Nuff said, will travel

Friday, March 11, 2016

Preview media drama bersiri Jom Kahwin, House of Cards dan Olimpik Rio 2016 oleh HyppTV

HYPPTV MENGADAKAN TAYANGAN MEDIA BAGI DRAMA BERSIRI TERBAHARUNYA – ‘JOM KAHWIN’, ‘HOUSE OF CARDS SEASON 4’ DAN SUKAN OLIMPIK RIO 2016

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, hari ini mengadakan acara tayangan media, dikenali sebagai HyppTV Upfront 2016, bagi menayangkan drama bersiri tempatan terbaharu, - ‘Jom Kahwin’, drama bersiri politik yang amat dinanti-nantikan iaitu ‘House of Cards Season 4’ dan sorotan acara menarik yang bakal berlangsung di Sukan Olimpik Rio 2016 serta siri-siri yang pernah memenangi anugerah dan eksklusif yang akan menemui penonton-penonton HyppTV sehingga bulan Jun 2016.

Dari Kiri : Mia Kisasa (Pelakon), Ningtia Al-Khared (Pelakon), Ezzaty Abdullah (Pelakon), Reen Rahim (Pelakon), Jeremy Kung (Naib Presiden Eksekutif, New Media TM), Emily Wee ( Naib Presiden,Perniagaan dan Operasi Media, New Media) Wan Rozita Bt Aladad Khan ( Ketua, Kandungan Tempatan, New Media, TM), Khabir Bhatia (Pengarah Urusan, Filmscapes Sdn Bhd/Pengarah Drama ‘Jom Kahwin’), Keith Foo (Pelakon), Bil Azali(Pelakon), Jaslin Puasa(Pelakon) and Nadzmi Adhwa (Pelakon)

Majlis tayangan media HyppTV Upfront 2016 ini telah dihadiri oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM, Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM, bersama barisan pelakon drama ‘Jom Kahwin’ seperti Keith Foo, Reen Rahim dan ramai lagi.

Mengulas mengenai majlis tayangan ini, Jeremy berkata, “Sebagai peneraju perkhidmatan IPTV di Malaysia yang pernah mengungguli beberapa anugerah, kami kekal komited dalam membawakan program-program bertaraf antarabangsa yang terbaharu serta siri-siri tempatan yang berkualiti tinggi kepada penonton-penonton kami; dan kami meneruskan komitmen kami dengan kandungan-kandungan terbaik yang kami tawarkan ini. Majlis tayangan media HyppTV Upfront 2016 pada hari ini akan mempertontonkan buat pertama kalinya kepada wakil-wakil media yang hadir mengenai program-program terbaharu kami, serta ciri-ciri terbaharu yang terdapat pada perkhidmatan kami seperti Hypp Play - saluran Video On Demand yang terbaharu di HyppTV.”

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memenuhi permintaan daripada pelanggan kami yang semakin meningkat jumlahnya, di mana mereka boleh menonton rancangan-rancangan terbaharu pada skrin TV di rumah mereka dengan selesa atau menerusi aplikasi mudah alih bagi mereka yang berada di luar rumah. Kami akan terus memastikan kandungan-kandungan yang ditawarkan dapat diakses dengan mudah, bertepatan dengan janji kami “Hidup Lebih Mudah” kepada para pelanggan,” tambah beliau.

Pada majlis tayangan tersebut, HyppTV turut memperkenalkan drama bersiri terbaharunya, “Jom Kahwin”. Diarahkan oleh Khabir Bhatia dan Norhanisham Muhamad, drama ini adalah terbitan Filmscape Sdn Bhd eksklusif untuk HyppTV. Drama bersiri ini dibintangi oleh Keith Foo dan Reen Rahim selaku peneraju utama. ‘Jom Kahwin’ akan membawa penonton merasai kehidupan seorang petani yang tinggal di kampung bersama tiga orang adik beradiknya di mana mereka telah kehilangan kedua ibu bapa mereka dalam tragedi tsunami. Adam (lakonan Keith Foo) merupakan abang sulung yang bertanggungjawab menjaga tiga orang adik lelakinya iaitu Chad (Bil Azali), Baim (Jaslin Pu ,asa) dan Daniel (Nadzmi Adhwa). Bagi menyara kehidupan mereka, keempat-empat adik beradik ini membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan menjadi petani. Terpisah dari dunia moden, mereka membesar dengan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi, tanpa bimbingan kedua ibu bapa, dan adik-beradik ini banyak menghabiskan masa bersama haiwan-haiwan ternakan mereka. Bertekad untuk mengubah cara kehidupan mereka, Adam telah membuat keputusan untuk mencari seorang isteri yang ideal buatnya dan sekali gus menjadi kakak kepada adik-adiknya.

‘Jom Kahwin’ akan ditayangkan di HyppSensasi HD (HyppTV Saluran 116) bermula 11 Mac 2016, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. Saluran ini boleh dilanggan secara ala-carte pada harga RM9 sebulan atau sebahagian daripada penawaran HyppTV Aneka Pek pada harga RM30 sebulan. Saluran ini turut mempunyai fungsi dua (2) jam “time-shift” dan tujuh (7) hari fungsi “catch-up” untuk keselesaan tontonan anda.

HyppTV Upfront 2016, menayangkan program-program terbaik di HyppTV daripada kandungan tempatan eksklusif seperti ‘Dapur Dara’ daripada saluran HyppInspirasi, sementara ‘#SpylahSangat’ dan ‘Lip Lap Raya’ merupakan drama 30 episod yang akan ditayangkan sempena bulan Ramadan, di saluran HyppSensasi pada bulan Jun nanti.

Majlis tersebut turut memperkenalkan program-program antarabangsa yang bakal ditayangkan di HyppTV seperti House of Cards Season 4 daripada RTL CBS Entertainment. Drama bersiri yang mendapat pengiktirafan ini dibintangi oleh Kevin Spacey dan Robin Wright sebagai pelakon utama dan telah memenangi beberapa anugerah termasuklah Anugerah Golden Globe, Primetime Emmy Award dan banyak lagi. Selain daripada drama 'House Of Cards', HyppTV turut menawarkan pelbagai program hiburan eksklusif bertaraf antarabangsa yang akan bersiaran pada hari yang sama dengan di Amerika Syarikat dari saluran antarabangsa yang mendapat rating terbaik seperti Warner TV HD, Universal Channel dan banyak lagi.

Selain itu, HyppTV turut memperkenalkan program-program berbahasa Cina, India dan Korea yang terbaharu yang pastinya mengujakan peminat tegar program-program Asia. Antara program-program tersebit ialah Ip Man 3 di SCM dan ‘Port of Call’ di Red By HBO, serta pelbagai program hiburan lain seperti ‘We Are In Love Season 2’ di saluran now Jelli. HyppTV juga akan menayangkan secara langsung perlawanan-perlawanan dari Sukan Olimpik Rio 2016, yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.

Menepati janjinya ‘Hidup Lebih Mudah’, para pelanggan yang sentiasa berada di luar rumah boleh menonton program HyppTV dan kandungan VOD pada peranti pintar mereka melalui aplikasi HyppTV Everywhere. Aplikasi mudah alih tersebut kini membolehkan pendaftaran melalui aplikasi (in-app) menerusi nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan Facebook bagi pelanggan UniFi, Streamyx dan orang ramai untuk menikmati perkhidmatan HyppTV. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play untuk Android dan App Store untuk Apple.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan lawati laman media sosial HyppTV di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), @hyppworld (Twitter), @hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...