Nuff said, will travel

Thursday, September 29, 2011

up until now, i haven't watch this...



...i don't know why i feel like i don't want to touch it now, though it's been years.

it's still keep safe and sound in my hard drive.

tell me what you think.

Wednesday, September 21, 2011

this is to nevermind nina



oh, what are you doing here, dear? :)

here, these are junks i collected from those year of internet abortion, the very first year of internet mankind could never recall. it's the thing i gather with the help of Web Archive. things i've missed, it makes me realized how juvenile i was back then.


and never i expetced people will come here and read....but me.

lotsa things has changed ever since. like Chimaira: yesterday Mark was like a Moses of metal, nowadays he spin his mic like a hellacopter.

i was angry. now im getting a little soft. a bit.

i never fall in love back then. now i know how it's like to be heartbroken, really bad.

yesterday i feel like i am all alone. today, i've been left.

Nine Inch Nails wasn't here back then. few years later i managed to catch their farewell tour, and yesterday, Trent Reznor bagged his first Oscar to The Social Network score. Tomorrow would be the premier of his next Hollywood score, The Girl With The Dragon Tattoo.


and now you're here. though i feel like i've embarassed myself with these old post, i'm glad you're here. i thank you.

and while you're here, maybe you wanna check my 'more current and hypster' blog : http://blitzenius.blogspot.com,
tumblr : http://blitzenius.tumblr.com

till i see you again.

p/s: jom tengok Pelican kat UK next year?

Thursday, August 25, 2011

this is random #7 and this is very old

MY MOTION TO DISTORTING SOMEONE ELSE


Extension elektrik hostel
untuk level aku jer dapat shot. Aku tak boleh buat keje. Aku tak tau
apasal sedangkan aku boleh pegi bilik orang lain. Mungkin sebab aku tak
nak kacau diorang. Takleh guna PC. Tapi aku ada kerja yang tak perlu
pakai PC. Apasal tak buat jer keje yang tak pakai PC tu ? Hmmm,... aku
rasa sesuatu telah mempengaruhi sesuatu. 

Kekadang aku rasa useless
bila masuk bab 'mempengaruhi' seseorang. Maksud aku seseorang tu
teringat kat ko dan concern kat ko dan sanggup buat apa-apa untuk ko.
Apa saham ko ? Tolak ahli keluarga dan sedara-mara, aku bercakap pasal
orang yang takder hubungan persaudaraan dengan ko. Orang luar. Dalam
konteks orang luar ni, awek/balak korang pun termasuk dan jugak kawan
rapat. Terpikir tak apasal diorang sanggup buat itu dan ini untuk ko?
Apa benefitnya? Antara sincere + feel worthy + kesian. Aku rasa aku
takder kuasa untuk mempengaruhi sesiapa. 


Perkara ni timbul bila
aku tengok sorang kawan aku yang junkie gila, lagi junkie dari aku, tapi
still ada sorang awek ni concern kat dia, selalu call dia, ingatkan dia
pasal kewajipan sebagai seorang umat sampaikan satu tahap awek ni dah
jadi bini orang pun tapi still masih ingat kat member aku yang junkie tu
(ni kes terpaksa kahwin, touching gila). Tengokkan fizikal + mentaliti
member aku tu, aku rasa gila lo-fi! Orang pun tak pernah buat aku camtu,
jadi ironic plak apa keajaiban si junkie ni sampai orang sayang dia
camtu sekali? Yang aku tau orang still pangill aku 'bodoh-bodoh' even
aku study ok sikit dari orang kat kampung aku, Kampung Nailbomb tu laaa!!!
(Mak aku defend aku gila babi masa tu, I love u, mom!) 


Susah nak cari rasa
sincere tu, kesian tu pernah. Sometimes words lie make my purity lost.
Kalau jumpa surat yang tulis 'saya sayang awak even awak dah ada awek,
saya rindu awak, awak ialah lagenda cinta saya' dan dihantar dengan Pos
Ekspres, blurgh!! Dah banyak kali jumpa ayat macam tu yang create rasa
mual + kelakar yang radikal. Apa siginfikannya ? Okay, itu hanya 'perkataan-perkataan'
yang dibuat-buat untuk timbulkan mood kesian. Bukan aku kata everything
is lie tapi untuk mensahihkan sesuatu yang heart beating, hmm... bukan
cukup dengan perkataan-perkataan tu. 


Cukuplah words of wisdom
tu merajinkan aku untuk buat keje VCR ni dan assignment yang takder la
melambak sangat. Don't get rusted by cry + cry + cry. Takder keje lain,
tu jer, nangis + nangis + nangis! Fuck you! Go away! You are not so
human! 



So dehumanize. 


But at least you're not
that weak. Respect!



The date should be:
Wednesday, August 7th, 2002 10/26 Pm


Camner ha,
Aisha
,
kalau Deftones - Headup di acoustickan ? 




GET BITTER



Aku
tinggalkan bilik aku pagi Isnin. July 29, 2002 dan ke kelas dalam pukul
8:50 pg, lewat 50 minit dari masa yang sepatutnya sebab kelas tu pun
jarang bermula pada masa yang sepatutnya dan sebagaimana expectation aku,
masa aku sampai sana, kelas still belum start dan ramai kawan aku yang
stay kat luar 'kelas' tunggu lecturer mengajar. Subject drawing tapi
hari tu kitorang study photography dan ini ialah  kelas pertama
Encik Nuri untuk semester ke 2 lepas suma lecturer lain pegi Shah Alam
atas urusan seminar. Maknanya takder kelas VCR hari Rabu ni. First time
since 3 minggu lepas aku nampak Dalimi pegi kelas drawing. Kelas tu
banyak 'watch + listen'. Tak banyak cakap.


Lepas tu
untuk satu hari aku keluar dari kolej lepak kat rumah sewa Dalimi dan
tidur kat sana sekali. Roommates aku mesti pelik ap'sal aku takder kat
bilik satu hari esp. Kamal Masrun sebab selalunya aku mesti ada kat
bilik dalam satu hari, sama ada mengadap PC atau tidur. 


Aku tak
tau apa benda yang diorang buat + pikir sampailah aku balik bilik esok
harinya, Selasa, July 30, 2002. Masa tu aku check PC dan tengok ada satu
fail html + swf baru yang aku tak buat. Ia adalah milik Kamal Masrun.
Akhirnya manusia berpixel rendah tu buat jugak website peribadi lepas
berapa momentum berpikir dengan dalam sekali.



Kamal
Masrun selalu berasa unconscious dan skeptical bila datang perkara
seperti website peribadi. Dia tak mahu website itu jadi sebuah 
jurnal. Dia seperti mahu meletakkan hasil kerja seninya di situ tapi
tidak dilakukannya. Dia tidak meletakkan komik sebagai perkara asas
walaupun dia memang 'pengganas' dalam seni komik. Kekadang  perkara
yang tak masuk akal keluar dari benak fikirannya seperti "Aku nak
buat website humor", neraka! Dia seperti ingin berhumor dengan aku.
No way, anda bergurau, perkara tu tak sepatutnya berlaku. Mulut bercakap,
tangan berjalan, dan hasilnya, kerja seni yang tidak mempunyai deria
terjadi. Buruk betul hasil ekspersi awal Kamal Masrun tu, kalau korang
tengok mesti nak keluar muntah hijau.


Okay,
delete benda tu! 


Aku tau
budak ni banyak keje, lalu dia mintak aku buat paperwork dengan html dan
swf yang simple untuk dia. Untuk kali ke 2 aku cakap no way! Ia bukan
datang dari ego, rasa malas atau rasa kejam tapi apa lagi keistimewaan
website Kamal kalau ia bukan dari hasil minda, tangan, dan deria seninya.
Kamal Masrun belum bersedia untuk ini jadi jangan paksa diri anda. Lepas
tu kitorang tak bercakap pasal website pasal dia sendiri tak tau apa
benda yang dia nak buat dengan website. 


Tapi tak
lama. Kekurangan idea atau senenarnya kecerewetan yang bodoh itu
menimbulkan satu idea. "Ko minimize selagi ko boleh minimize.
Website tu ko kecikkan, buat swf yang kecik dengan image-image yang
twitsed macam konsert SOAD atau visual David Fincher.  Page ayat
mencarut ko dan guestbook. Tak payah nak introduce. takder intro dan
takder ending." Idea yang aku dapat tu aku bagi kat Kamal. Dia
betul-betul praktikkannya , dan itulah apa yang aku lihat hari Selasa tu.
At least, dia buat sendiri. Go on jer, Kamal! 



So, the
time has come for bitter thing. 



The date should be:
Tuesday, July 30th, 2002, 5/02 Ptg


Check this link: Look
Ceramic
. This is Kamal's recent wurk, about Sarawak Ceramic he study
at our skool of art. His personal website is in development.



THERE'S A MONSTER BENEATH THE PHONE LINE



I really thank my dad, a lot. My website is alive at last. Aku jumpa
ayah aku minggu lepas, and a whole family lepas sebulan setengah aku tak
balik dari kolej sebab 'aku tak nak mintak duit kat dia'. UiTM cuti mid
semester seminggu tapi aku balik dalam 4 hari setengah yang terakhir jer.
Ayah aku curious gila ap'sal aku tak balik sampai dia drive dari K
Terengganu ke kolej aku kat Machang. in case aku tak call dia. Mana la
orang tua tu tak susah hati , but in the same time aku on the way naik
bas pegi K Terengganu, sick! So, sepanjang 4 hari tu, aku cuba jadi
sebaik yang mungkin. Aku tak keluar rumah langsung sebab Mizi + Azu pegi
KL, jadi kitorang tak jamming, tak 'beghambat lembu'. 



Yang bagusnya, aku dapat pikir lama-lama apa aku nak buat dengan bilik
aku. Macamana bentuk dekorasi bilik yang terhad tu sebab bilik kat rumah
tu ialah bilik keluarga bukan bilik persendirian. Maknanya aku tak kekal
kat situ everytime. Aku tak boleh buat bilik tu ikut suka hati aku jer.
Macam jugak telefon, telefon rumah aku ialah telefon ayah aku. Aku tak
pakai langsung telefon tu. Kalau aku nak call sesaper aku kena berjalan
sikit. Yang bagusnya, aku bukannya jenis orang yang suka pakai telefon.
Tu yang end up aku tak telefon rumah tu. Sebab habit aku memang camtu.
Ayah aku memang pantang kalau aku nak guna telefon kat rumah. Adik-adik
aku macam celaka pakai telefon sampai tak ingat masa ayah aku takder kat
rumah. Tapi tengok la sapa yang bayar bil telefon tu. Mana orang tu tak
bengang! Ada masa aku takut sangat bila dapat call dari sesaper. Lepas
tu aku takut bila berurusan dengan orang pakai telefon. Suara aku masa
tu aku control,.... dan yang ultimatenya bila aku nak call orang, tu
yang paling aku takut. Nak kena cakap ke kat ayah aku yang aku phobia
pakai telefon sampai aku tak telefon rumah? hey, sapa yang suka camtu


Ok, ok pastu bilik aku
jadi library, at last. Penuh dengan magazine dan buku. Aku pun dah
pandai contact local book publishers + distributors pasal nak mintak
complimentary nak isi bilik aku dan soul aku dengan buku sebab takder
apa yang aku boleh dapat kat KT, ada pun sikit, mahal plak tu. Pity!
Tapi tak payah la aku nak curi buku kat library. Masa cuti budak-budak
group aku buat travel pegi KL melawat National Art Gallery. Aku tak pegi
sebab tak ada duit.......


