Extension elektrik hostel
untuk level aku jer dapat shot. Aku tak boleh buat keje. Aku tak tau
apasal sedangkan aku boleh pegi bilik orang lain. Mungkin sebab aku tak
nak kacau diorang. Takleh guna PC. Tapi aku ada kerja yang tak perlu
pakai PC. Apasal tak buat jer keje yang tak pakai PC tu ? Hmmm,... aku
rasa sesuatu telah mempengaruhi sesuatu.
Kekadang aku rasa useless
bila masuk bab 'mempengaruhi' seseorang. Maksud aku seseorang tu
teringat kat ko dan concern kat ko dan sanggup buat apa-apa untuk ko.
Apa saham ko ? Tolak ahli keluarga dan sedara-mara, aku bercakap pasal
orang yang takder hubungan persaudaraan dengan ko. Orang luar. Dalam
konteks orang luar ni, awek/balak korang pun termasuk dan jugak kawan
rapat. Terpikir tak apasal diorang sanggup buat itu dan ini untuk ko?
Apa benefitnya? Antara sincere + feel worthy + kesian. Aku rasa aku
takder kuasa untuk mempengaruhi sesiapa.
Perkara ni timbul bila
aku tengok sorang kawan aku yang junkie gila, lagi junkie dari aku, tapi
still ada sorang awek ni concern kat dia, selalu call dia, ingatkan dia
pasal kewajipan sebagai seorang umat sampaikan satu tahap awek ni dah
jadi bini orang pun tapi still masih ingat kat member aku yang junkie tu
(ni kes terpaksa kahwin, touching gila). Tengokkan fizikal + mentaliti
member aku tu, aku rasa gila lo-fi! Orang pun tak pernah buat aku camtu,
jadi ironic plak apa keajaiban si junkie ni sampai orang sayang dia
camtu sekali? Yang aku tau orang still pangill aku 'bodoh-bodoh' even
aku study ok sikit dari orang kat kampung aku, Kampung Nailbomb tu laaa!!!
(Mak aku defend aku gila babi masa tu, I love u, mom!)
Susah nak cari rasa
sincere tu, kesian tu pernah. Sometimes words lie make my purity lost.
Kalau jumpa surat yang tulis 'saya sayang awak even awak dah ada awek,
saya rindu awak, awak ialah lagenda cinta saya' dan dihantar dengan Pos
Ekspres, blurgh!! Dah banyak kali jumpa ayat macam tu yang create rasa
mual + kelakar yang radikal. Apa siginfikannya ? Okay, itu hanya 'perkataan-perkataan'
yang dibuat-buat untuk timbulkan mood kesian. Bukan aku kata everything
is lie tapi untuk mensahihkan sesuatu yang heart beating, hmm... bukan
cukup dengan perkataan-perkataan tu.
Cukuplah words of wisdom
tu merajinkan aku untuk buat keje VCR ni dan assignment yang takder la
melambak sangat. Don't get rusted by cry + cry + cry. Takder keje lain,
tu jer, nangis + nangis + nangis! Fuck you! Go away! You are not so
human!
So dehumanize.
But at least you're not
that weak. Respect!
The date should be:
Wednesday, August 7th, 2002 10/26 Pm
Camner ha,
Aisha,
kalau Deftones - Headup di acoustickan ?
GET BITTER
Aku
tinggalkan bilik aku pagi Isnin. July 29, 2002 dan ke kelas dalam pukul
8:50 pg, lewat 50 minit dari masa yang sepatutnya sebab kelas tu pun
jarang bermula pada masa yang sepatutnya dan sebagaimana expectation aku,
masa aku sampai sana, kelas still belum start dan ramai kawan aku yang
stay kat luar 'kelas' tunggu lecturer mengajar. Subject drawing tapi
hari tu kitorang study photography dan ini ialah kelas pertama
Encik Nuri untuk semester ke 2 lepas suma lecturer lain pegi Shah Alam
atas urusan seminar. Maknanya takder kelas VCR hari Rabu ni. First time
since 3 minggu lepas aku nampak Dalimi pegi kelas drawing. Kelas tu
banyak 'watch + listen'. Tak banyak cakap.
