Nuff said, will travel

Tuesday, April 6, 2010

Dominic Hailstone

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/dominic-01.jpg?w=490


Kata Dominic Hailstone, pengarah video muzik kelahiran British paparan MVROTTW kali ini, kerja terbaik yang pernah dilakukannya ialah ‘membikin seekor buaya yang menelan Tom Cruise di dalam filem “Interview With A Vampire”‘ dan ia sering dicanangkan kepada mereka-mereka yang ingin melihat hasil kerjanya.
Sebenarnya hasil kerja Dominic yang lain juga agak impresif. Pernah berkerja dalam produksi video muzik sepanjang zaman “Come To Daddy” bersama pengarah Chris Cunningham dan sebagai concept modeller untuk filem “Harry Potter and the Sorcerer’s Stone”, pengalaman ini sedikit sebanyak membuka jalan kepada Dominic dalam meletakkan dirinya sebagai pengarah generasi baru.


Jika tidak kerana tugasan Mogwai di Kuala Lumpur tempoh hari, sudah pasti saya tidak perasan nama Dominic dan kerja-kerja video muziknya yang menarik. Saya mulakan dengan video muzik Mogwai, “Batcat” yang sekali pandang seperti kisah Red Riding Hood tetapi ditambah dengan elemen ‘horror’. Anda perlu tonton video ini dan lihat pada penghujungnya kerana itulah trademark Dominic.
Satu lagi video muzik yang menarik perhatian saya ialah video muzik Dominic untuk band Isis, “Holy Tears” iaitu gambaran seseorang yang jatuh terjunam dari sebuah bangunan yang tinggi. Penonton boleh memberi interpretasi mudah bahawa ini ialah video tentang bunuh diri dan impaknya yang menggerunkan yang dihasilkan dengan penuh ketelitian. Satu perkara yang anda perlu tahu, Dominic gemar menggunakan solekan prostetik dan sut getah. Atmosfera gelapnya juga boleh dibandingkan hasil kerja Chet Zar yang merupakan pereka kesan khas untuk kebanyakan video muzik band Tool.
Untuk “Holy Tears”, saya ambil masa selama 6 bulan dengan belanja sebanyak £5000. Tiada proses komputer grafik di dalam video muzik ini sebab saya tak suka guna teknik CG. Saya guna komputer hanya untuk proses suntingan, ” cerita Dominic tentang video muzik “Holy Tears”. “Aaron Turner (vokalis dan gitaris Isis) menghubungi saya melalui seorang rakan untuk menghasilkan video dengan ideanya berdasarkan pada nota yang dia tulis sebagai konsep album “In the Absence of Truth”. Warp Films membantu dari segi peralatan kamera dan kerja produksi tetapi 99% proses penghasilan video ini dihasilkan saya di bilik tidur. Rakan saya Douglas Pledger bertindak selaku pelakon dalam video muzik ini, jadi satu hari suntuk jugalah dia tergantung untuk mendapatkan kesan jatuhan yang sebenar. Video muzik ini bersifat autobiografi bagi saya sebab lengan dan rahang saya patah semata-mata kerana video muzik ini. Video muzik ini agak ganas sikit jadi saya beri amaran awal-awal….
Selain video muzik, Dominic juga pernah menghasilkan beberapa video pendek yang menarik perhatian umum, 2 di antaranya ialah “92″ dan “The Eel”. Kita ikuti temubual eksklusif bersama Dominic tentang kerja-kerja videonya yang lain serta penglibatannya dalam dunia pengarahan.


Sesi temubual bersama Dominic….


Nazri : Mula-mula saya melihat video “92″ saya dapat rasa ‘feel’nya ketika menonton video muzik Tool. Anda dan Chet Zar pernah berkerjasama sebelum ini?
Belum pernah, tapi dia rakan baik saya. Saya perasan hasil kerja Chet pada masa yang sama dia melihat hasil kerja saya, dan mula dari itu kami menghargai kerja sesama kami. Dialah yang memperkenalkan saya pada Brian Williams yang menghasilkan muzik untuk video 92. Kami menyedari yang gaya kami saling berkaitan kerana kami meneroka emosi yang sama. Ada beberapa bahagian di dalam video “The Eel” dan “Holy Tears” yang mengingatkan saya pada Chet tapi saya tak nampak ia ketara di dalam video “92″ kecualilah jika anda merasakan yang video ini agak ganjil.
Dominic : Visual ?2?adalah berdasarkan fotograf perubatan lama dan ia juga kerja lama saya yang saya hasilkan untuk Alex Chandon iaitu video “Cradle of Fear” tetapi telah diperhalusi. Ia dihasilkan untuk pameran aliran surealisme di London’s Hayward Gallery jadi saya banyak menghabiskan masa untuk mengulangkaji kerja seni surrealist era 1920′an. Saya rasa kerja seni Chet sangat mengagumkan, saya juga suka menghasilkan catan sama seperti Chet.