Mungkin sekarang bukan
masa yang sesuai. 3/4 tahun yang akan datang kot. Lepas aku grad. Tu pun
kalau Kuala Terengganu still tak ada tempat dengan 'bargain yang hebat'.
Kena berjalan gak, bang! Tak kira KL ke, JB ke, Nu York ke, atau Ulu
Yam, Kuala Berang either.


Dulu aku cakap susah nak
pegi library, in case sebab library baru jauh sikit dari asrama lama aku
tapi lagi jauh dari asrama baru! Aku tak keluar langsung since tukar
asrama ni. Kecik dunia aku, korang pun tak suka, for many purposes.
Skang ni kat U senang datang penyakit. Cause of bad air. So,
beware! 




The date should be:
Thursday, July 25th, 2002, 9/28 Pg



"PENCURI BUKU"


Eddie
Vedder:
Cer ko pikir,
Dhutam, time dia sengkek gila, dia sendiri cakap dia boleh sambar kasut
tu. Aku tak rasa dia sederhana yang biasa. Dia dah terjerumus ke arah 'kekayaan'.

Dhutam: Kalau
ko nak aku mintak sympathize dengan cerita camni, tak payahlah. Aku
bukan jenis camtu. Jenis take for granted. 


Eddie Vedder: Ko
cakap boleh la!!

Dhutam: Tak,
camni! Kalau dia nak bagi, aku tak kisah, aku ambik. Tapi aku tak akan
mintak.

Eddie Vedder:
Ko cari la awek, Dhutam.

Dhutam: Ko
tolong carikan aku anak Datuk.


Eddie Vedder:
Blurghhh!!!!

Abas: Kita
bagi dia Bedah. 

Dhutam: Err.....

Abas: Dhutam,
ko jangan dibutakan dengan nama Bedah tu. Ko tak tengok lagi orang dia.


Dhutam: Bedah
tu anak Datuk ker ?

Eddie Vedder:
Aku tak rasa dia 'baik'.

Dhutam:
Ko tak kenal dia.

Eddie Vedder:

Aku boleh tau.

Dhutam: Dia
kata aku baik.

Eddie Vedder: Tak,
ko ni 'hantu'.



"Dhutam is useless and I hate him because he think he's so
good". Pergi mampus sama Ince' Dhutam. Hari
Isnin

lepas,
1 Julai 2002
ialah hari painting yang teruk. Aku rasa macam skolah dulu jer buat
painting masa kelas Drawing. Masa periksa dulu rasa cam cukup masa nak
buat painting yang 'cukup-cukup'. Tak termasuk nervous masa masuk
pertandingan dulu-dulu sampai aku tak pernah menang hadiah saguhati pun.
Nasib baik tak outing lagi, time tu kena buat painting atas kertas besar
dan mahal. Pengajaran kat sini untuk Ahmad Nazri = balik kolej buat
drawing banyak-banyak, painting banyak-banyak, buat dekorasi bilik yang
pelik-pelik sampai orang-orang kat pejabat kolej muntah dan seram nak
masuk bilik (aku tak suka diorang masa diorang kebas CD aku). Tapi aku
rasa aku banyak pegi library, tu pun curi masa, dan aku tak pernah pergi
library cari bahan yang sepatutnya, macam buku Seni Islam, kajian Islam
kat Malaysia, study sejarah seni dunia. Tak pernahnya!! Sebaliknya,
minat aku berat kat catalog-catalog buku yang mustahil isinya bakal
dibeli oleh pihak library. 



Bercakap pasal library, library UiTM Machang baru jer pindah bangunan
dari  tumpang bangunan kat HEA/HEP UiTM ke bangunan sendiri yang
bigger, longer but not that bitter. Dah tambah jadi 2 tingkat tapi isi
hancur! Aku siap boleh berlari dalam library tu sebab tak ada benda yang
diorang tambah dalam tu, setakat pindah rak buku lama ke bangunan baru.
Poor! Tak tahulah kalau diorang nak tambah sikit-sikit tapi patutnya
sekaranglah diorang tambah, sebab sepatutnya dah banyak benda yang boleh
diorang tambah since setengah tahun yang lepas tapi tak ada pun. Peti
cadangan aku tak perasan. Diorang tak letak kot. Bagos!! Sebab kalau ada
pun membazir jer, aku tak pikir diorang baca. Tempat yang paling menarik
kat dalam library tu ialah bahagian prospektus + catalog sebab banyak
buku best tapi cam susah jer nak dapat. Aku rasa nak rembat terus
catalog tu, sebab macam best jer. (Tolong jangan ikut mentaliti tak
sihat macam aku ni) Pastu bahagian tu orang tak peduli sangat , setakat
lalu jer. Bahagian prospektus + catalog tu sebelum masuk ke kaunter
library. Maknanya aku tak masuk library pun!!!!!


Tapi
skang ni jarang aku dapat pegi library atau kata lain 'susah nak pergi
library'.



Karang la
aku criter ap'sal.


Back to
1996, Counting Crows - Angels of the Silences.




The date should be:
Wednesday, July 17th, 2002
, tengah starving gila kat kolej, orang lain suma balik cuti seminggu.




HALF-BAKE


"Great!! "


Masa aku menulis benda ni
untuk kali pertama sejak cuti semester bulan April + Mei lepas, aku
dapat seseuatu kat kerongkong yang menerbitkan rasa uncomfortable, unconscious, dan anxious. Time ni, nak bercakap dengan different gender
pun malas. Tak selesa. Semalam, rasa tired semacam. Tidur dari lewat
petang sampai ke subuh tadi. Memang patut pun. Seriousnya, aku ada
participate sebagai crew masa Sultan Selangor buat lawatan sebagai Pro
Cancelor UiTM kat UiTM Machang pada  hari
Selasa, 18 Jun
2002
, yang
bermakna, semalam,..... semalam yang tulah!! Janggal bunyinya bila Ahmad
Nazri buat kerja amal macam ni,... tapi for some purposes. Memula, rakan
satu hostel, Zulkarnain a.k.a Anai dalam desperasi pasal team dia yang
handle stage prop tak datang atau
kata lain yang lebih jelas, ponteng. Suma yang tak datang tu pompuan.
Hangin budak tu. Tinggal 3 orang je termasuk Anai yang survive handle
prop. 2 orang lagi room mates aku, Kamal bin Masrun dengan Syarul. Mati
la aku pas tu, kena tolong diorang pasal dah kritikal sangat. Anai dah
offer aku sebelum ni, tapi masa tu pikir cam malas-malas jer nak join
dia, sebab budak-budak batch aku tak diwajibkan melibatkan diri. Aku nak
sebenarnya, tapi ntah la, ...... aku pun tak tau ap'sal.




Wei, bodoh, go on jer la, tolong diorang, gila memalam nak stay bilik
sengsorang masa diorang pegi handle keje diorang!



Masa aku join Anai, Kamal, dengan Syarul dah takder kerja dah sebenarnya.
Cuma tolong angkat barang budak-budak yang buat performance cam costume,
utilities diorang cam bunga telur pastu kekadang tu jadi DJ, jaga music.
Pelik-pelik! Kekadang kerja berat cam budak-budak tugas khas buat,
angkut kerusi, angkut meja dan angkut benda-benda berat yang aku tak tau
apa benda, dan last sekali aku dengan Anai end up jadi DJ masa bukak
panggung , sultan masuk mengadap. Budak-budak bukak panggung suma
pompuan, suma stock control, stock macam model....... konon. Keje
diorang berjalan dengan penuh lagak dari bawah ke atas stage pastu ada
sikit tarian dengan lagu yang aku dan Anai handle, last-last minute!
Pasal budak-budak teknikal suma blah tah ke mana!



Kerja-kerja last minute jarang resultnya perfect. Masa Anai dan aku buat
rehearsal timing lagu memang ok, sebab tak melibatkan hardware
berat-berat. Sekali masa acara kemuncak tu, kitorang terkejut dengan
hardware bunyi buruk, sound programmmer besar-besar dan mesin bunyi
berapa puluh ribu track ntah yang kitorang langsung tak reti nak handle
langsung. Kitorang ingat kitorang tak perlu buat keje tu, sebab
diberitahu live band akan cover suma. Sekali time lagu Aishah (Anai
cakap kalau sebulan dia jaga sound, dia boleh hafal lagu tu) , tak ingat
tajuk apa lagu tu, kitorang terpaksa handle, pasal live band tak boleh
main kot ? Dah la sebelum tu ada sorang staf UiTM yang kerek paksa aku
ngan Sharul jaga lighting, polak!!! Yang tak pernah aku jaga. Kelam
kabut! Last-last staf tu handle sengsorang menatang lampu besar tu. Malu
saya tengok pengawalan lampu staf tu. Kalah Orange!!!!




Aku balik tempat asal aku dengan Anai, handle bunyian-bunyian merapu.
Time elok live band habis main lagu opening bokak panggung, turn
kitorang masukkan lagu Aishah tu. Lepas dapat signal, kitorang play,
tetiba lagu tu tak bunyi!!! Hah?! Biar betul? Anai dah cuak terus tukar
kaset player dengan sound engineer kat sebelah, tak bunyi gak! Ah, sudah!
Aku tengok awek-awek bokak panggung yang tunggu turn menari berdiri kat
atas pentas depan Sultan dengan pose diorang lebih dari 10 saat. Kesian
diorang kena dera ngan Anai. Pastu selamba sound engineer sebelah
kitorang cakap:



"Laa,..... volume tak naik"



Pastu dia naikkan volume. Lagu pun
jalan. Tu pun dah masuk verse. Aku tengok awek-awek bokak panggung
menari dengan kelajuan maksima sebab nak ikut timing. Kelakar pulak.
Orang lain kat dalam dewan tu mungkin tak perasan, tapi aku rasa
budak-budak bokak panggung tu mesti dah berapi-api, tunggu masa nak 'belasah'Anai.
Anai ditenangkan si sound engineer dari Shah Alam tu tadi. 



"Apasal awak tak bagi signal tadi. Ingat player dah rosak tadi.
Takper, rilek, rilek. Benda ni mula-mula camtu, lama-lama biasa handle
takder masalah. Diorang pun tak perasan tadi."




