Posted Date: : Apr 2, 2004 5:14 PM
Kami kekosongan. Baru lepas
dari derita. Derita, don't you get it? Derita seorang diri. Aku terlepas nak
review gig hari Sabtu lepas, terlepas juga ke Taman_Saya di Damansara, Muid
Latif was there, dan bila terlepas kerja, dalam keadaan derita tu, macam mana
aku nak hidup? Macam mana pulak aku boleh hidup, stay and rose and
compromise,.... Even aku mimpikan ibunda. Ada
3 ibunda. Aku lihat dia di dapur, satu lagi di dapur juga. Tetapi aku kejutkan
ibunda aku yang satu itu, di tempat tidurnya, seperti zaman kecil aku.
"Mak! Tengok mak," aku mahu comfirmation. Aku ikut di belakangnya,
melihat 'imejan' ibu itu berlalu. Sungguh mengerikan melihat imej sendiri
berjalan selamba di hadapan diri-sendiri, seperti diri kita sudah mati. Tapi
ibunda juga berkeadaan seperti biasa. "Nothing happen." Aku ingat
lagi memegang bahunya. Ibunda rendah saja. Meanwhile, aku tak boleh bayang
bagaimana aku masih boleh hidup seperti hari ini. Hari-hari demam, di katil
yang bukan anti-steril, Selasa, Rabu, Jumaat, Sabtu (hari gig dengan Abas
Salimi, but we're not there, dan Abas bersama Mostlympt tak sempat beraksi when
police took the place), Ahad, Isnin, Selasa, Rabu,...... dan hari Khamis, ke
ofis dengan tangan hanya punya tambang pergi balik. Kenapa menyakitkan diri
tanpa makan, minum? Hari Jumaat pula pukul 10 pagi,... di kedai mamak aku cuba bangkit ketika cuba tunggu diri distuff with food.
RM2 yang sabar,... mencabar, yang penuh dengan test. Aku nak mintak tolong dari
ahli keluarga aku,.. but not this way? Orang lain pulak,.... orang lain?
Kalaulah orang lain tahu. Orang lain tu adakah kenal sesama kita? Saat terakhir
yang aku ingat, kami sukar berjalan ke ofis kerana diri sudah full. Derita
past, present, di sini, di sana ,
everywhere. Kalau orang lain bisa hubungi kami untuk beri pertolongan. Kami
banyak hutang. Tapi itu cara kami. Cara yang kami tak minta.
No comments:
Post a Comment