Lepas tu
untuk satu hari aku keluar dari kolej lepak kat rumah sewa Dalimi dan
tidur kat sana sekali. Roommates aku mesti pelik ap'sal aku takder kat
bilik satu hari esp. Kamal Masrun sebab selalunya aku mesti ada kat
bilik dalam satu hari, sama ada mengadap PC atau tidur.
Aku tak
tau apa benda yang diorang buat + pikir sampailah aku balik bilik esok
harinya, Selasa, July 30, 2002. Masa tu aku check PC dan tengok ada satu
fail html + swf baru yang aku tak buat. Ia adalah milik Kamal Masrun.
Akhirnya manusia berpixel rendah tu buat jugak website peribadi lepas
berapa momentum berpikir dengan dalam sekali.
Kamal
Masrun selalu berasa unconscious dan skeptical bila datang perkara
seperti website peribadi. Dia tak mahu website itu jadi sebuah
jurnal. Dia seperti mahu meletakkan hasil kerja seninya di situ tapi
tidak dilakukannya. Dia tidak meletakkan komik sebagai perkara asas
walaupun dia memang 'pengganas' dalam seni komik. Kekadang perkara
yang tak masuk akal keluar dari benak fikirannya seperti "Aku nak
buat website humor", neraka! Dia seperti ingin berhumor dengan aku.
No way, anda bergurau, perkara tu tak sepatutnya berlaku. Mulut bercakap,
tangan berjalan, dan hasilnya, kerja seni yang tidak mempunyai deria
terjadi. Buruk betul hasil ekspersi awal Kamal Masrun tu, kalau korang
tengok mesti nak keluar muntah hijau.
Okay,
delete benda tu!
Aku tau
budak ni banyak keje, lalu dia mintak aku buat paperwork dengan html dan
swf yang simple untuk dia. Untuk kali ke 2 aku cakap no way! Ia bukan
datang dari ego, rasa malas atau rasa kejam tapi apa lagi keistimewaan
website Kamal kalau ia bukan dari hasil minda, tangan, dan deria seninya.
Kamal Masrun belum bersedia untuk ini jadi jangan paksa diri anda. Lepas
tu kitorang tak bercakap pasal website pasal dia sendiri tak tau apa
benda yang dia nak buat dengan website.
Tapi tak
lama. Kekurangan idea atau senenarnya kecerewetan yang bodoh itu
menimbulkan satu idea. "Ko minimize selagi ko boleh minimize.
Website tu ko kecikkan, buat swf yang kecik dengan image-image yang
twitsed macam konsert SOAD atau visual David Fincher. Page ayat
mencarut ko dan guestbook. Tak payah nak introduce. takder intro dan
takder ending." Idea yang aku dapat tu aku bagi kat Kamal. Dia
betul-betul praktikkannya , dan itulah apa yang aku lihat hari Selasa tu.
At least, dia buat sendiri. Go on jer, Kamal!
So, the
time has come for bitter thing.
The date should be:
Tuesday, July 30th, 2002, 5/02 Ptg
Check this link: Look
Ceramic. This is Kamal's recent wurk, about Sarawak Ceramic he study
at our skool of art. His personal website is in development.
THERE'S A MONSTER BENEATH THE PHONE LINE
I really thank my dad, a lot. My website is alive at last. Aku jumpa
ayah aku minggu lepas, and a whole family lepas sebulan setengah aku tak
balik dari kolej sebab 'aku tak nak mintak duit kat dia'. UiTM cuti mid
semester seminggu tapi aku balik dalam 4 hari setengah yang terakhir jer.
