KUBANG PARADE'S ARCHIVE
May 2001.- January 12, 2002
LIBRARY
+ BOOKSTORE
Maka
bertanya diri kepada diri, jika Azulaimi Bookstore akan menjadi realiti
pada satu hari di masa akan datang, apakah konsepnya dari segi
enviroment, atmosphera dan 'pengembaraan + penjelajahan mata ke dunia
cetak atas kertas', maka diri ini akan menjawab:
"Mind Shop-meets-Kinokuniya-meets-Gingkopress-meets-Kediaman
Hilman Hajijan di Kubang Parit"
Wallahua'lam.
Gingko Press
ialah publisher buku-buku gfx art + design + photography + architecture
+ media yang banyak produce karya-karya yang mind-blowing. Aku boleh
pengsan kalau stay lama-lama dalam library tu, maksud aku, 'pengsan
kegirangan'.
Kalau nak bagi hadiah buku, tolong cari buku
Metalheart hasil
ekspresi Andreas
Lindholm + Anders
F. Rönnblom. Orang
bukan appreciate sangat kalau dibagi hadiah buku melainkan kereta dan
biskutlah hendaknya! Majalah PRINT
back issue pun aku terima gak, member aku cakap dia pernah jumpa kat
Popular Bookstore kat Selayang, try la cari kat lain kalau korang tau
mana nak dapat buku tu pastu pos kat aku sebab kat Kuala Terengganu
takder bookstore yang ada buku tu dan jual buku lama dengan harga murah,
sedih sikit. Ini sedikit sebanyak membawa kepada persoalan 'membentuk
masyarakat'.
Kenapa ? Sebab baru beberapa hari sebelum tahun 2002, Perpustakaan Awam
Negeri Terengganu telah dikritik kerana indah khabar dari rupa. Kerajaan
lebih suka membazirkan duit untuk memperbesarkan bangunan daripada
mengemaskinikan dan menambah bahan-bahan bacaan untuk orang-orang yang
dah kebulur ilmu dan makanan jiwa. Kebulur gila!!! Aku boleh dengar
sendiri komen dari kakitangan yang berbunyi lebih kurang camni:
"Kami tidak bercadang untuk menambah bahan-bahan bacaan baru kerana
tidak cukup peruntukan untuk tujuan tersebut"
Dan, sorang kawan kat Ampang mungkin boleh berbunyi begini selepas
mendengar kata-kata ridiculous staf library tersebut:
"Hak ela!!! Kalau camtu, baik duit peruntukan buat bangunan tu bagi
kat aku biar aku beli buku banyak-banyak letak kat rumah besar aku,
pastu orang boleh datang rumah membaca dengan perasaan puas hati.
Silap-silap ada balance aku boleh belanja korang minum kat mapley."
Aku tahu mereka (pihak library) mungkin ingin menjelaskan tentang
"keselesaan kepada pengguna" tapi apa guna keselesaan fizikal
itu jika tidak selari dengan selesa ilmiah. Tolong jangan bagi
penjelasan kelakar selepas ini!
Sabtu ,
2:10 pm | Januari 12, 2002
Elliott's
Attraction to All Things Uncertain and Chuck
Tetiba aku
dapat email, introduction pasal band "Tweaker". Aku rasa dapat
dari geng-geng NIN. Tweaker ialah Chris Vrenna, sebagaimana Nine Inch
Nails itu ialah Trent Reznor, jadi ko boleh bayang la camner sound
Tweaker ni, selagi faktanya, "Chris Vrenna ialah drums +
programming wizard, x-member NIN, producer yang banyak remix lagu artist
top, example: Elevation - U2 (Tomb Raider Mix), Marilyn Manson, Nelly
Furtado, Weezer, Poe , dan baru lepas produce album last COLD dan banyak
lagi". Tapi satu fakta yang menarik perhatian aku ialah Tweaker
bermula dengan painting untuk cover art album tu. Ia tidak bermula
dengan music. Chris Vrenna minat gila kat art sehingga satu painting
hasil karya Joe Sorren yang dilihatnya di sebuah galeri telah memberi
idea untuk membentuk audio karya tersebut maka terhasillah 'Tweaker'. CD
tu payah nak dapat kat Malaysia jadi kalau sesaper jumpa tu, mintak
belas ihsan untuk sedekah kat aku. :)
Credit goes to Joe Sorren.
