Nuff said, will travel

Monday, March 14, 2016

Akan datang: SHOWDOWN THE MOVIE (edaran Primeworks Studios)

Sinopsis: Berdasarkan sebuah rancangan realiti TV, filem ini mengisahkan tentang sekumpulan penari yang menggelarkan diri mereka sebagai "Battle Crew" yang mana mereka mempunyai impian untuk menyertai dan menjuarai pertandingan tarian terbesar di Malaysia iaitu "Showdown".

Tarikh Tayangan: 7 April 2016
Genre: Muzikal/Tarian
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pelakon: Reza Hasbi, Izara Aishah, Iedil Putra , Azad Jazmin dan Maria Farida. Menampilkan Aiman Asmawar, Amirul Hadi, Jehan Shukri, Ajim Aris dan Ben Laden serta penampilan istimewa dari Altimet, Linda Jasmin, Josiah Hogan, Betty Benafe dan Gila Battle Crew!
Pengarah: Khairil M. Bahar

Trvia:
- Pengarah filem Showdown, Khairil Mokhzani Bahar pernah menganggotai band punk Khaimano, Y2K dan Rollin' Sixers. Bahasa Melayu dia karat benar kalau menulis dalam BM sebab dah lama tinggal di England, ini pernah dia sebut sendiri dalam kolum pojoknya di majalah ROTTW.
- Khai minat filem sejak menonton filem Back To The Future, mula minat membikin filem selepas menonton filem low-budget arahan Kevin Smith, Robert Rodriguez dan Quentin Tarantino.
- Khai bermula dengan membikin filem pendek Nicotine’ dan ‘Some Like It White’, tetapi filem yang memperkenalkannya kepada khalayak filem indie ialah 'Ciplak' (tahun 2006) yang dibikin dengan belanja RM10,000 (RM8,500 untuk beli kamera saja) dan pernah memasuki pawagam GSC. Ia turut menampilkan cameo rakan-rakan dari Y2K (yang turut membantu proses produksi) serta runut bunyi dari Y2K, Ben's Bitches, Az Samad, Hassan Peter Brown dan Soft Touch serta Khaimano. Filem tersebut memenangi anugerah Filem Alternatif Terbaik di Anugerah Skrin 2006.
- Seterusnya Khai membikin filem full-length seperti ‘Relationship Status’ (lakonan Gavin Yap, Davina Goh, Tony Eusoff, Daphne Iking, Baki Zainal dan Susan Lankester) di mana ia mendapat ulasan positif dan ditayangkan di panggung TGV.
- Di belakang tabir, Khai terlibat sebagai pengarah fotografi untuk filem Take Me To Dinner (2014) arahan Gavin Yap.
- Khai juga merupakan salah seorang pengarah filem Cuak.
- Showdown The Movie telah selesai pembikinan pada pertengahan 2013.
- Band Y2K (singkatan untuk Yes To Kapitalism masih wujud biarpun tanpa Khai. Mereka dikenali dengan gimik menyembunyikan identiti dan  punya alter ego tersendiri (seperti memakai topeng penggusti Mexico). Khai memakai nama Monsieur Poubelle mengendalikan bass dan vokal. Mereka sempat merakam sebuah album bertajuk Pizza Salsa mengandungi trek seperti "Danish Delight" (lagu tentang Nora Danish). Pada tahun 2007, Y2K pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Global Battle of the Bands (GBOB) di London selepas menang peringkat kebangsaan. Y2K pernah menjadi band pembuka untuk konsert band antarabangsa seperti NOFX dan Paramore.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...