Ayah aku curious gila ap'sal aku tak balik sampai dia drive dari K
Terengganu ke kolej aku kat Machang. in case aku tak call dia. Mana la
orang tua tu tak susah hati , but in the same time aku on the way naik
bas pegi K Terengganu, sick! So, sepanjang 4 hari tu, aku cuba jadi
sebaik yang mungkin. Aku tak keluar rumah langsung sebab Mizi + Azu pegi
KL, jadi kitorang tak jamming, tak 'beghambat lembu'.
Yang bagusnya, aku dapat pikir lama-lama apa aku nak buat dengan bilik
aku. Macamana bentuk dekorasi bilik yang terhad tu sebab bilik kat rumah
tu ialah bilik keluarga bukan bilik persendirian. Maknanya aku tak kekal
kat situ everytime. Aku tak boleh buat bilik tu ikut suka hati aku jer.
Macam jugak telefon, telefon rumah aku ialah telefon ayah aku. Aku tak
pakai langsung telefon tu. Kalau aku nak call sesaper aku kena berjalan
sikit. Yang bagusnya, aku bukannya jenis orang yang suka pakai telefon.
Tu yang end up aku tak telefon rumah tu. Sebab habit aku memang camtu.
Ayah aku memang pantang kalau aku nak guna telefon kat rumah. Adik-adik
aku macam celaka pakai telefon sampai tak ingat masa ayah aku takder kat
rumah. Tapi tengok la sapa yang bayar bil telefon tu. Mana orang tu tak
bengang! Ada masa aku takut sangat bila dapat call dari sesaper. Lepas
tu aku takut bila berurusan dengan orang pakai telefon. Suara aku masa
tu aku control,.... dan yang ultimatenya bila aku nak call orang, tu
yang paling aku takut. Nak kena cakap ke kat ayah aku yang aku phobia
pakai telefon sampai aku tak telefon rumah? hey, sapa yang suka camtu
?
Ok, ok pastu bilik aku
jadi library, at last. Penuh dengan magazine dan buku. Aku pun dah
pandai contact local book publishers + distributors pasal nak mintak
complimentary nak isi bilik aku dan soul aku dengan buku sebab takder
apa yang aku boleh dapat kat KT, ada pun sikit, mahal plak tu. Pity!
Tapi tak payah la aku nak curi buku kat library. Masa cuti budak-budak
group aku buat travel pegi KL melawat National Art Gallery. Aku tak pegi
sebab tak ada duit.......
Mungkin sekarang bukan
masa yang sesuai. 3/4 tahun yang akan datang kot. Lepas aku grad. Tu pun
kalau Kuala Terengganu still tak ada tempat dengan 'bargain yang hebat'.
Kena berjalan gak, bang! Tak kira KL ke, JB ke, Nu York ke, atau Ulu
Yam, Kuala Berang either.
Dulu aku cakap susah nak
pegi library, in case sebab library baru jauh sikit dari asrama lama aku
tapi lagi jauh dari asrama baru! Aku tak keluar langsung since tukar
asrama ni. Kecik dunia aku, korang pun tak suka, for many purposes.
Skang ni kat U senang datang penyakit. Cause of bad air. So,
beware!
The date should be:
Thursday, July 25th, 2002, 9/28 Pg
"PENCURI BUKU"
Eddie
Vedder: Cer ko pikir,
Dhutam, time dia sengkek gila, dia sendiri cakap dia boleh sambar kasut
tu. Aku tak rasa dia sederhana yang biasa. Dia dah terjerumus ke arah 'kekayaan'.
Dhutam: Kalau
ko nak aku mintak sympathize dengan cerita camni, tak payahlah. Aku
bukan jenis camtu. Jenis take for granted.
Eddie Vedder: Ko
cakap boleh la!!
Dhutam: Tak,
camni! Kalau dia nak bagi, aku tak kisah, aku ambik. Tapi aku tak akan
mintak.
Eddie Vedder:
Ko cari la awek, Dhutam.
Dhutam: Ko
tolong carikan aku anak Datuk.
Eddie Vedder:
Blurghhh!!!!
Abas: Kita
bagi dia Bedah.
Dhutam: Err.....
Abas: Dhutam,
ko jangan dibutakan dengan nama Bedah tu. Ko tak tengok lagi orang dia.
