon” yang juga berdasarkan pada karya penulis legenda Jules Verne, “Voyage dans la Lune”. Video ini telah memenangi 6 anugerah muzik video MTV pada tahun 1996 untuk Best Video, Best Direction, Best Special Effects, Best Art Direction, Best Cinematography, dan Breakthrough Video. Ia dianggap sebagai salah satu video terhebat sepanjang zaman.
   Lagu “Tonight, Tonight” ialah lagu yang wajib dimainkan di setiap konsert The Smashing Pumpkins ketika zaman kegemilangan mereka. Kumpulan Panic! At The Disco pernah membawakan “Tonight, Tonight” versi sendiri yang menimbulkan kemarahan peminat-peminat Pumpkins.



{ini pakcik sedara awak,… bukan, tapi Jules Verne dan dibawah ialah material asal Verne dalam bentuk ilustrasi}



Tentang Jonathan Dayton + Elizabeth Faris



Pasangan suami isteri ini membentuk pasukan MTV mereka di Venice. Sehingga sekarang mereka telah mengarah pelbagai video muzik yang telah dianggap oleh pengkritik sebagai “groundbreaking’. Antara trademark mereka ialah gabungan live action dan animasi. Paling dikenali ialah melalui video “Freak On A Leash’ mereka untuk Korn yang telah memenangi pelbagai anugerah video berprestij daripada MTV dan Grammy.
   Hasil kerja mereka juga dapat dilihat pada muzik video seperti Red Hot Chili Peppers – Californication, Travis – Side, dan Macy Gray – Sexual Revolution.
   Video muzik “Tonight, Tonight’ ini adalah salah satu daripada koleksi video muzik terhebat kumpulan The Smashing Pumpkins “1991-2000″ yang mengumpulkan video-video muzik mereka sebelum perpecahan mereka hampir 5 tahun dahulu.


nota kaki : Dayton + Faris juga berkata mereka suka memandu. Latihan harian ini mengelakkan mereka dari memuntahkan lava popular yang geli dalam seni muzik video.


nota + nota kaki : Selepas artikel ini ditulis, pasangan Dayton + Faris ini hit dengan filem debut mereka, “Little Miss Sunshine”.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...