Nuff said, will travel

Saturday, March 12, 2016

Pelancaran Album "Mimpi Anak Muda" - Saidin Omar @ Adinda Amiro

Sebentar saja tadi di The Camelot, The Royale Chulan Damansara telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Album "Mimpi Anak Muda" oleh Saidin Omar atau lebih dikenali sebagai Adinda Amiro, seorang komposer yang terdahulu dikenali sebagai penulis lagu-lagu hits artis tanahair seperti "Bukan Aku Tak Cinta", "Bukan Niatku" (Iklim), "Bisa Semalam" (Hawa), dan "Kau Bagai Cermin" (Wann), antaranya. Beliau juga pernah terlibat dengan Akademi Komposer yang menawarkan kursus penulisan lagu dalam masa satu hari saja. Pelancaran album ini telah disempurnakan oleh Dato' Haji Ramli M.S.

Album Mimpi Anak Muda nyanyian Saidin Omar @ Adinda Amiro ini diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Lagu yang terkandung di dalam album ini digubah berdasarkan puisi-puisi daripada lapan buku karya penulis terbitan ITBM, iaitu Kalau Aku Jadi PM (Khalid Salleh), Balada Pyanhabib (Pyanhabib), Perjalanan Sang Zaman (SM Zakir), Sehelai Daun Kenangan (Rahimidin Zahari), Suria Baghdad Berwarna Biru (Nazmi Yaakub), Negeri Kunang-kunang (Ridzuan Harun), Dondang Pembukaan (Lufti Ishak) dan Perjalanan Pulang Sang Seniman (Ladin Nuawi) serta dua buah puisi karya Ku Seman Ku Hussein dan Saidin Omar sendiri.

Dari kanan, Adinda Amiro, Dato' Ramli MS, dan En. Mohd Khair Ngadiron.

"Niat dan tujuan ITBM sebenarnya adalah konsep buku itu diperluaskan dengan dinamismanya tersendiri" - Pengarah Urusan ITBM, En. Mohd Khair Ngadiron dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Album Mimpi Anak Muda Adinda Amiro.

Penyajak Pyanhabib Rahman terdahulu menulis mengenai album ini,"Antara usaha ITBM agar sesebuah puisi itu kekal diingat adalah dengan menjadikannya lagu. Dalam album Mimpi Anak Muda oleh Saidin Omar aka Adinda Amiro, ada sebuah puisi gua yang dijazzkan. Sekali kamu dengar, kamu tidak suka.  Kamu ulang dengar, kamu akan suka. Ini puisi yang gua tulis pada tahun 1993. Ideanya datang semasa gua bermain dan mahu tidurkan (anak) Najihah Pyanhabib."

Bagi yang berminat untuk mendapatkan album ini boleh hubungi ITBM di laman sesawang www.itnm.com.my/contact.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...