Dhutam: Bedah
tu anak Datuk ker ?
Eddie Vedder:
Aku tak rasa dia 'baik'.
Dhutam:
Ko tak kenal dia.
Eddie Vedder:
Aku boleh tau.
Dhutam: Dia
kata aku baik.
Eddie Vedder: Tak,
ko ni 'hantu'.
"Dhutam is useless and I hate him because he think he's so
good". Pergi mampus sama Ince' Dhutam. Hari
Isnin
lepas,
1 Julai 2002
ialah hari painting yang teruk. Aku rasa macam skolah dulu jer buat
painting masa kelas Drawing. Masa periksa dulu rasa cam cukup masa nak
buat painting yang 'cukup-cukup'. Tak termasuk nervous masa masuk
pertandingan dulu-dulu sampai aku tak pernah menang hadiah saguhati pun.
Nasib baik tak outing lagi, time tu kena buat painting atas kertas besar
dan mahal. Pengajaran kat sini untuk Ahmad Nazri = balik kolej buat
drawing banyak-banyak, painting banyak-banyak, buat dekorasi bilik yang
pelik-pelik sampai orang-orang kat pejabat kolej muntah dan seram nak
masuk bilik (aku tak suka diorang masa diorang kebas CD aku). Tapi aku
rasa aku banyak pegi library, tu pun curi masa, dan aku tak pernah pergi
library cari bahan yang sepatutnya, macam buku Seni Islam, kajian Islam
kat Malaysia, study sejarah seni dunia. Tak pernahnya!! Sebaliknya,
minat aku berat kat catalog-catalog buku yang mustahil isinya bakal
dibeli oleh pihak library.
Bercakap pasal library, library UiTM Machang baru jer pindah bangunan
dari tumpang bangunan kat HEA/HEP UiTM ke bangunan sendiri yang
bigger, longer but not that bitter. Dah tambah jadi 2 tingkat tapi isi
hancur! Aku siap boleh berlari dalam library tu sebab tak ada benda yang
diorang tambah dalam tu, setakat pindah rak buku lama ke bangunan baru.
Poor! Tak tahulah kalau diorang nak tambah sikit-sikit tapi patutnya
sekaranglah diorang tambah, sebab sepatutnya dah banyak benda yang boleh
diorang tambah since setengah tahun yang lepas tapi tak ada pun. Peti
cadangan aku tak perasan. Diorang tak letak kot. Bagos!! Sebab kalau ada
pun membazir jer, aku tak pikir diorang baca. Tempat yang paling menarik
kat dalam library tu ialah bahagian prospektus + catalog sebab banyak
buku best tapi cam susah jer nak dapat. Aku rasa nak rembat terus
catalog tu, sebab macam best jer. (Tolong jangan ikut mentaliti tak
sihat macam aku ni) Pastu bahagian tu orang tak peduli sangat , setakat
lalu jer. Bahagian prospektus + catalog tu sebelum masuk ke kaunter
library. Maknanya aku tak masuk library pun!!!!!
Tapi
skang ni jarang aku dapat pegi library atau kata lain 'susah nak pergi
library'.
Karang la
aku criter ap'sal.
Back to
1996, Counting Crows - Angels of the Silences.
The date should be:
Wednesday, July 17th, 2002
, tengah starving gila kat kolej, orang lain suma balik cuti seminggu.
HALF-BAKE
"Great!! "
Masa aku menulis benda ni
untuk kali pertama sejak cuti semester bulan April + Mei lepas, aku
dapat seseuatu kat kerongkong yang menerbitkan rasa uncomfortable, unconscious, dan anxious. Time ni, nak bercakap dengan different gender
pun malas. Tak selesa. Semalam, rasa tired semacam. Tidur dari lewat
petang sampai ke subuh tadi. Memang patut pun. Seriousnya, aku ada
participate sebagai crew masa Sultan Selangor buat lawatan sebagai Pro
Cancelor UiTM kat UiTM Machang pada hari Selasa, 18 Jun
2002, yang
bermakna, semalam,..... semalam yang tulah!! Janggal bunyinya bila Ahmad
Nazri buat kerja amal macam ni,... tapi for some purposes. Memula, rakan
satu hostel, Zulkarnain a.k.a Anai dalam desperasi pasal team dia yang
handle stage prop tak datang atau
kata lain yang lebih jelas, ponteng. Suma yang tak datang tu pompuan.