Signal dan rilek tengkorak dia!!!
Dia siap boleh sembang dengan staf-staf lagi masa kitorang tunggu turn
play lagu. Pastu takder keje, lepak la apa lagi, pressure 2/3 hari ni
pasal keje yang tak predict pun kena buat. Nasib tak kena mengadap
Sultan, kasut aku dah la buruk, pastu pakai jeans (standard kerja-kerja
backstage memang camni, aku + Sharul + Anai pakai jeans jer), kena sound
ngan sapa ntah yang tak tau keje kitorang. Lepas persembahan fabriganza
+ epik Siam sikit-sikit, kitorang cari santap pastu gi belakang stage.
Anai dah segan nak masuk sana takut kena sound, tapi bukan silap Anai
pun tadi. 



Balik dari dewan, satu bilik A1 218 Aku + Anai + Sharul + Tang Long
pakat tido sampai ke esok. Aku plak esok tu yang bermakna hari ni, ada
kelas pukol 8 pagi, bagos!! Tu yang start dapat ketidak-sihatan tu, Tak
tercontrol tidur. Lepas aku dapat sneeze, turn room mate plak, pastu
sorang-sorang. Pastu satu college merebak dapat hidung berfungus. 



Awal semester bermula dengan kemalasan. Berat masalah ni. Malas sebab
takder duit, mikir camner nak bayar duit buku, buat assigment, print,
beli paper + color + brush, tambang pegi-balik rumah + makanan tambahan
to energize, yuran yang ridiculous. Banyak berhutang. Orang nampak aku
happy semacam, pasal aku cover, mungkin sebab result aku sem lepas ok
kot ? Orang tengok aku senyap dengan lama, diorang ingat aku berangan,
fuck! Diorang tak tau aku fikir camner nak bayar balik duit
member-member aku, pastu nak mintak balik. Aku dah sebulan tak balik
rumah, pasal kalau aku balik sure mak bapak aku ingat aku takder duit (memang
pun!), tapi aku segan nak mintak kerap sangat. Kalau 2 minggu sekali aku
balik, means 2 minggu sekali tu la aku mintak duit ngan diorang. Aku
bukan anak orang kaya pun sesenang diorang nak bagi duit. Pasal takder
duit la website ni lambat aku upload. Nasir a.k.a l23456789 siap pujuk
aku gi cc dia upload suma website aku. Hmm,.... aku tak nak kekurangan
ni buat aku malas. Masa kat Shah Alam pun camni gak. Tapi skang ni aku
rasa secure sikit. 




Mak + bapak aku bukan macam mak + bapak korang, mungkin. Itu satu fakta. 



Kasut aku rabak. Dah start pakai selipar pegi kelas. 



The date should be:
Wednesday, June 19th, 2002






KELAB
PENGAT




Kelab Pengat-


Ilustrasi
di atas aku jumpa merata kat PC seorang kawan, 'Raksaksa Poket'. Ia
menimbulkan rasa mual dikalangan rakan-rakannya lalu aku ambik gambar
ini untuk korang menyelami rasa mual tersebut. 'Pengat Club' ialah kelab 
dekorasi seorang individu yang meng'adopt' nickname Pengat. Kelab
inovasi beliau itu kabur dari segi agenda dan matlamat. Tak percaya,
sila amati dalam-dalam gambar di atas. Saja aku ambik gambar ni , sebab
aku tau kondisinya tidak kekal seperti keadaan asal kerana perasaan
menyampah. Heh!




BEDROOM
=/ LIBRARY




Jiwa aku masih belum menuntut diri ini untuk
mem'babbling' sesuatu
ke atas kertas digital, tapi artikel tentang seorang sasterawan dalam
satu majalah membuatkan aku menukarkan dekorasi meja kerja aku jadi
sesuatu yang deskriptif dan kurang difahami oleh orang yang tak tau
relatif seni dengan literasi (ambik mak aku la contohnya). Nasib baik
dekorasi meja tu dibuat di kolej. Kalau kat bilik kat rumah kat Kampung
Nibung, sekejap jer bilik aku akan di'destroy'kan sama ada yang
'destroy' bilik aku tu adik-adik aku , takpun bapak aku sendiri dan
selalu la aku tak puas hati kalau balik ke rumah tengok bilik aku semak
semacam. Mood untuk kemas balik bilik aku hilang. Seingat aku, selalu
gak diri aku yang tak dewasa ni dulu dikritik hebat oleh abang-abang aku
atau kakak-kakak aku (tak termasuk ipar) sebab tak kemas bilik. Aku
boleh terima kritik-kritik itu sebab memang dulu aku tak kemas bilik
pun,dan dulu aku tak appreciate langsung apa keperluan bilik tu. Tapi
bila masuk bab orang lain yang sepahkan bilik aku, Fox Mulder pun boleh
jadi skeptikal. Jadi sekarang bilik aku semak, gelap, dan takder cahaya. 



Mak + ayah aku dulu pernah cakap nak letak meja dalam bilik aku, dulu
lagi masa aku nak SPM, tahun 1998. Tapi benda tu tak terjadi, aku pun 
tak berharap sangat. Aku pun nak letak satu almari dalam bilik aku, tapi
aku takder budget. Tujuannya, senang la nak meng'katalog'kan data buku +
majalah + komik kat bilik aku tu, kang bila-bila aku nak cari bahan
bacaan untuk rujukan kerja seni atau sajer nak layan poyo senang cari
buku. Jadi ada la satu masa tu aku selalu bertanya kat kawan-kawan aku:






"Woi! Korang ada almari lama tak, yang dah tak pakai, aku nak guna. 

Kalau hancur sikit pun takper, aku boleh re_construct balik."




Satu lagi, ada almari ni, senang la aku nak lock bahan bacaan yang
penting dalam almari tu. Aku takut ada bahan-bahan tu yang terlepas ke
bilik lain, paling sayang komik-komik aku... Selalu gak aku jumpa
magazine yang aku simpan, dah hilang, takpun jumpa balik dalam keadaan
tidak seperti yang asal. Tertanggal kulit, hilang beberapa mukasurat,
page yang kena gunting dan berlubang. Kalau korang pun, korang boleh
naik angin! Penting betul ada almari ni. Aku selalu jer terpikir benda
ni kalau aku takder duit (selalunya...) 'Ketiadaan' ini menghasilkan
banyak inovasi, macam mug dari ranting, model aksi dan display dari
cardboard dan bahan terpakai, ensiklopedia buku panduan dan macam-macam
benda yang aku tak expect boleh berlaku. 




Kalau yang bertanya macamana bentuk dekorasi bilik aku yang semak tu,
ia adalah bilik kecik yang ada katil double-decker (sepatutnya satu jer,
tapi kemungkinan adik aku join tidur kat atas, tapi selalunya tak, aku
yang tidur sorang) dan banyak kotak. Kotak-kotak tu yang jadi tempat
simpan komik, magazine, + books, dan ia memang insecure. Bercakap pasal
ketahanan, tak suma kotak tu, boleh tahan lama, berbanding almari. Tapi,
satu sifat kotak tu yang aku sure, ialah portable. Mungkin aku patut
wujudkan library sendiri, atau mungkin tidak.



Bilik aku panas macam gurun! Atap rumah aku takder siling, dan dalam
banyak-banyak bedroom kat rumah aku tu, bilik aku la atap dia paling
hitam sekali! Aku boleh faham kerisauan mak + ayah aku bila aku selalu
tak keluar bilik, sebab sesenang jer aku boleh kena nosebleed (sebab
suhu + darjah kepanasan yang tinggi). Tapi, ntah la, aku rasa kat luar
tak best, hmm.... Hah! Bilik aku ada sebijik TV, aku sorang jer pakai TV
tu , sedang orang lain suma share guna TV kat ruang tamu. Memang TV
bilik aku tu create sikap anti-social yang tinggi walaupun kekadang aku
pun tak paham ap'sal aku bukak TV tu. Dinding bilik aku plain tanpa
sebarang tampalan atau poster, sebab dituntut untuk jadi begitu.



Catatan ini jugak relate dengan pendapat aku tentang tahun 2001. Sebab
tahun 2001, aku banyak berada dalam bilik aku. Bilik tu jadi tempat aku
buat catatan dan idea untuk develope idea website ni atas kertas ketika
diri aku tak jumpa PC dalam jangka masa yang lama. Bilik tu jugak yang
share mood + perasaan tak gembira aku bila dituduh 2 kali sebagai
penjenayah kat rumah sendiri. Bilik tu buat aku decide untuk keluar dar
rumah tanpa tinggalkan nota. Konklusinya, 2001 = TAHUN PALING TERUK YANG
PERNAH AKU JUMPA BUAT MASA NI! Orang Terengganu sendiri tak puas hati
dengan keadaan negeri Terengganu sekarang (mengambil pendapat umum dari
beberapa jenis media, bukan pendapat sendiri). 




Better 2002 year for Terengganu citizens who care and concern.



'Kedai Buku Best' buat masa ni jatuh kepada Kedai Buku Shanghai, Kota
Bharu. Kedai ni jer la yang aku jumpa majalah TONE selama duduk satu
abad kat Terengganu dengan Kelantan. Kedai tu standard sebuah kedai buku
Cina dengan keadaan sempit (tak sesuai kalau nak lepak lama hanya untuk
baca buku. Baik beli buku, terus blah, dan pegi kat satu warung tepi
jalan yang berdekatan, order air, dan baca bahan bacaan yang anda beli
tadi selama yang mungkin). Kedai ni penuh magazine, komik dan buku, dan
sangat dark (juga standard sebuah kedai buku Cina).--------------



Kalau ada kedai buku best antara area Terengganu dan Kelantan, tolong
email aku, review dan bagi alasan yang kuat kenapa kedai buku tu perlu
dilawati. Kat luar area East Coast boleh gak , tapi susah sikit la kalau
nak aku pegi sana. Kos pengangkutan + penginapan yang selalu menghalang.


09:27 |
Sarnstag, 26 Januar 2002 




[jurnal kongsi]


Jurnal
Kongsi
ialah page paling
jiwang
dari
seluruh isi Hyperactive Ward. Jurnal Kongsi bukanlah seperti surat-surat
cinta yang biasa diterima antara seorang balak dengan seorang awek,
Jurnal Kongsi lebih dalam (dan
lebih celaka)
daripada itu. Ia seperti satu bangkai naratif. Dari seorang kawan kepada
seorang kawan. Persoalannya cinta, jawapannya kontra kepada cinta itu
sendiri iaitu 'HATE". Satu perkataan yang kurang enak didengar.
Mungkin kerana aku tak menerima lagi kejian-kejian kategori ultra-heavy
, jadi aku rasa ini ialah permulaan yang baik. Selamat membaca.


Amaran :

Gaya
bahasa Jurnal Kongsi agak offensive, explicit dan mudah menyinggung
ketenangan sesetengah pembaca yang biasa dengan surat cinta yang lembut
dan indah (sebagaimana senangnya manusia mengungkap perkataan cinta
tapi, penipu besar. BIG LIAR !!!) kerana sesetengah frasa tidak diedit
untuk menjaga keaslian isi penulisan. Harap maklum dan berzillion lemon
maaf.


this is random #7 and this is very old




KUBANG PARADE'S ARCHIVE

May 2001.- January 12, 2002



LIBRARY
+ BOOKSTORE


Maka
bertanya diri kepada diri, jika Azulaimi Bookstore akan menjadi realiti
pada satu hari di masa akan datang, apakah konsepnya dari segi
enviroment, atmosphera dan 'pengembaraan + penjelajahan mata ke dunia
cetak atas kertas', maka diri ini akan menjawab:




"
Mind Shop-meets-Kinokuniya-meets-Gingkopress-meets-Kediaman
Hilman Hajijan di Kubang Parit
"
Wallahua'lam.