>http://www.joesorren.com/
>http://www.tweaker.net/
Chuck Schuldiner,
frontman of the band Death, recently passed away after a long battle
with a malignant brain tumor.
Respect goes out to Chuck and his family in this hard time and he will
be remembered always.
R.I.P Chuck..
Khamis,
Januari 10, 2002 | 3:00 pm
Pak Malau :
Dah
siap?
Ahmad Nazri : Apa
yang siap ?
Pak Malau : Demam
ko...
Ahmad Nazri : Oh,
ntah ,... aku kena demam apa, aaa ?
Pak Malau : Diorang
cakap 'chickenpox'
Ahmad Nazri : Eh
, bukan, satu lagi!! 'Pigpox' kot...
Amirul : Huh
? Mender tuh?!!! (Korang cakap apa nih?)
Rumusan untuk 2/3/4 minggu ni
ialah hujan + penyakit + dikuarantin + cuti seminggu yang membangkitkan
kemalasan dan kerja yang gila menimbun banyak. Aku tak suka
period-period macam ni sebab aku tak boleh tidur, ada satu masa kat
rumah, aku terjaga sebelum masuk waktu subuh sebab teringat pasal
artwork yang tak dibuat-buat lagi. Attendant aku pun sakit, bang!!! 3
kali straight tak datang tu macam memperli jer kedudukan aku sebagai
student.
Sepatutnya
aku tak patut sentuh PC pun time ni, tapi aku rasa aku boleh redakan
sesuatu daripada literasi buruk ni..... At least, ada la sikit.
Karang la
aku criter pasal raya dengan resolusi tahun baru yang sesajer jer nak
menempelak aku....
Satu lagi
, aku ada perform malam dari junior untuk senior. Aku terlibat dengan
satu drama raya , yang mana character aku ialah mamat skema stail-stail
geng-geng Weezer yang asyik berkepit dengan buku tebal-tebal, spek mata
frame tebal walaupun aku tak pakai spek, rambut macam kena jilat lembu
dan mulut yang asyik mengeluarkan fakta yang mustahil boleh keluar dari
mulut mamat-mamat yang lepak bus stand. Character ni sebenarnya bagi aku
ialah comic strip! Aku terima dengan senang hati sebab kontra gila
dengan realiti aku sebenarnya. kalau tanya aku, aku patut dapat watak
sebagai pintu pagar rumah jer!!!
Selamat
tahun 2002
+
Selamat pengantin baru
untuk kakak aku,
Haryani
(kakak nombor 3 , kerja press bahagian sport kat Berita Harian) yang bertemu jodoh dengan orang Gong Badak, dekat jer.... tak cari
jauh-jauh. Ntah-ntah sekampung dengan
Azulaimi
+
Mizi
tak, sebab aku tak pergi
lagi rumah abang ipar aku tu. Selamat nikah pada 2 Januari 2002 hari
rabu.
Selasa,
Januari 08, 2002 | 12:16 pm
Ranting-ranting
itu useless.Macam aku jugak.Tapi sedikit demi sedikit ia mula
menjadi satu piece of art yang beharga beribu-ribu dollar jauh melangkau
nilai asalnya yang sifar. Mula skeptikal , kerana melihat asal-usul
ranting itu sendiri, tapi what the heck?! Suma benda datang dari form yang
sama. Dan ayat macam "I'm clean, you r dirt, we could never be the
same!" equal superficial. Macam la aku tak boleh dibersihkan
sedangkan ko senang-senang jer boleh dipalit kekotoran. Everyone is
stupid, myself include, yourself include. You have got to be clever enough
to realise that you're stupid !!!!
Aku perasan
sikit, website ni jadi sesuatu atas nama personal yang mana tujuannya
bukan untuk orang datang berkata sesuatu tentang "kerja seni"
tapi lebih bersifat "journalisme takde makna". Maknanya, aku
kena hasilkan sesuatu yang lebih serius kalau ingin memperkatakan tentang
portfolio kerja seni aku, kontra kepada Hyperactive Howard yang mengarut
ke sana ke mari macam criter "Sang Kancil dan Sang Monyet".
"Tolong!