Hangin budak tu. Tinggal 3 orang je termasuk Anai yang survive handle
prop. 2 orang lagi room mates aku, Kamal bin Masrun dengan Syarul. Mati
la aku pas tu, kena tolong diorang pasal dah kritikal sangat. Anai dah
offer aku sebelum ni, tapi masa tu pikir cam malas-malas jer nak join
dia, sebab budak-budak batch aku tak diwajibkan melibatkan diri. Aku nak
sebenarnya, tapi ntah la, ...... aku pun tak tau ap'sal.
Wei, bodoh, go on jer la, tolong diorang, gila memalam nak stay bilik
sengsorang masa diorang pegi handle keje diorang!
Masa aku join Anai, Kamal, dengan Syarul dah takder kerja dah sebenarnya.
Cuma tolong angkat barang budak-budak yang buat performance cam costume,
utilities diorang cam bunga telur pastu kekadang tu jadi DJ, jaga music.
Pelik-pelik! Kekadang kerja berat cam budak-budak tugas khas buat,
angkut kerusi, angkut meja dan angkut benda-benda berat yang aku tak tau
apa benda, dan last sekali aku dengan Anai end up jadi DJ masa bukak
panggung , sultan masuk mengadap. Budak-budak bukak panggung suma
pompuan, suma stock control, stock macam model....... konon. Keje
diorang berjalan dengan penuh lagak dari bawah ke atas stage pastu ada
sikit tarian dengan lagu yang aku dan Anai handle, last-last minute!
Pasal budak-budak teknikal suma blah tah ke mana!
Kerja-kerja last minute jarang resultnya perfect. Masa Anai dan aku buat
rehearsal timing lagu memang ok, sebab tak melibatkan hardware
berat-berat. Sekali masa acara kemuncak tu, kitorang terkejut dengan
hardware bunyi buruk, sound programmmer besar-besar dan mesin bunyi
berapa puluh ribu track ntah yang kitorang langsung tak reti nak handle
langsung. Kitorang ingat kitorang tak perlu buat keje tu, sebab
diberitahu live band akan cover suma. Sekali time lagu Aishah (Anai
cakap kalau sebulan dia jaga sound, dia boleh hafal lagu tu) , tak ingat
tajuk apa lagu tu, kitorang terpaksa handle, pasal live band tak boleh
main kot ? Dah la sebelum tu ada sorang staf UiTM yang kerek paksa aku
ngan Sharul jaga lighting, polak!!! Yang tak pernah aku jaga. Kelam
kabut! Last-last staf tu handle sengsorang menatang lampu besar tu. Malu
saya tengok pengawalan lampu staf tu. Kalah Orange!!!!
Aku balik tempat asal aku dengan Anai, handle bunyian-bunyian merapu.
Time elok live band habis main lagu opening bokak panggung, turn
kitorang masukkan lagu Aishah tu. Lepas dapat signal, kitorang play,
tetiba lagu tu tak bunyi!!! Hah?! Biar betul? Anai dah cuak terus tukar
kaset player dengan sound engineer kat sebelah, tak bunyi gak! Ah, sudah!
Aku tengok awek-awek bokak panggung yang tunggu turn menari berdiri kat
atas pentas depan Sultan dengan pose diorang lebih dari 10 saat. Kesian
diorang kena dera ngan Anai. Pastu selamba sound engineer sebelah
kitorang cakap:
"Laa,..... volume tak naik"
Pastu dia naikkan volume. Lagu pun
jalan. Tu pun dah masuk verse. Aku tengok awek-awek bokak panggung
menari dengan kelajuan maksima sebab nak ikut timing. Kelakar pulak.
