Posted Date: : Apr 6, 2004 8:20 AM
Sejuk rasanya. Di ketika ini, Kuala Lumpur , yang belum
sempat mengeringkan dirinya, sudah mula dihujani air langit untuk kali ke
berapa aku tak kira. Tempat tidur aku jadi lembab. Tidak selesa rasanya untuk
tidur. Aku tak kira juga berapa banyak lubang-lubang di atap yang menyebabkan
bilik aku basah. Sungguh menyedihkan. Ia meresapi kemeja tebal pusaka abang aku
yang jadi jaket aku ketika malam beku. Kalau aku buat laundry sendiri, tak tahu
berapa jam hasil laundry aku akan kering. Perut aku sentiasa lapar, itu memang
dah biasa. Lumrahkah? Aku baru lepas pulih dari demam. Buat 2 kerja pada satu
masa. Kerja 1, car wash di Jalan Loke Yew, untuk cover duit tambang ke Batu Caves ,...
duit makan belum tentu. Kerja 2, design work di Batu Caves pula banyak
menyebabkan aku miskin dan restraint emosi sebab kerja ni perlahan dan aku tak
tau bila ia akan membuahkan hasil, mungkin 2 bulan lagi, melihatkan progres aku
yang amat lembab. Kalau pressure tiap hari, aku patut balik ke Kuala Terengganu
saja. Tapi ada sebab aku still stay di sini. Sebab mimpi belum berakhir. Ia
baru bermula. Tinggal di Loke Yew yang aku anggap sementara itu memang buat
gementar dan derita. Aku selalu memikirkan kerja aku yang macam tak berjalan di
Batu Caves. Semalam, setelah sekian lama, aku berjalan kembali ke Sungei Wang
untuk cari 'makanan jiwa', selalunya di kedai-kedai art books. Atau di Lot 10.
Sekarang aku perlukan sokongan. Perlu rakan-rakan sealiran supaya kreativiti
ini tidak mati di sini, dan ia dapat dicerna. Untuk specify, 2 hingga 4 april
04 yang lepas, ada hari IdN di ruang legar Sungei Wang. Kalau aku ajak orang,
it's like bore dan nuthin'. Tapi the next 17 + 18 april 04, di Berjaya Times
Square ada showcase Undiscovered
Territory (rakan2 Doxob
dan Digital Malaya perlu tahu). Jadi kita jumpa di sana . OK, aku akan list apa yang aku
buat a whole day, yang sempat aku catat. Mungkin bukan tiap2 hari tapi aku cuba catat apa
yang aku terdaya.
Isnin, april 5, 04
8:30 am - Tinggalkan Loke Yew selepas dapat RM5.50. Duit tambang, dan makan yang termampu. Kalau pukul 8:30 masih ada kat Loke Yew, maknanya sampai katBatu Caves
dalam pukul 10. Dalam kepala aku, aku asyik terpikir susunan kerja di Batu
Caves, sebab aku sebenarnya dah tahap kritikal, sedang dalam masa yang sama,
cukup cintakan kerja seni di Batu
Caves ,....... tapi ia tak
cintakan aku, buat masa ni.
10 am - Blank! Mac yang aku pakai dah tak friendly font. Tak tau ap'sal banyak font hilang.
11 am - Ke tandas, aku dah weak,..... aku perlu basuh muka, perlukan 'kesihatan'. Oh! Damn! Aku tak tidur lagi.
12 am - Buat ilustrasi untuk rujukan peribadi. Untuk kaler je dah ambik masa sehari.
1:30 pm - Epi suruh scan cover CD untuk kolum CD review.
3 pm - Lunch, atau ke kedai bawah, minum sambil cari inspirasi design. Masa yang weird untuk turun minum, biasanya lunch start at 12 0r 1. Bawak majalah banyak. Tapi masa bukan untuk aku
3:30 pm - Balik ke ofis. Hari nak start hujan. Mac digunakan (selalunya) untuk scan gambar. I turn to another Mac just for writing purpose.
That's it....
8:30 am - Tinggalkan Loke Yew selepas dapat RM5.50. Duit tambang, dan makan yang termampu. Kalau pukul 8:30 masih ada kat Loke Yew, maknanya sampai kat
10 am - Blank! Mac yang aku pakai dah tak friendly font. Tak tau ap'sal banyak font hilang.
11 am - Ke tandas, aku dah weak,..... aku perlu basuh muka, perlukan 'kesihatan'. Oh! Damn! Aku tak tidur lagi.
12 am - Buat ilustrasi untuk rujukan peribadi. Untuk kaler je dah ambik masa sehari.
1:30 pm - Epi suruh scan cover CD untuk kolum CD review.
3 pm - Lunch, atau ke kedai bawah, minum sambil cari inspirasi design. Masa yang weird untuk turun minum, biasanya lunch start at 12 0r 1. Bawak majalah banyak. Tapi masa bukan untuk aku
3:30 pm - Balik ke ofis. Hari nak start hujan. Mac digunakan (selalunya) untuk scan gambar. I turn to another Mac just for writing purpose.
That's it....
Selalunya diorang (rakan ofis)
leave at 5 or 6 pm,... pernah kami ditahan hingga pukul 10 malam. Then,
when will I sleep? Sampai di Loke Yew, hell, pukul 12 malam aku kena terus buat
kerja car wash, sampai la cukup duit tambang dan makan (cukup makan saja, aku
selalu sangat berlapar). But that's OK, the dream is not over yet! Proses ini
berlalu almost everyday except weekend. Tapi weekend aku sepatutnya guna untuk
dapatkan tidur secukupnya. Aku selalu juga tak dapat pergi ke ofis sebab, tak
cukup duit tambang, ataupun ke ofis dalam waktu kritikal, macam sampai pukul 2
petang, atau 3 (time ofis dah tutup, macam hari Sabtu lepas, setengah hari
kerja. Gila! Aku pergi ofis for nothing, dan nothing la RM3.20 that I can use
for my energy saviour). I choose it? Jauh dari expectation. Aku sepatutnya well
prepared. Tapi Allah ada ujian untuk aku. Sebab di Kuala Terengganu aku tak
belajar langsung tentang ini. Dan lama juga aku tak hubungi keluarga. Dan
mereka tak tahu dimana aku berada. Itu ego aku. Aku degil sangat. Mana2 kami,
satu keluarga berada, sebenarnya kami takkan tinggalkan konsep contact each
other. Biar hubungan kami sentiasa kekal. Itu semulia sifat manusia yang
sentiasa ingat-mengingati saudara mereka tak kira apa jua keadaan. Tapi aku
pilih sebaliknya, kerana aku belum bersedia,..... dengan kenyataan yang pahit
ini. Yang menyebabkan misery menyelinap setiap hari di Kuala Terengganu, tak
tahu kenapa...... Kalau korang boleh beri sokongan untuk aku, aku memang boleh
berhubungan dengan keluarga. Kalau korang beri ruang untuk aku bicara. Di luar sana mereka tak beri
peluang langsung.
No comments:
Post a Comment