Nuff said, will travel

Thursday, March 31, 2016

Ulasan filem: ZOOLANDER 2

15 tahun dalam pembikinan, hasilnya Zoolander 2 ialah sekuel yang tak mengadili kehebatan filem pertamanya. Ianya sekuel yang teruk. Ianya bukan fitting tribute buat penulis asal filemnya, mendiang Drake Sather walaupun mereka memanggil penulis yang hebat macam Justin Theroux (Tropic Thunder) untuk membantu penulisan. Pendek kata, hilangnya zaman kegemilangan Zoolander di dalam filem ini menggambarkan hilangnya gemilang idea gila-gila yang membuatkan Zoolander pertama berjaya. Watak yang segar dulu, tidak sesegar itu lagi dengan lawak-lawak yang boleh dijangka. Seawal filem, ada Justin Bieber yang dibunuh untuk kesan lawak yang sikit saja kesannya terasa tetapi bermasalah apabila filem ini mahu menyumbat terlalu banyak cameo dari orang industri fesyen. Maka kita diberi adegan beberapa saat Marc Jacobs, Valentino dan Anna Wintour, tapi malangnya mereka bukan pelawak dan ia tak beri kesan langsung pada filem ini. Adegan David Bowie yang muncul seketika dalam filem pertama lengkap dengan lagu "Let's Dance" jauh lebih pecah perut. Yang menggantikan mendiang Bowie sebagai rujukan pop culture Zoolander kali ini ialah Sting. Ya, Zoolander 2 ada Sting. Habis semua benda Sting dan The Police mereka quote untuk buat kita rasa kelakar tapi hanya kelakar pada peminat Sting sahaja. Filem baru ini lebih bodoh sebenarnya yang lebih banyak mengulang old gags yang tak segar lagi setelah  diulang-ulang. Malah dengan pelakon yang hebat macam Benedict Cumberbatch membawa watak model androgynous berambut panjang warna putih tanpa kening bernama All pun tak membantu filem ini. Apatah lagi watak yang establish seperti Jacobim Mugatu lakonan Will Ferrell yang tak sampai sinister-nya.

Really hoping Mugatu could save the movie though....

Paramount selalunya berjaya dengan sekuel komedinya, mengambil contoh Hot Tub Time Machine 2 dan Anchorman 2: The Legend Continues, malangnya nasib yang sama tak menyebelahi Zoolander 2 biarpun punya barisan pelakon yang hebat.

Ini buat saya hanya ingin beri 5 saja dari 10 markah penuh filem.

Sinopsis: Supermodel terkenal Derek Zoolander telah berkahwin dan kini mempunyai seorang anak lelaki. Bersama rakan modelnya, Hansel, kedua-dua mereka ingin kembali ke puncak selepas lama menyepi. Tetapi ia bukan mudah apabila mogul fesyen jahat, Mugatu, kembali untuk merosakkan rancangan mereka.

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2016
Genre: Komedi
Durasi: 1 Jam 42 Minit
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Ben Stiller, Owen Wilson, Penelope Cruz, Christine Taylor, Kristen Wiig
Pengarah: Ben Stiller

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...