Orang lain kat dalam dewan tu mungkin tak perasan, tapi aku rasa
budak-budak bokak panggung tu mesti dah berapi-api, tunggu masa nak 'belasah'Anai.
Anai ditenangkan si sound engineer dari Shah Alam tu tadi.
"Apasal awak tak bagi signal tadi. Ingat player dah rosak tadi.
Takper, rilek, rilek. Benda ni mula-mula camtu, lama-lama biasa handle
takder masalah. Diorang pun tak perasan tadi."
Signal dan rilek tengkorak dia!!!
Dia siap boleh sembang dengan staf-staf lagi masa kitorang tunggu turn
play lagu. Pastu takder keje, lepak la apa lagi, pressure 2/3 hari ni
pasal keje yang tak predict pun kena buat. Nasib tak kena mengadap
Sultan, kasut aku dah la buruk, pastu pakai jeans (standard kerja-kerja
backstage memang camni, aku + Sharul + Anai pakai jeans jer), kena sound
ngan sapa ntah yang tak tau keje kitorang. Lepas persembahan fabriganza
+ epik Siam sikit-sikit, kitorang cari santap pastu gi belakang stage.
Anai dah segan nak masuk sana takut kena sound, tapi bukan silap Anai
pun tadi.
Balik dari dewan, satu bilik A1 218 Aku + Anai + Sharul + Tang Long
pakat tido sampai ke esok. Aku plak esok tu yang bermakna hari ni, ada
kelas pukol 8 pagi, bagos!! Tu yang start dapat ketidak-sihatan tu, Tak
tercontrol tidur. Lepas aku dapat sneeze, turn room mate plak, pastu
sorang-sorang. Pastu satu college merebak dapat hidung berfungus.
Awal semester bermula dengan kemalasan. Berat masalah ni. Malas sebab
takder duit, mikir camner nak bayar duit buku, buat assigment, print,
beli paper + color + brush, tambang pegi-balik rumah + makanan tambahan
to energize, yuran yang ridiculous. Banyak berhutang. Orang nampak aku
happy semacam, pasal aku cover, mungkin sebab result aku sem lepas ok
kot ? Orang tengok aku senyap dengan lama, diorang ingat aku berangan,
fuck! Diorang tak tau aku fikir camner nak bayar balik duit
member-member aku, pastu nak mintak balik. Aku dah sebulan tak balik
rumah, pasal kalau aku balik sure mak bapak aku ingat aku takder duit (memang
pun!), tapi aku segan nak mintak kerap sangat. Kalau 2 minggu sekali aku
balik, means 2 minggu sekali tu la aku mintak duit ngan diorang. Aku
bukan anak orang kaya pun sesenang diorang nak bagi duit. Pasal takder
duit la website ni lambat aku upload. Nasir a.k.a l23456789 siap pujuk
aku gi cc dia upload suma website aku. Hmm,.... aku tak nak kekurangan
ni buat aku malas. Masa kat Shah Alam pun camni gak. Tapi skang ni aku
rasa secure sikit.
Mak + bapak aku bukan macam mak + bapak korang, mungkin. Itu satu fakta.
Kasut aku rabak. Dah start pakai selipar pegi kelas.
The date should be:
Wednesday, June 19th, 2002
KELAB
PENGAT
Ilustrasi
di atas aku jumpa merata kat PC seorang kawan, 'Raksaksa Poket'. Ia
menimbulkan rasa mual dikalangan rakan-rakannya lalu aku ambik gambar
ini untuk korang menyelami rasa mual tersebut. 'Pengat Club' ialah kelab
dekorasi seorang individu yang meng'adopt' nickname Pengat. Kelab
inovasi beliau itu kabur dari segi agenda dan matlamat. Tak percaya,
sila amati dalam-dalam gambar di atas. Saja aku ambik gambar ni , sebab
aku tau kondisinya tidak kekal seperti keadaan asal kerana perasaan
menyampah. Heh!
