Posted Date: : Apr 7, 2004 11:41 AM
Semalam, selepas balik dari ofis di Batu Caves, about 6pm, dan
sudah berada di KL about 7pm (bas 11D berhenti kat area Mydin - Kotaraya),
terus berjalan ke Loke Yew. Hell, 2 times a day, rutin sebegitu. Aku nak sampai
di Loke Yew secepat mungkin, untuk sampai di kedai mamak, jadi it create tired.
Masa aku order roti kosong dan air kosong aku, dah pukul 7:30 malam. Aku nak
cepat habiskan roti aku, air aku supaya aku boleh catatkan jurnal aku, dan
terus tidur (selepas semalam tak tidur) at 8 pm. Tapi tak berlaku. Bila aku
bukak beg aku je, ada la india
ni yang dah diberitahu oleh perkerja india di kedai mamak tu yang aku ni
suka menconteng (no! that's art! art that work!) mintak aku lukis muka dia.
"Saya tengah malas sebenarnya,..." aku berterus-terang. Tapi india
kedai yang promote aku tu laju je beri kertas untuk aku lukis si customer kedai
dia. "Ada gambar tak?" kata aku sebab aku fail buat live sketch. Dia
keluarkan gambar saiz pasportnya. Jadi aku terus lukis like nothing happen. Ok,
la... at least dia belanja milo ais aku. Selepas dia senyum menerima hasil kerja
aku, aku terus tulis jurnal aku, sedang aku out of point apa benda yang nak
ditulis. Aku tidur a few minutes after 8:30pm. Aku budget bangun pukul 12 malam
buat car wash, kalau nak pegi ofis esok, dan makan tapi aku letih sangat. End
up aku tidur sehingga hari esoknya, Selasa mula cerah. Aku nak ke Batu Caves
dengan cepat. Jadi aku terpaksa tak buat car wash. Aku hutang RM2 dari Jo yang
jaga duit, kata kat dia aku janji bayar malam ni. Aku campur balance RM2
semalam untuk duit tambang, jadi RM4. Kalau dikira, RM3.20 habis untuk tambang
pergi balik KL - Batu
Caves - KL. Untuk
pecahkan RM2 jadi RM1.60 (bayaran tepat untuk perjalanan sehala) aku beli roti
ban kaya (biasanya aku ambik roti ban kacang merah, my favourite) for 40 sen.
Itulah sarapan aku sebab nothing I have. Aku menapak balik dari Loke Yew ke
area Kotaraya - Mydin yang ambik masa hampir setengah jam. Bas 11D bergerak ke
Batu Caves a few minutes after 8:37 am, jadi aku rasa aku sampai kat ofis pukul
9:15 am. Jadi kerja di Batu Caves boleh diaturcarakan seperti ini: 9:30 pagi -
sambung coloring character design, yang ambik masa berjam-jam 11:00 pagi - scan
advertisement Yamaha yang ambik masa berjam juga sebab Mac slow, resolusi pula
tinggi, bermakna file besar dan perlukan memory tinggi 12 tgh hari - sketch
karakter Professore dan terus scan,... masukkan logo Rottworld 1-3 petang -
kerja aku sebenarnya banyak menunggu scanner aku berjalan. The next is 3 cover
CD, perut aku lapar pulak, tapi aku ada 40 sen jer lagi, untuk aku guna malam
ni. No lunch! Lunch is dead! Kepala aku pulak dah start pening. Tapi aku tak
tahu ap'sal aku masih boleh bertahan lagi sebagai humam being. 5 petang -
Mungkin (maknanya perkara ni masih lagi dirancang) tinggalkan ofis time ni.
Mungkin berjalan dengan perlahan untuk save tenaga aku. Mungkin ada india lain yang
suruh aku lukis muka diorang pulak. Yang aku tau 12 tgh malam ni aku kena kerja
on car wash, untuk setel RM2 dan juga cover duit tambang dan kehidupan
seterusnya esok. (Actually we still at the office at 8:35pm) Yang aku pasti,
ialah editor aku, Abang Rom akan selalu meledak dengan progres kerja yang
perlahan ni. 2 bulan, still nothing. Siap sangkut certain hari. Sekarang ni
pulak aku melihat diri aku perlu ke ofis everyday. Tak kira kalau aku tak ada
duit sekalipun. Ia buat aku tak berdaya langsung untuk hubungi keluarga.
Sepatutnya, aku perlu lebih bersedia masa start terima kerja kat Batu Caves
sebab aku terima 3 kerja dari Abang Rom. Revamp ROTTW, revamp G&B dan
renovate the deadly, Rottworld. Tak termasuk kerja-kerja kecil macam logo
redROTTW, banner, design t-shirt baru. Aku perlu sediakan ilustrasi. Kepala aku
juga berfikir tentang Undiscovered
Territory . Aku perlu ke sana dan at least
contribute sesuatu. Tapi sepatutnya aku kena cari rumah sewa yang jaraknya
dekat dengan ofis dan belanja at least sebulan. Itu perlu aku prepare seawal
sebulan yang lalu. Tapi aku dah hilang RM400 dan jurnal aku. What to do...
No comments:
Post a Comment