Nuff said, will travel

Friday, April 1, 2016

Ulasan filem: DEADPOOL

Aku mulakan ulasan Deadpool dengan memperkenalkan anda pada Kak Melah, seorang penonton kasual di grup Movie Addict yang boleh jadi kritikal juga. Kak Melah melihat Deadpool dengan bermasalah sekali when it comes to insider jokes, dick jokes dan self referential pun yang bersifat crass commercialism yang jadi saat 'krik krik krik' baginya.

Padan muka Kak Melah sebab tak minat komik Deadpool tapi nak tengok filem Deadpool. Padan muka Kak Melah sebab tak enjoy filem Deadpool. Aku, on the other hand, suka gila filem Deadpool walaupun masa aku tengok filem ni lebih awal ketika press preview hari tu dan menyukainya, aku dapat merasa yang ia akan bermasalah pada penonton lain, tapi aku tak peduli pun. Bukan masalah aku.

Aku pun tau filem ni bukan game changer bila earlier reaction dari fans menyebut Deadpool punya standard plot, jadi aku pun dah faham apa pengisiannya dan cuba letak expectation aku serendah yang mungkin. Dan telahan aku benar. Ceritanya ialah apa yang kau tengok di trailer. Kalau kau nak mengamuk sebab orang reveal spoiler pun pada aku, tak make sense sebab semua dah ada dalam trailer. Cuma aku suka sebab Deadpool ialah bukan apa yg aku pernah tonton dalam Wolverine : Origins. It's Deadpool done right, finally. Dengan kostum merah sebijik macam keluar dari panel komik, aku bagi tabik hormat pada Fox sebab Deadpool tak nampak canggung, sedang banyak watak komik Marvel di Marvel Studios masih teragak-agak untuk tampil sebijik macam komik, dan penyudahnya banyak penampilan yang diubah hingga tampak generik.

Deadpool is fanserving for sure. Fox sebenarnya play safe dengan origin story ini tapi itu pun bukan masalahnya seban the real story pada aku ialah pada sekuelnya, yang bakal melibatkan watak tambahan dengan plot yang lebih intricate, harapnyalah.

Deadpool sebagai filem ada matlamatnya selain berfungsi sebagai filem meta (hanya Deadpool boleh buat begitu, watak Marvel lain jadi canggung kalau ikut macam Deadpool). Deadpool ni pada aku, dibuat selain untuk 'ikut buku' (sebab dalam Wolverine Origins, perwatakannya dah menyimpang sangat), ianya ialah hutang yang tak terbayar buat Ryan Reynolds kerana kritikan umum terhadap penglibatan dalam filem berdasarkan komik (Blade, Green Lantern, Deadpool dalam filem Wolverine), semuanya dipetik dan dibuat lawak makan dalam bagi yang benar-benar mengikuti karier lakonannya. Agak unusual pada aku tapi aku amat suka, dalam masa sama aku juga rasa tak semua boleh ikut gaya begini. Plot simple pada aku sebab tak mahu filem ini jadi sesak sangat (selepas kita disesakkan bertubi-tubi dengan lawak metanya). Takut ia akan alienate penonton. Plot yang intricate pada aku sesuai jika disumbat pada filem sekuelnya, dengan kemunculan watak seperti Cable, selepas kita benar-benar kenal perwatakan Deadpool yang pelik ini.

Ada yang buat perbandingan antara Deadpool dan Ant Man (filem yang bagus juga) kerana kedua-duanya ialah filem watak superhero Marvel dalam landasan komedi tapi aku tetap kata perbandingan ini tak berapa tepat sebab Ant Man ialah filem heist yang tak pernah plotnya tak intricate dengan lawak family oriented sedangkan Deadpool ialah filem revenge yang agak  straight kerana kebanyakan filem balas dendam punya plot yang sama. Kalau Deadpool ingin dibandingkan Spawn atau The Crow, itu lebih tepat. Dan dewasanya lawak Deadpool kerana ianya perlu jadi begitu.

9/10 untuk Deadpool.

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 11 Februari 2016
Genre: Superhero / Aksi'
Durasi: 1 Jam 46 Minit
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Ryan Reynolds, Morena Baccarin, Ed Skrein, Gina Carano, T.J. Miller
Pengarah: Tim Miller

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...