BEDROOM
=/ LIBRARY
Jiwa aku masih belum menuntut diri ini untuk
mem'babbling' sesuatu
ke atas kertas digital, tapi artikel tentang seorang sasterawan dalam
satu majalah membuatkan aku menukarkan dekorasi meja kerja aku jadi
sesuatu yang deskriptif dan kurang difahami oleh orang yang tak tau
relatif seni dengan literasi (ambik mak aku la contohnya). Nasib baik
dekorasi meja tu dibuat di kolej. Kalau kat bilik kat rumah kat Kampung
Nibung, sekejap jer bilik aku akan di'destroy'kan sama ada yang
'destroy' bilik aku tu adik-adik aku , takpun bapak aku sendiri dan
selalu la aku tak puas hati kalau balik ke rumah tengok bilik aku semak
semacam. Mood untuk kemas balik bilik aku hilang. Seingat aku, selalu
gak diri aku yang tak dewasa ni dulu dikritik hebat oleh abang-abang aku
atau kakak-kakak aku (tak termasuk ipar) sebab tak kemas bilik. Aku
boleh terima kritik-kritik itu sebab memang dulu aku tak kemas bilik
pun,dan dulu aku tak appreciate langsung apa keperluan bilik tu. Tapi
bila masuk bab orang lain yang sepahkan bilik aku, Fox Mulder pun boleh
jadi skeptikal. Jadi sekarang bilik aku semak, gelap, dan takder cahaya.
Mak + ayah aku dulu pernah cakap nak letak meja dalam bilik aku, dulu
lagi masa aku nak SPM, tahun 1998. Tapi benda tu tak terjadi, aku pun
tak berharap sangat. Aku pun nak letak satu almari dalam bilik aku, tapi
aku takder budget. Tujuannya, senang la nak meng'katalog'kan data buku +
majalah + komik kat bilik aku tu, kang bila-bila aku nak cari bahan
bacaan untuk rujukan kerja seni atau sajer nak layan poyo senang cari
buku. Jadi ada la satu masa tu aku selalu bertanya kat kawan-kawan aku:
"Woi! Korang ada almari lama tak, yang dah tak pakai, aku nak guna.
Kalau hancur sikit pun takper, aku boleh re_construct balik."
Satu lagi, ada almari ni, senang la aku nak lock bahan bacaan yang
penting dalam almari tu. Aku takut ada bahan-bahan tu yang terlepas ke
bilik lain, paling sayang komik-komik aku... Selalu gak aku jumpa
magazine yang aku simpan, dah hilang, takpun jumpa balik dalam keadaan
tidak seperti yang asal. Tertanggal kulit, hilang beberapa mukasurat,
page yang kena gunting dan berlubang. Kalau korang pun, korang boleh
naik angin! Penting betul ada almari ni. Aku selalu jer terpikir benda
ni kalau aku takder duit (selalunya...) 'Ketiadaan' ini menghasilkan
banyak inovasi, macam mug dari ranting, model aksi dan display dari
cardboard dan bahan terpakai, ensiklopedia buku panduan dan macam-macam
benda yang aku tak expect boleh berlaku.
Kalau yang bertanya macamana bentuk dekorasi bilik aku yang semak tu,
ia adalah bilik kecik yang ada katil double-decker (sepatutnya satu jer,
tapi kemungkinan adik aku join tidur kat atas, tapi selalunya tak, aku
yang tidur sorang) dan banyak kotak. Kotak-kotak tu yang jadi tempat
simpan komik, magazine, + books, dan ia memang insecure. Bercakap pasal
ketahanan, tak suma kotak tu, boleh tahan lama, berbanding almari. Tapi,
satu sifat kotak tu yang aku sure, ialah portable. Mungkin aku patut
wujudkan library sendiri, atau mungkin tidak.
