Pada 19 Mac 2016, jom kita sama-sama menjadikan Medan Pasar sebagai pusat meraikan kepelbagaian masakan, budaya dan komuniti!
Bermula dari jam 11 pagi hingga 9 malam, beraneka acara seperti jualan makanan, persembahan budaya dan kelas yang terdiri daripada tarian, demonstrasi dan bengkel penyediaan hidangan serta kraf dari pelbagai negara akan diadakan. Penjual dan penyelia terdiri daripada budaya tersendiri komuniti yang terdapat di dalam Malaysia seperti juadah komuniti Melanau, India, Melayu, Peranakan, Cina, dan serta di rantau benua Asia Tenggara seperti negara Vietnam, Nepal, Thailand, Indonesia serta ramai lagi.
Datanglah beramai ramai untuk mempelajari, berkongsi serta meraikan bersama perbezaan dan keunikan komuniti warga Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan oleh Think City dan DBKL dengan kerjasama Lab DNA dan ditaja oleh Citi Foundation.
Bengkel Masakan :
12PM-1PM Nasi Ulam oleh Garden to Table Private Dining 1.30PM-2.30PM Herbal Drink oleh Sathia Ayuverda
3PM-4PM Vietnamese Summer Roll oleh From Mai Home -Vietnamese Restaurant
5PM-6PM Kerabu Bok Mee oleh Sarang Cookery
*** Peserta untuk setiap bengkel masakan percuma terhad kepada 20 orang sahaja! Daftar segera dengan emel ke: sarah@landna.com
Berikut adalah jadual persembahan sepanjang Sama-Sama! Jom ramai ramai serbu Medan Pasar Sabtu depan, 19 haribulan Mac ini! Saksikan tarian dan persembahan muzik dari pelbagai budaya. Mari bertemasya bersama keluarga dan rakan sejagat!
* Seni poster oleh Fuss Poter & Khiddir Baharudin.
No comments:
Post a Comment