Gingko Press
ialah publisher buku-buku gfx art + design + photography + architecture
+ media yang banyak produce karya-karya yang mind-blowing. Aku boleh
pengsan kalau stay lama-lama dalam library tu, maksud aku, 'pengsan
kegirangan'.




Kalau nak bagi hadiah buku, tolong cari buku

Metalheart
hasil
ekspresi
Andreas
Lindholm
+ Anders
F. Rönnblom
. Orang
bukan appreciate sangat kalau dibagi hadiah buku melainkan kereta dan
biskutlah hendaknya! Majalah
PRINT
back issue pun aku terima gak, member aku cakap dia pernah jumpa kat
Popular Bookstore kat Selayang, try la cari kat lain kalau korang tau
mana nak dapat buku tu pastu pos kat aku sebab kat Kuala Terengganu
takder bookstore yang ada buku tu dan jual buku lama dengan harga murah,
sedih sikit. Ini sedikit sebanyak membawa kepada persoalan 'membentuk
masyarakat'.




Kenapa ? Sebab baru beberapa hari sebelum tahun 2002, Perpustakaan Awam
Negeri Terengganu telah dikritik kerana indah khabar dari rupa. Kerajaan
lebih suka membazirkan duit untuk memperbesarkan bangunan daripada
mengemaskinikan dan menambah bahan-bahan bacaan untuk orang-orang yang
dah kebulur ilmu dan makanan jiwa. Kebulur gila!!! Aku boleh dengar
sendiri komen dari kakitangan yang berbunyi lebih kurang camni:




"Kami tidak bercadang untuk menambah bahan-bahan bacaan baru kerana
tidak cukup peruntukan untuk tujuan tersebut"




Dan, sorang kawan kat Ampang mungkin boleh berbunyi begini selepas
mendengar kata-kata ridiculous staf library tersebut:





"Hak ela!!! Kalau camtu, baik duit peruntukan buat bangunan tu bagi
kat aku biar aku beli buku banyak-banyak letak kat rumah besar aku,
pastu orang boleh datang rumah membaca dengan perasaan puas hati.
Silap-silap ada balance aku boleh belanja korang minum kat mapley."




 Aku tahu mereka (pihak library) mungkin ingin menjelaskan tentang
"keselesaan kepada pengguna" tapi apa guna keselesaan fizikal
itu jika tidak selari dengan selesa ilmiah. Tolong jangan bagi
penjelasan kelakar selepas ini!


Sabtu ,
2:10 pm | Januari 12, 2002




Elliott's
Attraction to All Things Uncertain and Chuck



Joe Sorren


Tetiba aku
dapat email, introduction pasal band "Tweaker". Aku rasa dapat
dari geng-geng NIN. Tweaker ialah Chris Vrenna, sebagaimana Nine Inch
Nails itu ialah Trent Reznor, jadi ko boleh bayang la camner sound
Tweaker ni, selagi faktanya, "Chris Vrenna ialah drums +
programming wizard, x-member NIN, producer yang banyak remix lagu artist
top, example: Elevation - U2 (Tomb Raider Mix), Marilyn Manson, Nelly
Furtado, Weezer, Poe , dan baru lepas produce album last COLD dan banyak
lagi". Tapi satu fakta yang menarik perhatian aku ialah Tweaker
bermula dengan painting untuk cover art album tu. Ia tidak bermula
dengan music. Chris Vrenna minat gila kat art sehingga satu painting
hasil karya Joe Sorren yang dilihatnya di sebuah galeri telah memberi
idea untuk membentuk audio karya tersebut maka terhasillah 'Tweaker'. CD
tu payah nak dapat kat Malaysia jadi kalau sesaper jumpa tu, mintak
belas ihsan untuk sedekah kat aku. :)




Credit goes to Joe Sorren. 

>http://www.joesorren.com/

>http://www.tweaker.net/



Chuck Schuldiner,
frontman of the band Death, recently passed away after a long battle
with a malignant brain tumor.




Respect goes out to Chuck and his family in this hard time and he will
be remembered always.

R.I.P Chuck..


Khamis,
Januari 10, 2002 | 3:00 pm



Pak Malau :
Dah
siap?



Ahmad Nazri :
Apa
yang siap ?


Pak Malau :
Demam
ko...


Ahmad Nazri :
Oh,
ntah ,... aku kena demam apa, aaa ?



Pak Malau :
Diorang
cakap 'chickenpox'


Ahmad Nazri :
Eh
, bukan, satu lagi!! 'Pigpox' kot...


Amirul :
Huh
? Mender tuh?!!! (Korang cakap apa nih?)





Rumusan untuk 2/3/4 minggu ni
ialah hujan + penyakit + dikuarantin + cuti seminggu yang membangkitkan
kemalasan dan kerja yang gila menimbun banyak. Aku tak suka
period-period macam ni sebab aku tak boleh tidur, ada satu masa kat
rumah, aku terjaga sebelum masuk waktu subuh sebab teringat pasal
artwork yang tak dibuat-buat lagi. Attendant aku pun sakit, bang!!! 3
kali straight tak datang tu macam memperli jer kedudukan aku sebagai
student.


Sepatutnya
aku tak patut sentuh PC pun time ni, tapi aku rasa aku boleh redakan
sesuatu daripada literasi buruk ni..... At least, ada la sikit.


Karang la
aku criter pasal raya dengan resolusi tahun baru yang sesajer jer nak
menempelak aku....


Satu lagi
, aku ada perform malam dari junior untuk senior. Aku terlibat dengan
satu drama raya , yang mana character aku ialah mamat skema stail-stail
geng-geng Weezer yang asyik berkepit dengan buku tebal-tebal, spek mata
frame tebal walaupun aku tak pakai spek, rambut macam kena jilat lembu
dan mulut yang asyik mengeluarkan fakta yang mustahil boleh keluar dari
mulut mamat-mamat yang lepak bus stand. Character ni sebenarnya bagi aku
ialah comic strip! Aku terima dengan senang hati sebab kontra gila
dengan realiti aku sebenarnya. kalau tanya aku, aku patut dapat watak
sebagai pintu pagar rumah jer!!!




Selamat
tahun 2002

+
Selamat pengantin baru
untuk kakak aku,
Haryani


(kakak nombor 3 , kerja press bahagian sport kat Berita Harian)  yang bertemu jodoh dengan orang Gong Badak, dekat jer.... tak cari
jauh-jauh. Ntah-ntah sekampung dengan

Azulaimi
+
Mizi

tak, sebab aku tak pergi
lagi rumah abang ipar aku tu. Selamat nikah pada 2 Januari 2002 hari
rabu.


Selasa,
Januari 08, 2002 | 12:16 pm




Ranting-ranting
itu useless.Macam aku jugak.Tapi sedikit demi sedikit ia mula
menjadi satu piece of art yang beharga beribu-ribu dollar jauh melangkau
nilai asalnya yang sifar. Mula skeptikal , kerana melihat asal-usul
ranting itu sendiri, tapi what the heck?! Suma benda datang dari form yang
sama. Dan ayat macam "I'm clean, you r dirt, we could never be the
same!" equal superficial. Macam la aku tak boleh dibersihkan
sedangkan ko senang-senang jer boleh dipalit kekotoran. Everyone is
stupid, myself include, yourself include. You have got to be clever enough
to realise that you're stupid !!!!



Aku perasan
sikit, website ni jadi sesuatu atas nama personal yang mana tujuannya
bukan untuk orang datang berkata sesuatu tentang "kerja seni"
tapi lebih bersifat "journalisme takde makna". Maknanya, aku
kena hasilkan sesuatu yang lebih serius kalau ingin memperkatakan tentang
portfolio kerja seni aku, kontra kepada Hyperactive Howard yang mengarut
ke sana ke mari macam criter "Sang Kancil dan Sang Monyet".


"Tolong!
Tolong! Dah 4 hari aku tak makan"



"Jangan, monyet! Kiter takleh makan buah tu"



UiTM Machang
masih tandus air, elok la . Aku pun nak balik kampung cepat ni. Raya lagi
4/5 hari. Bukan kemaruk sangat nak raya atau homesick, tapi aku rasa dirty
sangat. Bulan posa plak tu, payah nak melakukan ibadat.


Tuesday,
December 11, 2001 | 12:34 pm







Feel greasy, no water, extra itches !!!!!! Kat UiTM takdok air !!!!!!!!!
Bengang beraser... Nasib baik aku nok dekat-dekat 'masa balik raya'.




Aku check email, ada links yang aku tak pernah sentuh, tapi memang cool
links tu. Thanx to Gasket Media.:

>http://www.threefiftyseven.com/

>http://www.artichokedesign.com.au/

>http://www.studiovoodoo.com/

>http://www.zogg.com/

>http://www.createonline.co.uk/


>http://www.thebestdesigns.com/

>www.version1-0.com



Monday, December 10, 2001 | 6:11 pm









Huh, gerg tu 7778.
Patut la aku rasa atmosfera pelik jer... Website 'Triple Seven 8 Design'
tu memang power dan kemas dari segi susunan, interaktif, dan korang rasa
macam website tu hidup jer..... pendapat aku laaa.... Lagi satu 7778
tu berat kepada community web tempatan. Sekali pulse, macam cubadust
tapi dalam versi Malaysia. Terima kasih kat Encik gerg sebab bagi sikit
cerita pasal website 'Kedai Buku Azulaimi' ni. Sebenarnya, owner tempat ni
Ahmad Nazri bukan Azulaimi. 'Kedai Buku Azulaimi' tu equal satu character
tentang masa depan Kuala Terengganu. Tapi aku bukan reality based liar
macam Nujum Pak Belalang, aku tak tahu nak predict apa yang bakal berlaku.
Cerita gerg berbunyi lebih kurang camni:


":: Nov
21 2001 :: azulaimi

also has this cool blue hp .. like it but he dun like his place? ermm why?
"


"Glamer
ah mung , Azulaimi!!!!" Aku ada tanya beberapa orang individu yang
tinggal satu tempat dengan aku kat Kuala Terengganu. Dan memang ada yang
beri pendapat yang selari dengan aku, "kurang suka dengan tempat
sendiri". Ada yang beri pendapat , tempat diorang tak macam dulu.
Diorang lagi suka masa 'dulu' kalau banding dengan sekarang. Ada yang bagi
pendapat macam ni ,"kalau ada orang kata aku suka tinggal kat sini ,
diorang tu memang giler!!!!!" Korang yang tak menetap kat sini
mungkin tak tahu apa cerita di sebalik 'ketidak-sukaan' ini. Masa yang
bakal menentukan. Aku cuma boleh kata , "Long live Kuala
Terengganu".


