"The Story Episode 3", satu sesi perkongsian bersama tokoh-tokoh ternama Malaysia. Kini edisi ketiga ini bakal menampilkan : Tan Sri Nadzmi Salleh - Lembaga Pengarah Konsortium Transnational Berhad, Datuk Aznil Haji Nawawi - Hos Nombor Satu Malaysia dan Datuk Norman Abdul Halim - Presiden Eksekutif & Group CEO KRU Studios.
The Story Episode 3 akan berlangsung pada hari Selasa,12 April 2016, bermula jam 8.30 malam hingga 11.30 malam, bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya. Masuk adalah percuma dengan melayari Instagram @GenerasiBersatu atau Facebook Generasi Bersatu Malaysia untuk mendapatkan pasnya.
Laman web rasmi: http://www.generasibersatu.my
12 Mac 2016, 5 petang di Perumahan Awam Sri Tioman 1, Taman Melati.
"W" ialah antologi gambar + warna yang diterbitkan sempana Ikal Mayang 2016 yang dikendalikan oleh WOMEN:girls. W boleh sahaja diertikan sebagai Warna, Wanita, Wow, Who atau Whateva. 10 jurufoto dari pelbagai gender menghasilkan bukan sahaja ‘gambar yang bercakap’ tetapi ‘teks dari lensa hati’. Ini juga merupakan buku foto pertama terbitan Fixi. Dicetak 2,000 unit pada Mac 2016 dan takkan diulangcetak.
Buku (200 halaman warna) ini akan dijual dengan harga RM15 di pelancaran.
Mulai 14 Mac, ia takkan dijual oleh Fixi tapi akan diberi percuma dengan setiap pembelian RM100 di Kedai Fixi dan kemudian percuma dengan pembelian RM150 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Target untuk habis sepenuhnya pada awal Mei.