Nuff said, will travel

Thursday, August 25, 2011

this is random #5

Still Bored : The Definitive Process Of Hang Out

My name is Ahmad Nazri and coming this November 19, I am 22. Bila Encik Shamsul Othman @ http://www.turismo78.cjb.net mula bercakap tentang bergantung luar atau hangout kat KT, it makes me think for awhile. Bagaimana prosesnya? Jadi aku buat demo bagaimana ia berjalan. Sebenarnya ia tak lancar sangat. Just like this:

Hari ni kebetulan ayah aku take a rest dari sebarang kerja so aku tak perlu tolong kerja dia. Aku mungkin boleh keluar lebih awal tapi aku mungkin akan hadapi keboasanan yang ultimate. Mana aku nak pergi? Ada 2 tempat jer. Tempat yang ada buku = bookstore, dan tempat yang ada line internet = cc Neonet. Jarak dari rumah aku ke bandar KT (pekan la sayang! Bandar ni macam makin mengecil jer...) sebenarnya ambik masa beberapa minit jer kalau ko naik moto atau kereta sendiri. Aku cari bas. Aku boleh saja telefon kawan aku, Munk ajak dia kluar, maknanya dia bawak skuter dia atau kereta ayah dia ambik aku kat rumah. Tapi aku tak nak bother dia lepas dia baru balik dari kursus. Dia perlukan rehat yang secukupnya. Jadi aku keluar sengsorang jer, since Fadzli ada kat KB dan abangnya Fauzi baru jer operate lutut. Aku berjalan dalam 2 ke 3 minit ke tempat bas selalu berhenti, di hadapan padang Sekolah Panji Alam. Aku bayangkan aku tunggu kat situ bermula 3:00pm, atau petang. Tapi kecelakaan berlaku bila bas yang aku tunggu ambik masa selama 1 jam lebih untuk sampai ke tempat yang aku tunggu tu. lebih syahdu bila terdengar laungan azan asar dari surau yang berhampiran. Aku belek booklist dari Laurence King dan Thames yang baru sampai kat rumah aku tadi untuk bunuh keboasanan itu. Not work.

OK, that's it! Bas tu pun sampai. Yang aku tau bas ni buat 2 kerja. Selain dari lalu kat tempat aku, bas tu lalu ke daerah lain. Jadi gap masa untuk menunggu bas ni sebenarnya adalah 2 jam! Tambang bas ni 70 sen sebab bas ni bas mini. Kalau cari kereta sapu, aku perlu bayar seringgit jer tapi aku tak nampak sebarang kereta yang berhenti dekat aku untuk ambik penumpang. Bila bas tu sampai jer, aku buat perangai aku yang tak sabar-sabar nak naik bas sebab dah lama benar aku tanggung derita. Aku dah tak peduli benda lain selain mengharapkan bas tu terus sampai ke destinasi aku. Good! Aku ada company yang aman damai dan tak crowded sebab hari ni hari Ahad, dan di Terengganu hari Ahad adalah hari berkerja. Cuba kalau aku kluar semalam , iaitu hari Sabtu? Damn!

OK, bagus. Bas tu lalu on the way ke bookstore jadi aku hanya perlu berhenti kat situ dan tak perlu berhenti kat stesen bas dan menambahkan perjalanan. Turun jer, tanpa melihat kiri dan kanan kecuali time melintas jalan aku cari bahan bacaan yang sesuai dihadam oleh jiwa ini. Not good. I found nuthin' that keeps me quake! Seolah-olah aku buang masa aku ke bookstore ni (bookstore yang sama pernah sound aku sebab 'membaca sangat' tapi belinya tidak). Fikir untuk tidak mahu our dream end here, aku decide untuk switch ke Chinatown yang ada a few newstand yang interesting. Dalam perjalanan terjumpa Zam, drummer Nosferial dan sebagai orang Melayu dan Islam yang penuh adab, kami bertegur sapa dan menghulurkan salam. Zam nampaknya tengah rushing, jadi kami pendekkan pertemuan kami kat situ jer. "Kat studio ada orang..."

Sampai kat Newstand kat Kampung Cina, aku ambik masa lama sikit berbanding kat bookstore tadi sebab dalam rak, banyak sangat magazine yang dah lama aku tak beli. Aku ambik satu jer. Bila dah bayar magazine tu, aku bayangkan journey aku dah abis kat situ so aku kena type summary yang panjang ni kat website aku, jadi aku kena cari cc. Cc yang terdekat ialah Neonet. Not good, Neonet tutup. Cc lain yang biasa aku pergi menyebabkan aku kena lalu kat Stesen bas KT, man, that's sucks! Aku sampai situ dalam pukul 5 something. Aku end up pakai PC sampai 2 jam, pasal banyak benda yang nak dibuat. Itu dah masuk plan dari rumah tadi.

OK, lepas tu? Aku bayangkan aku kluar pukul 7 dan tunggu bas balik yang hanya beroperasi pada pukul 8 something and that's sucks again! Banyak masa yang terbuang. Dan itu yang menyebabkan aku ambik masa dalam 15 hari untuk keluar balik pegi bandar KT untuk update bahan bacaan dan cyberactivity. Tapi perkara tu tak berlaku kalau aku bermusic dengan band aku, sebab transportation melimpah-ruah, daripada Munk ke Ayeng ke Azulaimi. So, this is our not good day. Aku tak singgah minum kat mana-mana kecuali Munk atau kawan-kawan aku yang lain ada kat satu kedai. Jadi anda bercakap tentang hangout. Nuthin' much but it's scarificing. Thanx for reading.

Sunday, 261 003, ktktk.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...