Nuff said, will travel

Monday, September 3, 2012

Kaca yang bergerak dan kaki yang bakal menempah ajal jika tidak diselamatkan. (kemaskini)


Posted Date: : Oct 23, 2004 8:38 PM
Kakiku merayu supaya dapat berehat. OK! Tapi kita kena suffer 2,3 hari untuk sumber tenaga, jawab si perut. Kami mencari alternatif. Dalam masa yang sama si hati telah terpaut dengan satu suara yang menyebabkan si kaki menderita lagi di dalam kasut yang basah, umpama wet rug di dalam cerita Deuce Bigalow, mencari kerepek ubi pedas untuk mendapatkan baki 80 sen supaya si telinga dapat mendengar suara itu untuk diposmenkan kepada si hati. Terima kasih wahai si tangan kerana menyumbatkan kerepek itu ke mulut lalu jatuh ke perut. Dan juga menyumbatkan 80 sen ke dalam lubang koin telefon awam. Sekarang kita sudah tiada uwang. Bunga makin naik! Mak bapak kao-lah yang salah.

Di dimensi yang lain jiwa merayau di Kedai Buku Basheer untuk update bahan grafik dan juga Page One di Lot 10. Tenang jiwa. Kaki sakit juga. Perut ? Cuba ajak bergaduh kerana perut mahu diisi.

Dan ini ialah minggu pertama di Kuala Lumpur. The bottom line is never wear a canvas when it comes rain. Rain sucks. Pain is there. Hate rules. But I got to down with love.


Monday, December 15, 2003
Baiklah, anggaplah apa yang ditulis diatas telah dipost sejak sepuloh tahun yang dahulu. Atau sekuron yang dahulu. Semasa kita tak berfikir langsung tentang apa yang akan berlaku seterusnya pada aku, apa yang aku inginkan sebagai aspiring designer , visual artist, filmaker, apa saja.... Gila! Jejak kaki sahaja aku di bumi metropolis itu aku tak tahu pun apa yang aku ingin fikirkan dalam konteks art, design, literature. Tapi post di atas ialah sebagai permulaan kepada gantian Kubang Parade's Journal. Dan aku memulakannya dengan begitu,........ pelik, absurd? tidak, tapi aku teruskan dengan tengah2 cerita.
Mimpi yang panjang.... dan dalam mimpi aku masih ingin kejar cinta. Tak boleh nak halang jugak , sebab  hati itu berada di dalam aku. Damn! Tetapi cinta tidak boleh menghalang aku menjadi 'criminal', dan sepanjang 2 bulan pertama , kerja aku hanya menjadi criminal. Kejar, lari, grab and shame....Aku jadi sensitif (dengan questionaire) tapi sekarang kebas. Ultimatenya, sekarang, belum pun sempat menjengah 1000 tahun, cinta telah broken macam title ep Nine Inch Nails. Ok, aku dah merepek,... tapi itu saja yang aku boleh marahkan tentang post pertama, kebodohan, dalam myspace ini dan aku memang berubah banyak.
I can't help her, so deal, she can't 'help' me. Sebab cara itu saja dah dapat dia judge bahawa aku ini adalah insan yang dibolehkan atau tidak, and I am not.
p/s: thanks alot to my employer and no thanks to her.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...