Posted Date: : Apr 14, 2004 12:26 PM
"Face the fact!" Berhadapan dengan kenyataan.
Maksudnya, dulu aku tak tau apa itu kenyataan dan bagaimana untuk terima
kenyataan? Salah tu. Ia lebih kepada soal takdir. It's my fate. My destiny?
Takdir kekadang buat kita rasa sukar. Sukar untuk teruskan hidup. But life's
goes on. Kami mahu space. Space to live and to give opinion. Menyampaikan
sesuatu. Secara lisan, bertulis dan sebarang bentuk yang boleh kami layangkan
ke mana-mana yang difikirkan perlu, berpijak di ruang itu. Kebenaran. Kita cari
kebenaran. Kita tak mahu kepahitan terbit di hati mereka. Kita mahu mereka
senyum, gembira, dan kita membuatkan mereka gembira. Iaitu hadiah yang paling
tulus yang dapat kita berikan. Indah, bukan? Kalau boleh! Insya Allah. Jadi,
kami usahakan. When my life's not that easy, jalan kami berliku,... itu adalah
takdir kami. Kami boleh terima. Tapi yang sukarnya, bila dibahu kami ada
harapan mereka. Yang difikirkan mereka, dirisaukan mereka, ialah future kami.
Mereka mahu kesenangan untuk masa depan kami. Susah .
Senang. