Nuff said, will travel

Wednesday, April 6, 2016

GALERI PETRONAS LANCARKAN EDISI KETIGA PAMERAN "YOUNG MALAYSIAN ARTISTS: NEW OBJECT(ION)”

KUALA LUMPUR - Galeri PETRONAS hari ini melancarkan edisi ketiga pameran Young Malaysian Artists: New Object(ion) III (YMA III) sebagai usaha menyokong dan memupuk bakat muda tempatan yang kreatif.

Pertama kali dianjurkan oleh Galeri PETRONAS pada 2010, siri pameran YMA memperkenalkan barisan pelukis muda Malaysia yang baru meningkat naik dan mewakili suara radikal baru dalam arena seni lukis komtemporari tempatan, untuk membawakan inovasi, idea dan ekspresi serba canggih, baik seni media baru mahupun Iukisan biasa.

Berucap di majlis pelancaran pameran, Pengerusi PETRONAS Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, "Siri pameran YMA mencerminkan komitmen PETRONAS untuk mewujudkan pelbagai saluran bagi menyokong dan mencungkil bakat muda kreatif Malaysia melalui Galeri PETRONAS.”

Pameran bertema "The Everydays” ini menumpukan kepada bagaimana pelukis muda memperlihatkan budaya umum dan interpretasi mereka sendiri dalam bentuk seni kontemporari.

"Kami harap YMA Ill akan membantu merancakkan perkembangan arena seni lukis tempatan dan memberi inspirasi kepada pelukis muda untuk menjadi yang terbaik dalam bidang pilihan mereka sambil mencipta nama dalam dunia seni lukis tempatan, serantau dan global dan seterusnya mengharumkan nama negara,” tambah Tan Sri Mohd Sidek.

Antara 39 bakat muda baru muncul yang memperlihatkan Iukisan mereka di YMA lll adalah Hug Yin Wan, Anniketyni Madian, Yau Sir Meng, Raja Mohamed Nizam bin Raja Mohd Ali, Ahmad Afiq Ahmad Faris, Mustaffa Kamal Sellehuddin, Marthiana Mujian Seling, and Shahrul Jamili. Sejak dimulakan, siri pameran YMA telah menawarkan ruang terbuka untuk pelbagai ekspresi seni, pelancaran kerjaya 99 pelukis muda Malaysia.

Pengarah Galeri PETRONAS, Rosli A. Rahim berkata, “PETRONAS komited untuk mengiktiraf bakat muda Malaysia, dan menawarkan peluang kepada mereka untuk memupuk bakat seni lukis mereka dan untuk menyokong penuh perjalanan sepanjang hayat mereka dalam membina kerjaya seni.

"Kami percaya pelukis generasi muda memainkan peranan yang penting dalam usaha memartabatkan seni lukis kontemporari tempatan dan mengharumkan nama negara menerusi karya seni lukis mereka yang unik dan hebat,” tambah Rosli.

Galeri PETRONAS juga bekerjasama dengan lnstitut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dalam penerbitan buku yang menyenaraikan profil pelukis secara komprehensif dan maklumat tentang setiap lukisan yang dipaparkan dalam pameran untuk mencapai kefahaman yang Iebih baik tentang proses dan aspirasi di sebalik lukisan mereka. Buku ini boleh dibeli di Galeri PETRONAS dan pusat jualan runcit ITBM pada harga RM70.

Pameran dibuka untuk tontonan umum di Galeri PETRONAS, Aras 3, Suria KLCC dari 23 Februari hingga 22 Mei 2016. Masuk adalah percuma.

Pameran dan program anjuran Galeri PETRONAS adalah sejajar dengan falsafah PETRONAS yang melambangkan komitmen jangka panjang organisasi tersebut memupuk, menggalakkan dan memartabatkan seni di Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang holistik.

GALERI PETRONAS terletak di Aras 3, Suria KLCC, dibuka setiap Selasa hingga Ahad dari jam 10 Pagi hingga 8 Malam. Masuk adalah percuma. Layari galeripetronas.com.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...