Tolong! Dah 4 hari aku tak makan"
"Jangan, monyet! Kiter takleh makan buah tu"
UiTM Machang
masih tandus air, elok la . Aku pun nak balik kampung cepat ni. Raya lagi
4/5 hari. Bukan kemaruk sangat nak raya atau homesick, tapi aku rasa dirty
sangat. Bulan posa plak tu, payah nak melakukan ibadat.
Tuesday,
December 11, 2001 | 12:34 pm
Feel greasy, no water, extra itches !!!!!! Kat UiTM takdok air !!!!!!!!!
Bengang beraser... Nasib baik aku nok dekat-dekat 'masa balik raya'.
Aku check email, ada links yang aku tak pernah sentuh, tapi memang cool
links tu. Thanx to Gasket Media.:
>http://www.threefiftyseven.com/
>http://www.artichokedesign.com.au/
>http://www.studiovoodoo.com/
>http://www.zogg.com/
>http://www.createonline.co.uk/
>http://www.thebestdesigns.com/
>www.version1-0.com
Monday, December 10, 2001 | 6:11 pm
Huh, gerg tu 7778.
Patut la aku rasa atmosfera pelik jer... Website 'Triple Seven 8 Design'
tu memang power dan kemas dari segi susunan, interaktif, dan korang rasa
macam website tu hidup jer..... pendapat aku laaa.... Lagi satu 7778
tu berat kepada community web tempatan. Sekali pulse, macam cubadust
tapi dalam versi Malaysia. Terima kasih kat Encik gerg sebab bagi sikit
cerita pasal website 'Kedai Buku Azulaimi' ni. Sebenarnya, owner tempat ni
Ahmad Nazri bukan Azulaimi. 'Kedai Buku Azulaimi' tu equal satu character
tentang masa depan Kuala Terengganu. Tapi aku bukan reality based liar
macam Nujum Pak Belalang, aku tak tahu nak predict apa yang bakal berlaku.
Cerita gerg berbunyi lebih kurang camni:
":: Nov
21 2001 :: azulaimi
also has this cool blue hp .. like it but he dun like his place? ermm why?
"
"Glamer
ah mung , Azulaimi!!!!" Aku ada tanya beberapa orang individu yang
tinggal satu tempat dengan aku kat Kuala Terengganu. Dan memang ada yang
beri pendapat yang selari dengan aku, "kurang suka dengan tempat
sendiri". Ada yang beri pendapat , tempat diorang tak macam dulu.
Diorang lagi suka masa 'dulu' kalau banding dengan sekarang. Ada yang bagi
pendapat macam ni ,"kalau ada orang kata aku suka tinggal kat sini ,
diorang tu memang giler!!!!!" Korang yang tak menetap kat sini
mungkin tak tahu apa cerita di sebalik 'ketidak-sukaan' ini. Masa yang
bakal menentukan. Aku cuma boleh kata , "Long live Kuala
Terengganu".
Link
:
>sic
( "cayalah abang Batak!!")
>7778
>f-ix
>c-ex
>n0tangel
Friday,
December 07, 2001 | 6 : 15 pm
"BEGHAMBAT LEMBU KAT STUDIO KUYEE"
Yes, aku jadi user yang ke 1000!!!!
Jadi
semalam (Rabu, December 05 2001) Encik Faizal
jadi lecturer aku untuk drawing, dari Shah Alam pegi Machang. Aku memang
kenal dia , tak tau la kalau dia kenal aku , sebab aku bukannya student
yang baik pun masa kat Shah Alam. Sedikit rasa kesal menyelinap ke tulang
sum-sum. Tapi review yang aku dapat dari member-member aku yang dapat dia
jadi lecturer subject Drawing masa kat Shah Alam dulu ialah : "Encik
Faizal memang best!" Ntah laa....
Jumaat,
November 30 2001, aku bukak posa dengan Munk + Mizi + Azu.