Link
:


>
sic
( "cayalah abang Batak!!")

>
7778

>
f-ix

>
c-ex


>
n0tangel


Friday,
December 07, 2001 | 6 : 15 pm








"BEGHAMBAT LEMBU KAT STUDIO KUYEE"




Yes, aku jadi user yang ke 1000!!!!


Jadi
semalam (Rabu, December 05 2001)
Encik Faizal
jadi lecturer aku untuk drawing, dari Shah Alam pegi Machang. Aku memang
kenal dia , tak tau la kalau dia kenal aku , sebab aku bukannya student
yang baik pun masa kat Shah Alam. Sedikit rasa kesal menyelinap ke tulang
sum-sum. Tapi review yang aku dapat dari member-member aku yang dapat dia
jadi lecturer subject Drawing masa kat Shah Alam dulu ialah : "
Encik
Faizal memang best!" Ntah laa....



Jumaat,
November 30 2001, aku bukak posa dengan
Munk + Mizi + Azu.
Sepatutnya aku pegi bandar cari selipar jer tapi
Munk
yang bukak cerita jamming. Seingat aku , bulan posa tahun lepas pun pernah
sekali aku + diorang (
Munk + Azu + Mizi + Nasir + Zuang,
mungkin ada terkurang aku tak ingat) jamming, dan end up dengan aku round
bandar cari diorang lepas bukak posa kat kedai Mizi sorang-sorang, pastu
tak jumpa , frustrasi, balik tempat keje , sebab aku kena bukak kedai
pukul 9 : 30. Pastu baru Azu bagitau aku, Nasir memang ada tunggu kat satu
kedai. Nasir pun kena masuk keje gak , tunggu aku + diorang punya
lama..... Masa tu Eri pun ada , sampai dalam IRC suma orang f**k aku ,
hahahahahaha!! Kelakar + sedih pada satu masa. Masa tu sorang pun tak
pakai handphone. Susah nak set masa betul-betul on time. Konklusinya: best
laaa jamming hari tu!! Nasir sampai lepas kitorang bukak posa , dalam
pukul 8 > lebih. Malangnya, aku takder suara sebab trauma lama sangat
tak kluar dari UiTM. Perghhh!!! ramai giler crowd sampai sempit nak cari
tempat tido.


Lebih
berhati-hati di Stesen Bas KT (tempat yang paling aku tak suka untuk lepak
lama-lama kecuali sebab nak pegi kedai Mizi). Mizi pernah kena pau dengan
pisau diacukan kat dada dalam baju dia (tu pun Mizi cakap pakai 'lawi ayam'.
Giler ah!!!). Mizi sempat lari lepas bagi sebijik kat kepala si
celaka-celaka tu (lebih dari sorang, sorang lagi tunggu kat belakang), tu
pun Mizi nak kejar diorang balik lepas pegi kedai dia cari ayah dia.
Celaka-celaka tu hilang, seperate ways.



Aku
mungkin balik raya hari Khamis, December 13, 2001. Kepada
Encik
Nasir + Munk + Azu + Eri + Zuang + Mizi dan
sesapa yang biasa dengan rumah aku , sila datang rumah aku masa hari raya
,..... telepon dulu. Jangan jadi macam tahun lepas. Konon nak surprise,
korang plak yang surprise bila aku takder kat rumah!!!
Korang
pun boleh datang rumah aku, di cadangkan hari raya ke-3. Alamat ada kat
atas, kalau sesat, tanya orang kampung aku sebab diorang ni kalau hari
raya , berbudi pekerti sikit. Rumah aku betul-betul sebelah surau tapi
cover dengan berbagai-bagai jenis pokok dan tumbuhan-tumbuhan kampung.


Thursday,
December 06 , 2001 | 5 : 14 pm







Ada beberapa perkara yang perlu aku ingat:

"88 x 31 pixels"

"Don't fall in love too soon ",kata lecturer aku.

"Esok kena cakap perkara yang serius-bijak , pendapat tentang design
yang datang dari East Coast ... Terengganu"

Ada 2 website yang aku nak siapkan, salah satu website tu Nasir Bomb a.k.a
I23456789 tunggu dari bulan Jun 2000 lagi tak siap-siap. Radikal betul!




Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.



Tuesday , November 27, 2001 | 11:00 am




PC
kat tempat aku study ni block address cjb.net jadi banyak tempat yang aku
tak pergi lagi. Sekarang ni aku miskin sebab duit loan aku tak sign lagi
surat perjanjian, pastu duit aku skang ni tinggal untuk beli barang-barang
art + tiket balik raya. Thanx a lot
IC3
pasal bagi link kat aku. Gfx layer aku still masih tahap budak tadika ,
kalau member-member aku, diorang cakap 'tahap ketiak' , heh! Aku tak
berjalan sangat dalam 2 minggu ni , lepak kat kolej.



"I'm
afraid to be alone

Afraid you'll leave me when I'm gone

I'm afraid to come back home {or}


just wish I
was back home"


Alfatihah
untuk Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat pada 21 November
2001, 11:57 pagi




12:42pm , Sunday, November 25th, 2001




Today,
I'm
20th.
Giler ah , dah tua aku rupanya !!!!

November 19th, 2001 ,
Monday > 20 year after November 1981








Antara sedar/tak sedar . aku dapat rasa ramai kawan-kawan virtual aku yang
cari aku kat 'mesin perbualan berkait' tapi tak kat SINI ! Sedang aku tak
pasti sama ada aku dapat berkomunikasi secara selari dengan diorang
melalui mesin tu atau tak, aku pasti sangat-sangat yang aku selalu ada kat
SINI..... dan diorang tahu. Aku macam berharap diorang berhenti kat
'point' ni,.. sekurang-kurangnya untuk email aku. Pastu aku baca email ko,
... dan ko tau aku still concern kat ko. Sebab ko pernah kata tempat ni
macam rumah aku, maknanya ko tau aku kat mana, jadi takder point untuk ko
buat-buat tak tau. Walaupun aku takder depan-depan ko, tapi ko tau nafas
ni masih berdegup. Malang betul aku tak tau ko kat mana.....

-

Aku dah cuba cari ko, tapi tak jumpa ko, sebab aku tak tau ko kat mana. Ko
dah tau aku kat mana, ko tak perlu tunggu aku pergi kat ko/cari ko.




CARI AKU !

TOLONG CARI AKU !!

Sekurang-kurangnya untuk bagi salam.



Selasa/September 25, 2001. Pagi gila!





I SIT IN MY
DESOLATE ROOM. NO LIGHTS, NO MUSIC. BORING, MAXIMAS!!!


Tonyok Moron :
Ko ni skima laaa....


Orang : Ko
plak BABI !!!!!!!!



Skang ni dah
nak masuk 4 bulan tanpa musim gfx + digital , gila ko! 4 bulan tak pakai
photoshop. Aku tengok PC yang bukan hak aku dengan keadaan bernafsu sekali.
Boleh senak perut tengok babak-babak cliche macam ni. Sorang member. Mang
cakap "bakper mung dok mari rumoh aku ?" Cess!!! Babi ! Aku pun
tak pernah dengar ko ajak aku! Apasal ko tak cakap sejelas ni 4 bulan
lepas ? Kesian soul aku , kebulur gila !!!



Azulaimi baru
balik dari Penang , yeah Abang Azu Guitar Wonder rules!!! Maknanya boleh
la aku melepaskan geram jammin' hari Jumaat ni sebelum mak + ayah aku
geram tengok aku kehilangan dari rumah. Sorry Mom + Dad!


Aku benci hari
Sabtu di KUALA TERENGGANU sebab ia boleh meyebabkan aku benci semua hari
di KUALA TERENGGANU.


'Batu rakit
rocks' bagi salam. Waalaimumussalam. Dia kata orang macam aku ni
diperlukan di KUALA TERENGGANU. Pelik ! Sebab baru jer berapa minggu lepas
aku kena sound kat satu kedai buku kat KUALA TERENGGANU pasal 'terlalu
membaca' a.k.a diorang memang nak halau aku dari kedai diorang !!!!! Jadi
kalau kedai kecik kat KUALA TERENGGANU ni boleh halau aku, apa lagi negeri
yang 'besar tapi kecik' macam TERENGGANU ni. Aku over-react.... Ok , aku
akan bawak isu 'negeri dan ibu negeri' ni kat minit-minit mesyuarat yang
akan datang, pastu resultnya akan diberitahu. TERENGGANU MEMANG BEST ,
tapi bukan SEKARANG, tunggu jer la one day.


Liza
kata homepage aku ni self-centered pada dia. Memang!! Sebab nama dia pun
personal website , bukannya 'Website Micheal Bolton dan John Tesch'. Harap
dapat terima, Cik Liza.


Mintak
maaf bebanyak kat sorang member Aisha pasal asyik tak dapat email dia. Aku
tak suka button backspace 2 kali. I got the lesson. Aisha tukar address
website.
http://plasticrobot.net/xcore



Thanx a lot
kat orang-orang yang masuk website aku sampai hit 600 lebih , antara kenal
dengan tak kenal.


Check
link ni:

kellynumb

Phreakish800


Peace, bro!



August 26th, 2001. Sunday



Nuri : Cakap
nak lari dari rumah ?


Ahmad Nazri :
Tak sampai hati laa....


Nuri : Pulak !
Apa yang sangkut ?


Ahmad Nazri :
Kakak aku baru jer lepas bersalin, anak dia meninggal, ko boleh bayang tak
camner kalau aku lari time ni ? Dah la satu keluarga aku ada kat 'luar
mood' aku plak nak pegi lari. Aku tak nak catat keburukan kat satu tarikh
yang mana masa tu suma orang tak gembira.



Nuri : Ok, ok,
maknanya ko nak lari hari lain...


Ahmad Nazri :
Betul, hari yang hype dan sial , all in one ! August 31st,....... damnit
!!!


Nuri :
Hahahaha ! Best , mesti hari-hari di Kuala Terengganu sungguh menyayat
hati .


Ahmad Nazri :
Senang cerita camni laaaa, kat luar rumah aku tu mulut boya, dalam rumah
aku mulut rimau akar . Kalau aku lari rumah mak aku mesti marah tahap
digital , tapi kalau aku duduk rumah pun mak aku marah gak, tahap organic
sebab aku asik kluar jer, ...... apa sebenarnya yang ingin dibuktikan oleh
mak aku kat Kuala Terengganu ni ?


Nuri : Ntah
laaaa.....


