Nuff said, will travel

Thursday, March 17, 2016

Adnan Abu Hassan meninggal dunia [TAKZIAH]

Komposer Adnan Abu Hassan telah meninggal dunia. Menurut mesej di Facebook oleh seorang rakan, Mohariz Yaakup: "Dato Adnan Abu Hassan telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Selayang pada jam 2.17 pagi tadi. Jika ada salah silap beliau pada anda sekalian, harap diampunkan. Sedekahkan pahala bacaan Al Quran untuk beliau. Semoga rohnya bersama orang orang beriman dan beramal soleh."

Sebelum ini media melaporkan tentang Allahyarham yang dalam keadaan kritikal dan berada di unit ICU Hospital Selayang selepas diserang angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang berfungsi.

Allahyarham yang berusia 57 ketika menghembuskan nafas terakhir dikenali sebagai penerbit rakaman di mana beliau telah banyak menerbitkan lagu-lagu hit seperti "Sinaran" nyanyian Sheila Majid,dan "Janji Manismu" nyanyian Aishah . Lagu ciptaan beliau yang cukup popular antaranya Memori Cinta Luka (Nassier Wahab), Memori (Sheila Majid), Camar Yang Pulang (Aishah), Puncak Kasih (Ziana Zain), Rindu Padanya (Camelia), Getaran Cinta Di Jiwa (Liza Hanim), Bunga-bunga Cinta (Misha Omar), Tua Mengejar Kita (Fauziah Latiff) dan Jerat Percintaan (Siti Nurhaliza). Beliau juga ialah penerima Anugerah Wirama pada tahun 2010 di majlis Anugerah Industri Muzik ke-17.

Jenazah Adnan akan disembayangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang. Salam takziah dari kami di BACKSTAGE.MY buat ahli keluarga dan saudara Allahyarham.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...