Sepatutnya aku pegi bandar cari selipar jer tapi Munk
yang bukak cerita jamming. Seingat aku , bulan posa tahun lepas pun pernah
sekali aku + diorang (Munk + Azu + Mizi + Nasir + Zuang,
mungkin ada terkurang aku tak ingat) jamming, dan end up dengan aku round
bandar cari diorang lepas bukak posa kat kedai Mizi sorang-sorang, pastu
tak jumpa , frustrasi, balik tempat keje , sebab aku kena bukak kedai
pukul 9 : 30. Pastu baru Azu bagitau aku, Nasir memang ada tunggu kat satu
kedai. Nasir pun kena masuk keje gak , tunggu aku + diorang punya
lama..... Masa tu Eri pun ada , sampai dalam IRC suma orang f**k aku ,
hahahahahaha!! Kelakar + sedih pada satu masa. Masa tu sorang pun tak
pakai handphone. Susah nak set masa betul-betul on time. Konklusinya: best
laaa jamming hari tu!! Nasir sampai lepas kitorang bukak posa , dalam
pukul 8 > lebih. Malangnya, aku takder suara sebab trauma lama sangat
tak kluar dari UiTM. Perghhh!!! ramai giler crowd sampai sempit nak cari
tempat tido.
Lebih
berhati-hati di Stesen Bas KT (tempat yang paling aku tak suka untuk lepak
lama-lama kecuali sebab nak pegi kedai Mizi). Mizi pernah kena pau dengan
pisau diacukan kat dada dalam baju dia (tu pun Mizi cakap pakai 'lawi ayam'.
Giler ah!!!). Mizi sempat lari lepas bagi sebijik kat kepala si
celaka-celaka tu (lebih dari sorang, sorang lagi tunggu kat belakang), tu
pun Mizi nak kejar diorang balik lepas pegi kedai dia cari ayah dia.
Celaka-celaka tu hilang, seperate ways.
Aku
mungkin balik raya hari Khamis, December 13, 2001. Kepada Encik
Nasir + Munk + Azu + Eri + Zuang + Mizi dan
sesapa yang biasa dengan rumah aku , sila datang rumah aku masa hari raya
,..... telepon dulu. Jangan jadi macam tahun lepas. Konon nak surprise,
korang plak yang surprise bila aku takder kat rumah!!! Korang
pun boleh datang rumah aku, di cadangkan hari raya ke-3. Alamat ada kat
atas, kalau sesat, tanya orang kampung aku sebab diorang ni kalau hari
raya , berbudi pekerti sikit. Rumah aku betul-betul sebelah surau tapi
cover dengan berbagai-bagai jenis pokok dan tumbuhan-tumbuhan kampung.
Thursday,
December 06 , 2001 | 5 : 14 pm
Ada beberapa perkara yang perlu aku ingat:
"88 x 31 pixels"
"Don't fall in love too soon ",kata lecturer aku.
"Esok kena cakap perkara yang serius-bijak , pendapat tentang design
yang datang dari East Coast ... Terengganu"
Ada 2 website yang aku nak siapkan, salah satu website tu Nasir Bomb a.k.a
I23456789 tunggu dari bulan Jun 2000 lagi tak siap-siap. Radikal betul!
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Tuesday , November 27, 2001 | 11:00 am
PC
kat tempat aku study ni block address cjb.net jadi banyak tempat yang aku
tak pergi lagi. Sekarang ni aku miskin sebab duit loan aku tak sign lagi
surat perjanjian, pastu duit aku skang ni tinggal untuk beli barang-barang
art + tiket balik raya. Thanx a lot IC3
pasal bagi link kat aku. Gfx layer aku still masih tahap budak tadika ,
kalau member-member aku, diorang cakap 'tahap ketiak' , heh! Aku tak
berjalan sangat dalam 2 minggu ni , lepak kat kolej.
"I'm
afraid to be alone
Afraid you'll leave me when I'm gone
I'm afraid to come back home {or}
just wish I
was back home"
Alfatihah
untuk Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat pada 21 November
2001, 11:57 pagi
12:42pm , Sunday, November 25th, 2001
Today,
I'm 20th.
Giler ah , dah tua aku rupanya !!!!
November 19th, 2001 ,
Monday > 20 year after November 1981
Antara sedar/tak sedar . aku dapat rasa ramai kawan-kawan virtual aku yang
cari aku kat 'mesin perbualan berkait' tapi tak kat SINI ! Sedang aku tak
pasti sama ada aku dapat berkomunikasi secara selari dengan diorang
melalui mesin tu atau tak, aku pasti sangat-sangat yang aku selalu ada kat
SINI..... dan diorang tahu. Aku macam berharap diorang berhenti kat
'point' ni,.. sekurang-kurangnya untuk email aku. Pastu aku baca email ko,
... dan ko tau aku still concern kat ko. Sebab ko pernah kata tempat ni
macam rumah aku, maknanya ko tau aku kat mana, jadi takder point untuk ko
buat-buat tak tau. Walaupun aku takder depan-depan ko, tapi ko tau nafas
ni masih berdegup. Malang betul aku tak tau ko kat mana.....