Moralilty :
Jangan lawan cakap mak, tak cium bau syurga. Dalam kes aku, aku tak
bertekak dengan mak aku , cuma aku tak bercakap langsung sama ada dengan
mak atau bapak aku. Jadi timbul satu kontras. Sebab aku kurang bercakap,
bahasa aku pada diorang banyak bergantung pada apa yang apa aku buat.
Kekadang tu aku tak buat apa-apa tapi diorang terpikir benda lain dan
benda tu mesti la negatif kat atas diri aku, contohnya macam tahun lepas
kawan aku datang rumah , aku ajak masuk bilik sebab aku nak buat kerja
dengan diorang pun sesuai buat kat bilik aku. Mak aku dah terpikir lain ,
kata kawan-kawan aku bawak dadah padahal aku rokok pun tak sentuh. Aku tak
marah mak aku , tapi sedar sangat camtu la benda yang aku kena face kalau
duduk kat Kuala Terengganu yang mana banyak belia yang bergantung pada
drugs, dan dengan nama Allah , society aku jauh lari dari society typical
orang tempat aku. Satu benda jer yang boleh larikan imej-imej buruk yang
berlegar kat kepala mak dan bapak aku, iaitu aku kena larikan diri sendiri
dari kepala diorang, nanti bila aku datang balik kat diorang , aku kena
pastikan imej aku pada diorang ialah sesuatu yang baik.


Aku tak campur sangat dengan orang kampung aku , mungkin sebab tak jumpa
pun orang yang satu kepala dengan aku kat kampung, mungkin diorang pun cam
aku jenis duduk rumah tak pun , setahun sekali baru jumpa rumah. Heh!
Society yang berbeza. mak aku pun tak pernah kenal kawan-kawan aku , sebab
diorang pun tak pernah jumpa mak aku. Aku tak tau la macamana persepsi mak
aku kat abang-abang aku ataupun kakak-kakak aku , tapi aku la terlebih
malang sikit. "Huh! Umur ko dah 20 tahun !!!" Ish! dah tua tu,
sepatutnya aku boleh buat keputusan sendiri , tapi dalam kes ni , mak +
bapak aku lebih suka ambik sibuk hal aku."Eh! mak , Nazri boleh buat
la, takyah la mak nak risau , Nazri bukan macam orang-orang yang mak baca
dalam surat khabar tetiap hari" Malangnya , ayat tadi tak terkeluar
atau mustahil boleh kluar, kang langi banyak bangkangan diorang!


August 24th , 2001. Friday



Azulaimi
Mohamad : ASKOM ,MAMAT AKU NIE AZU ...NICK AKUKENE AMBIK DIORANG,,BERSIAP
SEDIA 5 LIRIK KERANA SEMUA LAGU REKE TELAH AKU SIAPKAN RECORD DOSS .....BANYOK
ALAA ........



Ahmad Nazri :
Waalaikumussalam. Yup, geddit ! Nick kena ambik ? Ha ha ha! Satu
pencapaian yang baik a.k.a 'padang muker'. 5 lirik, aku kena rujuk
penduduk tetap Kubang Parit, Hilman Hajijan sebab dia ialah 'Howard
Chaykin' dalam bahgian grammar dengan defragmantasi. PC rumoh dia masih
dalam keadaaan baik dan dork relevan a.k.a versi cap ayam.


Azulaimi
Mohamad : HUMM ...MANG CUTI DOK AGIE??MU GI ITM BILER PLOKK? ZUANG BALIK
DOK AGI? AKU BALIK DALAM 20 HARIBULAN NIE.....


Ahmad Nazri :
Mang cuti lama dorhs. Zuang balik dorhs... Mung nger Mizi jer dork cuti
lagi , tapi kalu ikut masa, mung ah cuti lambat sekali dan lebih malang
lagi masa mung cuti kekgi kemungkinan ada individu lain hok gi study balik,...


Resistansi. Satu memo
ter'delete'. May 2001.


this is random #5

Still Bored : The Definitive Process Of Hang Out

My name is Ahmad Nazri and coming this November 19, I am 22. Bila Encik Shamsul Othman @ http://www.turismo78.cjb.net mula bercakap tentang bergantung luar atau hangout kat KT, it makes me think for awhile. Bagaimana prosesnya? Jadi aku buat demo bagaimana ia berjalan. Sebenarnya ia tak lancar sangat. Just like this:

Hari ni kebetulan ayah aku take a rest dari sebarang kerja so aku tak perlu tolong kerja dia. Aku mungkin boleh keluar lebih awal tapi aku mungkin akan hadapi keboasanan yang ultimate. Mana aku nak pergi? Ada 2 tempat jer. Tempat yang ada buku = bookstore, dan tempat yang ada line internet = cc Neonet. Jarak dari rumah aku ke bandar KT (pekan la sayang! Bandar ni macam makin mengecil jer...) sebenarnya ambik masa beberapa minit jer kalau ko naik moto atau kereta sendiri. Aku cari bas. Aku boleh saja telefon kawan aku, Munk ajak dia kluar, maknanya dia bawak skuter dia atau kereta ayah dia ambik aku kat rumah. Tapi aku tak nak bother dia lepas dia baru balik dari kursus. Dia perlukan rehat yang secukupnya. Jadi aku keluar sengsorang jer, since Fadzli ada kat KB dan abangnya Fauzi baru jer operate lutut. Aku berjalan dalam 2 ke 3 minit ke tempat bas selalu berhenti, di hadapan padang Sekolah Panji Alam. Aku bayangkan aku tunggu kat situ bermula 3:00pm, atau petang. Tapi kecelakaan berlaku bila bas yang aku tunggu ambik masa selama 1 jam lebih untuk sampai ke tempat yang aku tunggu tu. lebih syahdu bila terdengar laungan azan asar dari surau yang berhampiran. Aku belek booklist dari Laurence King dan Thames yang baru sampai kat rumah aku tadi untuk bunuh keboasanan itu. Not work.

OK, that's it! Bas tu pun sampai. Yang aku tau bas ni buat 2 kerja. Selain dari lalu kat tempat aku, bas tu lalu ke daerah lain. Jadi gap masa untuk menunggu bas ni sebenarnya adalah 2 jam! Tambang bas ni 70 sen sebab bas ni bas mini. Kalau cari kereta sapu, aku perlu bayar seringgit jer tapi aku tak nampak sebarang kereta yang berhenti dekat aku untuk ambik penumpang. Bila bas tu sampai jer, aku buat perangai aku yang tak sabar-sabar nak naik bas sebab dah lama benar aku tanggung derita. Aku dah tak peduli benda lain selain mengharapkan bas tu terus sampai ke destinasi aku. Good! Aku ada company yang aman damai dan tak crowded sebab hari ni hari Ahad, dan di Terengganu hari Ahad adalah hari berkerja. Cuba kalau aku kluar semalam , iaitu hari Sabtu? Damn!

OK, bagus. Bas tu lalu on the way ke bookstore jadi aku hanya perlu berhenti kat situ dan tak perlu berhenti kat stesen bas dan menambahkan perjalanan. Turun jer, tanpa melihat kiri dan kanan kecuali time melintas jalan aku cari bahan bacaan yang sesuai dihadam oleh jiwa ini. Not good. I found nuthin' that keeps me quake! Seolah-olah aku buang masa aku ke bookstore ni (bookstore yang sama pernah sound aku sebab 'membaca sangat' tapi belinya tidak). Fikir untuk tidak mahu our dream end here, aku decide untuk switch ke Chinatown yang ada a few newstand yang interesting. Dalam perjalanan terjumpa Zam, drummer Nosferial dan sebagai orang Melayu dan Islam yang penuh adab, kami bertegur sapa dan menghulurkan salam. Zam nampaknya tengah rushing, jadi kami pendekkan pertemuan kami kat situ jer. "Kat studio ada orang..."

Sampai kat Newstand kat Kampung Cina, aku ambik masa lama sikit berbanding kat bookstore tadi sebab dalam rak, banyak sangat magazine yang dah lama aku tak beli. Aku ambik satu jer. Bila dah bayar magazine tu, aku bayangkan journey aku dah abis kat situ so aku kena type summary yang panjang ni kat website aku, jadi aku kena cari cc. Cc yang terdekat ialah Neonet. Not good, Neonet tutup. Cc lain yang biasa aku pergi menyebabkan aku kena lalu kat Stesen bas KT, man, that's sucks! Aku sampai situ dalam pukul 5 something. Aku end up pakai PC sampai 2 jam, pasal banyak benda yang nak dibuat. Itu dah masuk plan dari rumah tadi.

OK, lepas tu? Aku bayangkan aku kluar pukul 7 dan tunggu bas balik yang hanya beroperasi pada pukul 8 something and that's sucks again! Banyak masa yang terbuang. Dan itu yang menyebabkan aku ambik masa dalam 15 hari untuk keluar balik pegi bandar KT untuk update bahan bacaan dan cyberactivity. Tapi perkara tu tak berlaku kalau aku bermusic dengan band aku, sebab transportation melimpah-ruah, daripada Munk ke Ayeng ke Azulaimi. So, this is our not good day. Aku tak singgah minum kat mana-mana kecuali Munk atau kawan-kawan aku yang lain ada kat satu kedai. Jadi anda bercakap tentang hangout. Nuthin' much but it's scarificing. Thanx for reading.

Sunday, 261 003, ktktk.

this is random #4

[your current pc date =  ]



Ahmad Nazri Ngah

c/o Kubang Parade's Foundation,

1356-D, Kg Nibung,

Panji Alam,

21100 Kuala Terengganu,

Terengganu, Malaysia.




<click for details about Kubang
Parade's Foundation
>


 




"I Wish I Never Talk To
You For A Weeks"



There's a slight 'perang emosi'
between me and an @$$hole who happen to be my room-enemas. He start it first.
Dia bercakap tentang respect dan dia tak tau yang kami dah lama hilang respect
kat dia for years.



It's not good. But it happened.
Memula kat Tanglong, pastu aku. Lepas ni, a whole world will against him.



Zulkarnain Abu Bakar get his
money after a year waiting. The money he need to use for study and eating
healthy. So, no more card.



It's good. And it
happened. 



Soundtrack for this moment:
Underworld. They got Wes Borland, Renholder of NIN, Maynard Keenan (w/ Puscifer)
and A Perfect Circle. Pretty dark sound remind me of The Crow soundtrack.



I still don't have APC'
Thirteenth Step. Baru dengar Weak & Powerless, the rest, aku tak dapat
bayang.



Monday, 071 003.




3 Hari Yang Chaotic di
Machang dan Tak Chaotic di Kuala Terengganu Tapi Sangap Jugak!



Cycle 1) OK, aku dah
balik rumah atas arahan Kamal a.k.a Tanglung. Indah sungguh! Except for the fact
that a few cassettes (dalam 5 unit) telah lesap di bilik rumah aku sendiri.
Gila! Sebulan jer aku tinggalkan rumah, dah ada hantu. Nasib baik takder satupun
daripada kaset-kaset tu termasuk dalam list 'must have' aku, kecuali satu
kaset yang ada nilai pogo yang serious, penuh dengan teenage angst dan spirit.
Aku ada beberapa suspect:



1) Sorang jiran yang menghidap
'syndrome of a down'.

2) Salah sorang kawan adik aku yang baru nak kenal 'dunia'.

3) Abang aku nombor 2 yang dah lama tinggalkan 'dunia' tu.