Bilik aku panas macam gurun! Atap rumah aku takder siling, dan dalam
banyak-banyak bedroom kat rumah aku tu, bilik aku la atap dia paling
hitam sekali! Aku boleh faham kerisauan mak + ayah aku bila aku selalu
tak keluar bilik, sebab sesenang jer aku boleh kena nosebleed (sebab
suhu + darjah kepanasan yang tinggi). Tapi, ntah la, aku rasa kat luar
tak best, hmm.... Hah! Bilik aku ada sebijik TV, aku sorang jer pakai TV
tu , sedang orang lain suma share guna TV kat ruang tamu. Memang TV
bilik aku tu create sikap anti-social yang tinggi walaupun kekadang aku
pun tak paham ap'sal aku bukak TV tu. Dinding bilik aku plain tanpa
sebarang tampalan atau poster, sebab dituntut untuk jadi begitu.
Catatan ini jugak relate dengan pendapat aku tentang tahun 2001. Sebab
tahun 2001, aku banyak berada dalam bilik aku. Bilik tu jadi tempat aku
buat catatan dan idea untuk develope idea website ni atas kertas ketika
diri aku tak jumpa PC dalam jangka masa yang lama. Bilik tu jugak yang
share mood + perasaan tak gembira aku bila dituduh 2 kali sebagai
penjenayah kat rumah sendiri. Bilik tu buat aku decide untuk keluar dar
rumah tanpa tinggalkan nota. Konklusinya, 2001 = TAHUN PALING TERUK YANG
PERNAH AKU JUMPA BUAT MASA NI! Orang Terengganu sendiri tak puas hati
dengan keadaan negeri Terengganu sekarang (mengambil pendapat umum dari
beberapa jenis media, bukan pendapat sendiri).
Better 2002 year for Terengganu citizens who care and concern.
'Kedai Buku Best' buat masa ni jatuh kepada Kedai Buku Shanghai, Kota
Bharu. Kedai ni jer la yang aku jumpa majalah TONE selama duduk satu
abad kat Terengganu dengan Kelantan. Kedai tu standard sebuah kedai buku
Cina dengan keadaan sempit (tak sesuai kalau nak lepak lama hanya untuk
baca buku. Baik beli buku, terus blah, dan pegi kat satu warung tepi
jalan yang berdekatan, order air, dan baca bahan bacaan yang anda beli
tadi selama yang mungkin). Kedai ni penuh magazine, komik dan buku, dan
sangat dark (juga standard sebuah kedai buku Cina).--------------
Kalau ada kedai buku best antara area Terengganu dan Kelantan, tolong
email aku, review dan bagi alasan yang kuat kenapa kedai buku tu perlu
dilawati. Kat luar area East Coast boleh gak , tapi susah sikit la kalau
nak aku pegi sana. Kos pengangkutan + penginapan yang selalu menghalang.
09:27 |
Sarnstag, 26 Januar 2002
Jurnal
Kongsi ialah page paling
jiwang dari
seluruh isi Hyperactive Ward. Jurnal Kongsi bukanlah seperti surat-surat
cinta yang biasa diterima antara seorang balak dengan seorang awek,
Jurnal Kongsi lebih dalam (dan
lebih celaka)
daripada itu. Ia seperti satu bangkai naratif. Dari seorang kawan kepada
seorang kawan. Persoalannya cinta, jawapannya kontra kepada cinta itu
sendiri iaitu 'HATE". Satu perkataan yang kurang enak didengar.
Mungkin kerana aku tak menerima lagi kejian-kejian kategori ultra-heavy
, jadi aku rasa ini ialah permulaan yang baik. Selamat membaca.
Amaran :
Gaya
bahasa Jurnal Kongsi agak offensive, explicit dan mudah menyinggung
ketenangan sesetengah pembaca yang biasa dengan surat cinta yang lembut
dan indah (sebagaimana senangnya manusia mengungkap perkataan cinta
tapi, penipu besar. BIG LIAR !!!) kerana sesetengah frasa tidak diedit
untuk menjaga keaslian isi penulisan. Harap maklum dan berzillion lemon
maaf.
No comments:
Post a Comment