-
Aku dah cuba cari ko, tapi tak jumpa ko, sebab aku tak tau ko kat mana. Ko
dah tau aku kat mana, ko tak perlu tunggu aku pergi kat ko/cari ko.
CARI AKU !
TOLONG CARI AKU !!
Sekurang-kurangnya untuk bagi salam.
Selasa/September 25, 2001. Pagi gila!
I SIT IN MY
DESOLATE ROOM. NO LIGHTS, NO MUSIC. BORING, MAXIMAS!!!
Tonyok Moron :
Ko ni skima laaa....
Orang : Ko
plak BABI !!!!!!!!
Skang ni dah
nak masuk 4 bulan tanpa musim gfx + digital , gila ko! 4 bulan tak pakai
photoshop. Aku tengok PC yang bukan hak aku dengan keadaan bernafsu sekali.
Boleh senak perut tengok babak-babak cliche macam ni. Sorang member. Mang
cakap "bakper mung dok mari rumoh aku ?" Cess!!! Babi ! Aku pun
tak pernah dengar ko ajak aku! Apasal ko tak cakap sejelas ni 4 bulan
lepas ? Kesian soul aku , kebulur gila !!!
Azulaimi baru
balik dari Penang , yeah Abang Azu Guitar Wonder rules!!! Maknanya boleh
la aku melepaskan geram jammin' hari Jumaat ni sebelum mak + ayah aku
geram tengok aku kehilangan dari rumah. Sorry Mom + Dad!
Aku benci hari
Sabtu di KUALA TERENGGANU sebab ia boleh meyebabkan aku benci semua hari
di KUALA TERENGGANU.
'Batu rakit
rocks' bagi salam. Waalaimumussalam. Dia kata orang macam aku ni
diperlukan di KUALA TERENGGANU. Pelik ! Sebab baru jer berapa minggu lepas
aku kena sound kat satu kedai buku kat KUALA TERENGGANU pasal 'terlalu
membaca' a.k.a diorang memang nak halau aku dari kedai diorang !!!!! Jadi
kalau kedai kecik kat KUALA TERENGGANU ni boleh halau aku, apa lagi negeri
yang 'besar tapi kecik' macam TERENGGANU ni. Aku over-react.... Ok , aku
akan bawak isu 'negeri dan ibu negeri' ni kat minit-minit mesyuarat yang
akan datang, pastu resultnya akan diberitahu. TERENGGANU MEMANG BEST ,
tapi bukan SEKARANG, tunggu jer la one day.
Liza
kata homepage aku ni self-centered pada dia. Memang!! Sebab nama dia pun
personal website , bukannya 'Website Micheal Bolton dan John Tesch'. Harap
dapat terima, Cik Liza.
Mintak
maaf bebanyak kat sorang member Aisha pasal asyik tak dapat email dia. Aku
tak suka button backspace 2 kali. I got the lesson. Aisha tukar address
website. http://plasticrobot.net/xcore
Thanx a lot
kat orang-orang yang masuk website aku sampai hit 600 lebih , antara kenal
dengan tak kenal.
Check
link ni:
kellynumb
Phreakish800
Peace, bro!
August 26th, 2001. Sunday
Nuri : Cakap
nak lari dari rumah ?
Ahmad Nazri :
Tak sampai hati laa....
Nuri : Pulak !
Apa yang sangkut ?
Ahmad Nazri :
Kakak aku baru jer lepas bersalin, anak dia meninggal, ko boleh bayang tak
camner kalau aku lari time ni ? Dah la satu keluarga aku ada kat 'luar
mood' aku plak nak pegi lari. Aku tak nak catat keburukan kat satu tarikh
yang mana masa tu suma orang tak gembira.
Nuri : Ok, ok,
maknanya ko nak lari hari lain...
Ahmad Nazri :
Betul, hari yang hype dan sial , all in one ! August 31st,....... damnit
!!!
Nuri :
Hahahaha ! Best , mesti hari-hari di Kuala Terengganu sungguh menyayat
hati .