Tapi yang pasti, orang tu
ketinggalan sikit dari segi teknologi. Deep down inside, I start thinking, "God,
what happened to me? What have I done? I did something wrong in the past? If I
did, will you forgive me?" Secara perlahan-lahan, beberapa partikel aku diambil
atau terhakis. Dan tak mustahil aku boleh hilang. Aku berharap tak seawal ni. At
this moment I want to emancipate me. Aku tak nak predict apa-apa. Tak suma semut
yang keluar dari sarangnya boleh jadi millionaire pada satu masa yang sama kalau
masing-masing tak tolong membentuk stability tu. Tapi orang berharap macam tu,
and now our world is at war. Yay! Now, we're skeptical.



Cycle 2 ) Doing laundry.
Watch TV a lot. Eat a lot. Sleep a lot. Drink 'giveaway' coke not a lot. Dan
belek katalog comic Bud Plant yang banyak hentai dan pornografi kat dalamnya
yang mana pornografi bukanlah subject yang aku minta tapi datang sendiri. Cuma
satu nama je yang aku nak sebut kenapa katalog itu dibelek juga. Masamune Shirow.
Yeah, that guy yang buat Ghost in the Shell tu ada sketch yang termasuk dalam
list katalog tu. Katalog tu aku pesan tahun 2001 atau lagi lama dari tu tanpa
mengetahui yang diorang categorize-kan beberapa jenis katalog; adult, open to
all ages. Curiosity aku kenapa sampai 3 tahun baru aku dapat katalog tu terjawab.



Hari ke-2 jugak aku bersihkan
daun dan ranting mati yang aku bawak dari Machang, rosakkan sedikit, susun dalam
satu vase dan bagi sedikit bau-bau artificial dan kita dapat satu feng shui yang
lemah. Daun dan ranting tu lebih sesuai sebagai tiang dan roof top sebuah model
rumah atau diorama action figure but since aku ada kurang 3 hari jer kat rumah,
aku rasa aku buat benda tu hari lain jer.



Cycle 3 ) Leaving KT and
back to Machang, and wondering what will disappear next. Bawak sekali
komik-komik aku yang Tanglung pesan. Komik-komik yang selamatkan society aku;
Shade: The Changing Man, Cyberella (set yang hampir complete kecuali nombor 11),
Watchmen (written by Alan Moore, the guy who brought you From Hell and League of
Extraordinary Gentlemen), The Shadow (orang yang lukis ni dah tak buat komik dah
pasal dah naik pangkat jadi editor komik), Gen13, The Dreaming (boleh kata
spin-off Neil Gaiman's Sandman, great cover arts by Dave McKean), Wildcore dan
et cetera. Aku bawak dalam setengah kotak. Aku ambik masa lama nak tinggalkan
rumah, dalam pukul 2:30 petang. Untuk meningkatkan rasa anxious Tanglung (sampai
budak tu telefon aku kat rumah time aku dah berangkat). Bapak aku cakap selama
aku balik tu aku tak pernah jejak tanah pun (maksud dia, tak kluar, ambik angin
kat luar). Aku pun tak tau aku boleh jumpa sesiapa kat Kuala Terengganu time
balik tu, for good sake. So, aku stay kat rumah (atau bilik) jer. At least, I
try to be more on focus. Memang kebiasaannya bila aku balik rumah, aku tak akan
kluar dalam 3,4 hari, tapi for awhile jer sebab tetiba datang satu suara, "Kalau
ko tak kluar, ko tak tau sama ada ko still ada chances untuk take over the
world, or not. Home alone doesn't help." Realitinya 99.99% peluang aku utk.
change the world ada kat luar sana. Pastu daripada 99.99% tu aku tak tau berapa
percent peluang yang ada di Kuala Terengganu.



We can start with nothing. Your
luck. Kalau ada. About time. About place. So, Ahmad Nazri, eat the day and break
the rules. Tapi dengan siapa dan kat mana?



Bila aku sampai kat kolej
petang Rabu tu, there's no sun. Baru lepas hujan barangkali, dan senja dah nak
berlabuh. Aku telefon Tanglung, mintak dia ambik aku kat bawah pasal banyak
barang yang dia pesan, aku tak boleh nak bawak sengsorang. Tapi dia ada kat
somewhere in Machang. Cari blazer untuk ETR, kata dia. Dia suruh aku naik dulu.
Nasib baik ada orang yang kerja kat food court bagi tumpang, sebab dia perasan
aku dah 2 hari tak datang kedai. Tapi aku tetap ada masalah birokrasi dengan Pak
Guard. Sampai kat bilik soalan pertama aku," Diorang kelam-kabut tak?" merujuk
kepada Tanglung and company. Dan sepeti biasa, first day kat bilik lepas balik
sentiasa OK, tunggu la selepas hari-hari yang seterusnya.



Kucing-kucing adik aku yang 2
ekor tu dah user-friendly sikit, good, sebab aku boleh usap dia time ada emotion
sickness. Sikit jer la, sebab time aku makan diorang tak berani nak dekat tapi
pandai mintak. Kucing aku yang sebelum-sebelum ni belum bagi lagi dah tarik ikan
aku!



airplay: "One Weak" - Deftones

Never will I burn.



Friday, 260 903.




The World of Funnybooks You
Never Know



Kamal suruh aku balik. Sudoh!
Dia suruh aku ambik komik Steampunk kesayangan aku (since I don't have a
girlfriend, padahal aku rasa sama jer kalau aku ada pun, aku akan lebih
sayangkan komik aku, or not). "Aku cover la duit
tambang pegi balik!" Damn! Ayah aku tak suruh balik rumah lagi ni. Aku dah mimpi
bukan-bukan about dad and home. How about Cyberella? Aku ada satu set complete
from first to end. Damn lagi, Kamal nak satu kotak, kalau boleh suma yang aku
ada. Katanya, nak buat presentation subject ETR (subject economy yang wajib
diambil oleh suma art student tempat aku study, gila!), pasal dia buat business kedai
toys and comics. Ambil komik dari rumah ke kolej ni menyakitkan hati sikit. I
did have a hard times browsing all my favourite comic books daripada aku kebas
komik Curse of the Spawn dari Man Skate Ampang (miskin punya pasal) sampai la
Sam Abbinanti (kawan Alex Ross) hantar a jam-packed envelope full of comic books from
Alex Ross to Paul Jenkins. Tak campur masa aku nak pegi cari comic masa bookfare,
time-time murah. Masa tu siap kena pau lagi sampai aku fobia nak cari comic.
Aktiviti collect comic ni dah lama tertinggal since aku balik ke Kuala
Terengganu. Comic books ialah alasan mudah aku untuk buat muka toya kat KT sebab
kat KT takder comic store. (Rizal, kawan yang share minat comic sampai ajak aku
jadi business partner bukak kedai komik kat KT. Tapi nak buat loan satu hal,
market kat KT pun satu hal. KT ni bandar yang miskin even ada banyak bank.
Useless creep bersepah. Penipu pun ramai. Anyway, korang tau tak pasal Cradle
yang bagi pre-seed funding untuk local technopreneurs ? RM50.000 for an idea,
shit! I wish I'm well-prepared for this.)



Bila dah lama tak dapat comic,
minat untuk buat comic sendiri mula pudar, fade. Benda yang asalnya gifted dah
jadi wasted. Tak ramai kawan yang share minat komik di KT. Ada sorang dah pindah
Kemaman, Mustaqim dah pindah Kedah, Zuang dah pindah KB ("Kata nak bagi komik
the Darkness murah, mana woi??!!!"). Yang tinggal: Mang si bassist yang
disayangi, Hilman Hajijan Dukes of Kubang Parit, Adi Cina dan Rizal ("Bila nok
ajok aku gi ghumoh mung, natam?!") Dan kawan macam ni ada ramai kat luar
Terengganu, cuma perlu tambah tertib jer. Aku dah lupa tebiat (aku tak nak
panggil tabiat) aku yang setiap masa with a sketchbook dan draw something yang
fascinating and at the same time horrible. India kedai kari kat depan tempat
jamming suda rindu sama aku setiap masa melukis kat kedai dia.



Dan kat sini, Machang aku hanya
ada Kamal Masrun dan Amir saja yang tau what the fuck is comic books. Yang lain
hanya tau comic books is child and scheme (skema, hehe!) "Woi, aku ada hentai
ngan porn comics, ah, laju korang datang!!".



Thanks Amir (our new comic book
friend) pasal bagi pinjam sktechbook Danger Girl. 'Seriyau' tengok drawing dalam
tu, patut la ko label 'parental advisory'.



Interesting gak balik rumah ni,
Tanglung. Aku balik seminggu laa... (Tanglung ialah alter-ego untuk Kamal Masrun)



By the way, I would like to say
a good luck to my comic book friend, Mahathir Buang aka MaDett aka MILX yang
tengah naik kat US dengan comic Silver Surfer (label Marvel), dan akan datang
Queen Boudica dan Wake The Dead (label IDW) dengan Steve Niles. Aku kenal MILX
masa dalam satu chat room, but we never meet each other yet. Masa tu dia baru
nak release Urban Comics
(check the website. I think they need your help) dengan geng Urban Militia
(includes Adijin, White (sempoi mamat ni, rugi aku tak jumpa diorang masa kat
Shah Alam dulu), Azhar, Use, Aim, Krom). Internet is so unpredictable. Nama MILX
naik lebih laju daripada Chris Bachalo. Semoga dimurahkan rezeki dan dicurahkan
dengan job offer selagi ada tenaga ni. You go, MILX!



It's March 2001, and I love
this song. It makes me fell in love. Not to person. What a person? She don't save
me. I love this moment. He hate she.

airplay: "3 Libras" - A Perfect Circle



contact number for this moment: 012-9641405
dan mengikut Googlism, 'Nazri' is the contact person, eating raspberry swirl ice
and 12th.



credit to these people:

MISSPEACH

XCORE

PUNKER2020

YASMEEN ALIA

FADZLY BUJANG



Wednesday, 170 903.




The Resurrection of Kamal Masrun's
Graphic Machitazos



"Haha !" Secara sinis aku gelak
pendek sebab kami ada PC balik. Haha! Macam tak caya. Macam nak tampar diri
sendiri.



Tapi sebelum kami ada PC, kami
mengalami beberapa proses evolusi. Kamal Masrun menghabiskan masa kosong tanpa
Photoshop dan Flash-nya, dengan buat ilustrasi dalam format txt (artist skin
Winamp selalu buat camni) manakala aku pulak rip code chatting dengan beberapa
program macam MiRC dan Microsoft Chat supaya kami boleh communicate dalam satu
PC pada masa berlainan, jenis komunikasi tak selari macam email gak. Macam pagi
aku pakai pc, aku hantar private msg kat Kamal, pastu malam plak Kamal dapat msg
tu time malam, dia balas balik. Tapi tak boleh. Cuz we don't have  Wordpad
to write that gigantic size code.



Aku end up main game Hospital,
jadi tokey hospital dan menyaksikan beberapa pesakit aku dikejar Grim Reaper dan
mati.



Tapi sekarang? Haha!



Saturday, 130 903.




