Nuff said, will travel

Monday, March 14, 2016

Clint Mansell: Uneasy Listening, High Rise dan Requiem for a Dream sempena RSD2016

Ringkas dari komposer Clint Mansell:

Pertama: siri live show dengan nama Uneasy Listening, yang memainkan 'hits' dari Mansell dengan susunan dan visual yang diperbaharui akan memulakan tour di The Ace, LA pada 18 Mac sebelum diteruskan ke UK.

Kedua: skor terbaru Mansell untuk filem sci-fi British, High Rise (adaptasi novel J.G Ballard, lakonan Tom Hiddleston, Jeremy Irons dan Sienna Miller) akan dirilis di UK pada 18 Mac ini dalam bentuk CD dan digital, sebelum diedar dalam bentuk vinyl pada 15 April dan boleh dipesan di http://hyperurl.co/High-RiseOST

Dan akhir sekali, runut bunyi filem yang menaikkan nama Mansell - Requiem for a Dream akan dikeluarkan dalam bentuk vinyl bersempena Record Store Day  menampilkan kulit LP yang baru hasil seni Simon C Page.

Pakej rilisan semula ini : 2 x 180-gram LPs, remastered vinyl bersama dua trek bonus  unreleased dan muat turun album penuh.

Record Store Day akan disambut pada 16 April 2016. Layari: http://recordstoreday.co.uk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...