Ahmad Nazri :
Senang cerita camni laaaa, kat luar rumah aku tu mulut boya, dalam rumah
aku mulut rimau akar . Kalau aku lari rumah mak aku mesti marah tahap
digital , tapi kalau aku duduk rumah pun mak aku marah gak, tahap organic
sebab aku asik kluar jer, ...... apa sebenarnya yang ingin dibuktikan oleh
mak aku kat Kuala Terengganu ni ?
Nuri : Ntah
laaaa.....
Moralilty :
Jangan lawan cakap mak, tak cium bau syurga. Dalam kes aku, aku tak
bertekak dengan mak aku , cuma aku tak bercakap langsung sama ada dengan
mak atau bapak aku. Jadi timbul satu kontras. Sebab aku kurang bercakap,
bahasa aku pada diorang banyak bergantung pada apa yang apa aku buat.
Kekadang tu aku tak buat apa-apa tapi diorang terpikir benda lain dan
benda tu mesti la negatif kat atas diri aku, contohnya macam tahun lepas
kawan aku datang rumah , aku ajak masuk bilik sebab aku nak buat kerja
dengan diorang pun sesuai buat kat bilik aku. Mak aku dah terpikir lain ,
kata kawan-kawan aku bawak dadah padahal aku rokok pun tak sentuh. Aku tak
marah mak aku , tapi sedar sangat camtu la benda yang aku kena face kalau
duduk kat Kuala Terengganu yang mana banyak belia yang bergantung pada
drugs, dan dengan nama Allah , society aku jauh lari dari society typical
orang tempat aku. Satu benda jer yang boleh larikan imej-imej buruk yang
berlegar kat kepala mak dan bapak aku, iaitu aku kena larikan diri sendiri
dari kepala diorang, nanti bila aku datang balik kat diorang , aku kena
pastikan imej aku pada diorang ialah sesuatu yang baik.
Aku tak campur sangat dengan orang kampung aku , mungkin sebab tak jumpa
pun orang yang satu kepala dengan aku kat kampung, mungkin diorang pun cam
aku jenis duduk rumah tak pun , setahun sekali baru jumpa rumah. Heh!
Society yang berbeza. mak aku pun tak pernah kenal kawan-kawan aku , sebab
diorang pun tak pernah jumpa mak aku. Aku tak tau la macamana persepsi mak
aku kat abang-abang aku ataupun kakak-kakak aku , tapi aku la terlebih
malang sikit. "Huh! Umur ko dah 20 tahun !!!" Ish! dah tua tu,
sepatutnya aku boleh buat keputusan sendiri , tapi dalam kes ni , mak +
bapak aku lebih suka ambik sibuk hal aku."Eh! mak , Nazri boleh buat
la, takyah la mak nak risau , Nazri bukan macam orang-orang yang mak baca
dalam surat khabar tetiap hari" Malangnya , ayat tadi tak terkeluar
atau mustahil boleh kluar, kang langi banyak bangkangan diorang!
August 24th , 2001. Friday
Azulaimi
Mohamad : ASKOM ,MAMAT AKU NIE AZU ...NICK AKUKENE AMBIK DIORANG,,BERSIAP
SEDIA 5 LIRIK KERANA SEMUA LAGU REKE TELAH AKU SIAPKAN RECORD DOSS .....BANYOK
ALAA ........
Ahmad Nazri :
Waalaikumussalam. Yup, geddit ! Nick kena ambik ? Ha ha ha! Satu
pencapaian yang baik a.k.a 'padang muker'. 5 lirik, aku kena rujuk
penduduk tetap Kubang Parit, Hilman Hajijan sebab dia ialah 'Howard
Chaykin' dalam bahgian grammar dengan defragmantasi. PC rumoh dia masih
dalam keadaaan baik dan dork relevan a.k.a versi cap ayam.
Azulaimi
Mohamad : HUMM ...MANG CUTI DOK AGIE??MU GI ITM BILER PLOKK? ZUANG BALIK
DOK AGI? AKU BALIK DALAM 20 HARIBULAN NIE.....
Ahmad Nazri :
Mang cuti lama dorhs. Zuang balik dorhs... Mung nger Mizi jer dork cuti
lagi , tapi kalu ikut masa, mung ah cuti lambat sekali dan lebih malang
lagi masa mung cuti kekgi kemungkinan ada individu lain hok gi study balik,...
Resistansi. Satu memo
ter'delete'. May 2001.
No comments:
Post a Comment