Nazri : Boleh anda cerita bagaimana anda bermula berkerja dengan rekaan kesan khas sehingga berjaya mencapai status sebagai pengarah?
Dominic : Saya mula ketika berumur 8 tahun lagi. Masa tu saya minat sangat dengan kesan khas pada filem dan pada usia 10 tahun saya dah pasang cita-cita untuk menjadi pengarah selepas banyak terpengaruh dengan Steven Spielberg dan Alan Clarke. Saya ingat lagi saya selalu tetapkan jam pada waktu tengah malam supaya dapat curi-curi tonton “Scum” di kaca tv. Ibubapa saya takkan benarkan saya tonton tv lewat malam kerana saya masih budak lagi. Saya dapat tonton pun bila dah lepas setengah cerita sebab ayah saya masih berjaga. Sejak itu saya makin obses dengan Alan Clarke. Yang peliknya, ayah saya pun peminat Alan Clarke tapi dia tak tahu pun! Dia pernah bercerita tentang tiga filem yang dia tonton di televisyen dan ketiga-tiganya diarahkan oleh Alan Clarke , itu pun selepas saya beritahu dia. Tapi nampak di situ yang selera kita ini bersifat peribadi dan ia telah mempengaruhi kita sejak kecil lagi disebabkan faktor-faktor tertentu. Ayah saya tak tahu yang ketiga-tiga filem yang dia tonton diarahkan oleh orang yang sama kerana ketiga-tiganya amat berbeza dari segi gaya.
Selepas itu saya mula menghasilkan filem dalam bentuk video, biasanya filem zombie atau replika Jaws yang dibuat dari kadbod besar. Saya pakaikan adik saya pakaian yang buat dia kelihatan seperti Medusa dari “Clash of the Titans” Saya balutkan beg sampah warna hijau, sangkutkan getah paip di rambutnya sampai dia naik menyampah dengan saya.
Filem pertama dalam erti kata filem sebenar yang saya hasilkan ialah “Deadenhead” iaitu arahan bersama Barnaby Clay ketika saya berusia 17 tahun dan dirakam dengan kamera Super 8. Saya bercadang untuk baik pulih rakaman ini dan riliskan ia di laman web.


Nazri : Ceritakan pengalaman anda berkerja dengan pengarah tersohor seperti Chris Cunningham.
Dominic : Saya mula-mula berkerja dengan Chris untuk video muzik “Come To Daddy”. Majoriti kerja-kerja catan dan penghasilan bulu-bulu dan rambut adalah kerja saya, Saya juga ada melakukan sedikit kerja di set. Kemudian saya berkerja dengan Chris sekali lagi untuk video “Come On Your Selector” tapi hanya ada masa 4 hari untuk kerja ini. Saya ingat lagi saya ingin buat suntingan dan Chris cakap pada saya “Kau akan bencikan aku” sebab dia nak potong semua kerja saya. Tapi saya rasa legalah juga sebab kerja saya tu macam sampah.


Nazri : Saya melihat “Crooked Hill” sebagai kerja video muzik pertama anda sebagai seorang pengarah tetapi ia agak berbeza dengan gaya video muzik anda yang lain dengan rekaannya seperti permainan video 8-bit.
Dominic : “Crooked Hill” sebenarnya bukan video muzik pertama arahan saya. Video muzik “Cherrywood Eyes” untuk Lorien, itu yang pertama.


Nazri : Oh, ye ke? Saya juga belum pernah dengar muzik dari Sonic Torpedoes sehinggalah diperkenalkan anda dengan video muzik ini. Bagaimana ilham untuk video muzik ini datang?
Dominic : Asalnya Sonic Torpedoes mahukan sebuah video muzik yang nampak macam permainan video Silent Hill. Saya beritahu mereka yang ia agak mustahil memandangkan belanja kami hanya sekitar £2000 sahaja. Saya tak rasa yang mereka ni suka mendengarnya atau faham tentang prosesnya yang memerlukan banyak kos. Oleh sebab saya ni sukakan permainan video yang “old school” macam Robotron dan Defender jadi saya mengambil keputusan untuk mempelajari program Adobe After Effects dan menghasilkan video dengan gaya tersebut dan mereka bersetuju. Walaupun ia tak seperti yang saya harapkan secara keseluruhan, tapi saya amat berbangga dengan hasilnya kerana ianya adalah kerja saya yang pertama di mana saya mengawal seluruh produksi. Produser kami, Matt Russel bertindak dengan cemerlang, semua orang dapat bayaran dan semuanya selesai dalam masa hanya dua minggu setengah. Itu amat cepat, termasuk dengan proses pembelajaran perkakasannya sekali. Yang paling penting ialah semua orang dibayar, itu sesuatu yang jarang berlaku sekarang.


Nazri : Video muzik anda untuk Mogwai lebih tradisional dari segi bentuk jalan cerita dan pelakon-pelakonnya. Makhluk getah anda hanya muncul pada minit-minit terakhir. Bagaimana rekaan makhluk ini terhasil? Ada anggota-anggota dari kumpulan Mogwai terlibat dalam video muzik ini?
Dominic : Makhluk ini terhasil berdasarkan pada gambar kelawar dan kucing yang tak berbulu. Saya sebenarnya tidak berbincang dengan anggota-anggota Mogwai sepanjang proses produksi. Itu kesilapan besar saya yang saya harap tak akan diulangi.


Nazri : Apa projek terbaru anda?
Dominic : Saya baru saja selesai menghasilkan skrip filem berjudul “Say You Love Satan” dan sedang menghasilkan kulit album untuk Necro Death Mort. Lepas tu saya akan buat iklan untuk Crossfire.com. Lepas tu,….. anda kena tunggu dan lihat. Jadual saya dah cukup penuh.


http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/dominic-02.jpg?w=490


1 – MTV Isis – “Holy Tears”, 2 – MTV Sonic Torpedoes “Crooked Hill” , 3 – The Eel, 4 – Dominic Hailstone




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...