Nuff said, will travel

Thursday, March 31, 2016

Ulasan filem: 13 Hours: The Secret Soldiers Of Benghazi

"When everything went wrong,one family man and five stock characters had the courage to do what was right, .... or was it?" - tagline 13 Hours yang sepatutnya.

Pada mulanya, saya rasa 13 Hours ok saja jika dilihat pada permukaannya. Taklah hebat sangat seperti yang digembar-gemburkan di group Facebook Movie Addict. Filem ini keluar di Malaysia ketika filem Allegiance turut keluar, jadi ahli-ahli MA buat perbandingan mana lagi best: 6 askar Benghazi ke atau 6 pelarian dalam Allegiance. Ramai menyebelahi 13 Hours for the sake of entertainment. Saya kata mamat drummer Whiplash dalam Allegiance tu (Miles Teller) seorang je dah tapau 5 askar Benghazi sebab 13 Hours sangat nazak dalam bab pembentukan watak sampai semua watak-wataknya jadi stock characters. Ini memenatkan saya dan buat saya terlelap sebab saya dah tak tahu siapa dan siapa pada satu-satu adegan bilamana watak-watak ini tak dikembangkan dan ia stereotaip askar Amerika dalam sinema Hollywood.

13 Hours jadi tambah deteriorating bila lontaran dialognya teruk, penulis skripnya tak peduli langsung  tentang watak yang terlibat membuatkan kita tidak memahami situasi yang sedang berlaku yakni pergolakan yang dihadapi di Libya sebab Michael Bay seperti biasa menantikan babak-babak aksi yang nampak 'over the top' tapi pengisiannya kosong dengan klise fast cut, gerak kamera bergegar dan suntingan yang tak teliti.

Bayhem dan propaganda Amerika melalui filem bukan perkara baru tetapi yang menyakitkan kita bila sebuah dokumen berdasarkan realiti seperti 13 Hours (buku asalnya tulisan Mitchell Zuckoff) menjadi fantasi kerana situasi politik yang berlaku dalam filem tak dijelaskan, serangan dari antagonis tak diberitahu punca penyebabnya, tiada satu watak antagonis pun yakni pengganas Libya pada kaca mata Amerika diberi karakteristik dan tak dikembangkan, seolah-olah enam watak utama dalam filem ini sedang berdepan dengan musuh khayalan. Berperang dengan emosi sendiri. Dan adegan-adegan ini disumbat dengan mainan skor dan alunan muzik yang memaksa penontonnya bersimpati. Tapi adakah anda termakan dengan umpan Bay ini? You bet.

Sinopsis: Pada ulang tahun ke-11 serangan 11 September, sekumpulan militan pengganas menyerang kedutaan Amerika Syarikat dan CIA Annex di Benghazi, Libya. Empat rakyat Amerika termasuk Duta AS J.Christopher Stevens terbunuh ketika serangan. Kumpulan keselamatan terdiri daripada enam orang telah dihantar untuk mempertahankan rakyat Amerika yang masih selamat. Dan mereka hanya memiliki waktu 13 jam saja untuk menyelamatkan semua warga Amerika yang berada di sana.

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 17 Mac 2016
Genre: Aksi / Drama / Ngeri
Durasi: 2 Jam 24 Minit
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: James Badge Dale, John Krasinski, Toby Stephens, Pablo Schreiber
Pengarah: Michael Bay

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...