The Death of Kamal Masrun's
Graphic Machitazos



This is my first writing for
this journal since Kamal Masrun PC gone crashed a week before merdeka. Yah, it's
true! Lepas beberapa kali Kamal Masrun kata yang PC dia nak crash tapi tak
jadi-jadi, it happened at last. Dan aku tak sempat nak save apa-apa yang
precious. Love notes to ghost, cerita-cerita dari mimpi, interface Kubang
Parade's Journal yang baru, kerja-kerja tergendala. Hmm..., aku tak rasa
kehilangan sangat sebab dah rasa dah sebelum ni. Tapi aku rasa macam boring
sikit. Of course!! So, I'm nobody again. Nothing to play, because there's no Photoshop or
Flash. All my works in Kamal's PC are gone and I'm gone insane. I have no
inspiration. Nothing to keeps me quake. ... Damn! I hate this! Then, the library
still has no internet, while the internet connection outside our college is very
bad. Bad bad doo bidoo bad bad! There goes my salary.



So, I become very inactive.
Lazy concrete worm. He know nothing than eat and junkie. I made one traditional
art, a painting, and I need to submit it tomorrow.



Merdeka di Machang Kelantan ?
Good, we had a gig, slam, pogo, bodysurf, violence, over and over again.



Check my new
Hyperactive Ward website
along with Rive's THP6
(it's been a while, Ijad!) Add me as your friendster:
cordlynes@yahoo.com.



Tuesday, 090 903.





Traffic w/ number



I'm at home. Kuala Terengganu. Since Sunday, 100 803 and will end next week, Tuesday, 190 803. So, if there's a question about anything and everything, especially on Hyperactive Ward Design, please call my home number: 09-6314515.



My dad say that there's someone "in female gender" call me. Hah! Sudah! It lead to many question to my curiosity. Who's the caller? A naughty girl on the phone? A mother to 17 people? A debt collector that was sent by government? A Psycho killer? Old friend? (Hah, yer lah! Macam ada budak pompuan kat skolah lama aku jer yang simpan no. phone rumah aku!) I wish she's a saviour. Sesiapa yang boleh menolong aku time ni. Aku rasa respon kepada advertisement aku kat library Terengganu, advertisement yang diselitkan kat buku-buku, pastu, finder = keeper. Ataupun dari website ni. Ntah. Aku tak senang hati time ni.



Home's nice, kecuali aku kena re-decorate balik bilik aku, sebab adik aku sudah destroy it! Anyway, adik aku baru jer dapat dua ekor anak kucing yang comel-comel, yang perangainya suka lari dari aku bila aku nak bagi nasik. They need to learn to be nice.



Monday, 110 803.





Dead (Poet) Society



Kamal Masrun buat joke yang
serius dalam 2/3 kali. "We'll loosing everything. No! Already lost!" Yang
dimaksudkan, harta-harta aku dalam PC dia. Flash-flash yang rare, mp3, cerita
sekali-sekala, dan rakaman-rakaman lepas geram.  Kena start semua from
scratch. Tapi saper nak bayar memori rakaman Dewa bersama J'don ? Air mata
takkan...



For the first week, sosialiti
dan society telah mati. It's like living in the underworld with same gender, but
still seeking for different opinion. How does it feel?



Trent goes; "suck! suck! suck!
suck!"



Saturday, 260 703.



p/s: J'don is our friend. His
home is near Muzium Losong, K Terengganu. He's the only people who play Dewa
before anyone else ever discover it in our college. We did make an ambient +
trip hop style project covering Dewa, I make a sampling and growling vocal and
recording work, while J'don play guitar and vocal. Kamal Masrun also lay his
vocal and guitar tracks. And we doing it like we're in dope and it sounds like
shit and full of jokes. Unfortunately, the mp3 is gone since Kamal's PC gone
crashed. Cer korang dengar Dewa buat Shalawat Badar, insaf sikit.





Minit-minit dengan fiber,
kalsium dan cup noodle. Mesti member aku pelik tengok aku menaip panjang sebab
biasanya aku jarang buat macam ni. Macam la diorang tu yang tengah menaip tesis.



Have a lots of works, tapi
masih dengan attitude malas, tidur di siang hari sedang lecturer aku ada date
dengan aku, aku boleh buat tak tau. Foodcourt yang jadi tempat lepak kami
malam-malam di UiTM Machang tutup sejak 2 hari yang lepas. Tapi aku pergi jugak
ke situ dengan Kamal Masrun dalam keadaan yang gelap, enjoying the landscape
with our nasik lauk ayam yang dibungkus sambil melihat ke atas, kolej siswi. And
we talk, have some laugh. Zulkarnain was not there.



The next day, tempat kami telah
diambil alih. Kami makan nasik kami di tempat yang lebih bercahaya dan
meninggalkan foodcourt dengan lebih cepat. Kata Kamal Masrun, it's a TV time.
But the slot is suck. We leave at 11 pm.



Bila tender kedai kat foodcourt
tamat, ia sedikit membunuh sosiologi student, but for a while I was like: "Man,
I like this! Takder lagi aku nampak orang couple (yang kerjanya hari-hari, siang
dan malam, date!) yang buat aku ironik, apa idea mereka sehingga akal mereka
setiap masa keluarkan kata-kata yang tak mampu aku luahkan. Gila! Aku boleh
takder idea langsung nak bercakap walau sekejap, sedang diorang setiap masa, the
mouth still babbling. But then bila foodcourt gelap, aku gelak. Macam mana
diorang nak get rid of this, aku tak tau. I stay normal, with my life.



Hidup di bilik setiap masa
menyakitkan dengan orang-orang yang sakit. Dan kita jadi sakit hati dengan orang
yang cuba membunuh kita by words, dengan jiwa. Soalnya, kenapa mereka tak pernah
cuba pergi ke arah lain, cari mangsa yang lain? The thing is they still find me
so interesting, untuk melampiaskan niat membunuh jiwa, dying soul. Mangsanya,
hati aku. Teringat ayah dan mak, betapa kerap hati mereka menjadi mangsa
serangan emosi. Ia berlaku dengan perlahan, tapi itulah yang menyakitkan. Hanya
sesuatu yang dilihat dan didengar oleh mereka sudah bisa membunuh mereka.



Kerja-kerja baru aku berkait
dengan #f-ix, website sebuah band, menulis tentang muzik, mengumpulkan portfolio
sebanyak yang mungkin, filem pendek buatan sendiri untuk entertain diri-sendiri,
post-production untuk satu art exhibition dan satu art competition, contributing
work,... dan belajar dengan lebih mendalam perihal 'printed art'. Dan kesemuanya
memerlukan eksplorasi sendiri. Things not easy, one wish a simple kind of life.



Dalam kepala juga berfikir
tentang menghasilkan muzik, sebuah band bodoh yang mana idea muziknya adalah
mindless, mengejek, ketawa, maki hamun, industrial, drum-machine spt kerbau
berlari, kejam. Bloodhound Gang barang kali. Primus, Ween, Nailbomb, Goatslayer,
Cannibal Corpse, Salih Yaacob. Atau lebih tulus seperti Peace Orchestra. Idea
muzik selalu datang bila kerja makin banyak. Ia bakal menambahkan kekusutan jika
semangat mudah rapuh, tired, retarded. Relax, sleeep, dead, end.



Aku juga ada idea tentang
menulis sebuah cerita pendek yang bukan tipikal Melayu, seolah-olah ada Melayu
mengharapkan sebegitu. Wah, tak habis lagi?!



Airplay: Demo-demo Eat The Day.
Visi Wes Borland, katanya, muzik yang mahu diingatinya ketika mati. Listen alone
with no one. Over and over. It's very hauting. (Sehingga sekarang, tiada suara
yang sesuai untuk menyanyikannya.)



Wednesday, 230 703.





It's The Same Old, Same Old
Song



Sejak tarikh akhir aku taip
jurnal, sistem manusia/orang aku rosak (teruk). Kesakitan, unstable, anxiety
selalu terjadi. Bila satu subjek yang tidak diharapkan datang, aku mintak dia
pergi jauh-jauh, dan dia takkan pergi dengan senang. Bila dia pergi, datang
perkara buruk yang lain. It's a turnaround process. (I need to think to put
myself in the right place. What's the right shit?) Dan artikel-artikel yang
biasa aku guna untuk define diri aku atau beritahu sesuatu dalam keadaan
menjerit tapi tak keluar suara dan orang yang sepatutnya dengar, berpaling, gone
like these <dalam kronologi yang tidak teratur> :


- Loss hearing, bad teeth grinding turn to head, ..

- Shut this world,..

(... but wait, think this is arena, I need to jump, alone, body full of sweat
but no food to feed him.)

- Water fell thru my nose, the percentage of oxygen I breath is 50% less than
people in this earth, and again, to my head,

(he can't walk, can't jump, laying lost)

- The ultimate of it all, out of reach,..

Dan perkara-perkara lain yang menyebabkan aku buat fund untuk semua orang dan
juga menyebabkan aku tak bercakap apa-apa dengan orang lain. Something need to
be keep close stay secret until a certain date to be reveal. For good sake.



+++



blynk3n: Aku tengah boring, dan
aku orang boring...

she-confuse: <tak jawab>

blynk3n: Er,..

she-confuse: Who's this ?

blynk3n: Who the hell are you ?

she-confuse: I don't know you.

blynk3n: Find the redpill.

she-confuse: ??


{blynk3n, pissed-of, "fuck! Dia tak tau ke apasal diorang buat messenger?"}

blynk3n: What's internet ?

she-confuse: What kind of question is this ?

blynk3n: I never get the right answer ! !

{Bad jokes always happen on the net. People always try to get rid of it. While
the good jokes happen on the table, or bed with actual people.}

she-confuse: Tempat untuk cyber-dating, maybe ?

{Bam! She stay confuse sedang dia boleh jawab 'a communication tool', like what
Ben Affleck said to Jason Mewes.}

blynk3n: I guess, you're boring too.


she-confuse: With you, not others.

blynk3n: FFS, WTF ?!!!

she-confuse: Apa tu ? FFS ? WTF ?

blynk3n: Ntah! Tu jer ayat yang boleh aku bagi kat ko. So, FFS, WTF!!!!

{she-confuse is now offline}

{blynk3n stay there, un-entertain, fucked-up, cold, watching 'Shawshank
Redemption'.}



+++



Internet is a free country,
without border, with everyday-everywhere people, dan bahasanya tidak memerlukan
seseorang itu bercerita panjang tentang sesuatu sebab ia adalah dunia dimana
orang sudah pun tahu tentang sesuatu, kebenaran sesuatu fakta juga boleh
dipertikaikan. It's a tragic + pathetic bila ada orang masih guna bahasa 'tidak
tahu' dan tak mahu admit sesuatu. That's it. Ko tak perlu percaya. Ko hanya
perlu faham. Sekarang, it's so easy to blame people,... tanpa kefahaman. They
never try to find it.




"Damn underachiever. They're all alike."



airplay: "Gone Away" - Cold

read: "Cyberpunk" - Bruce Bethke



Saturday, 190 703.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...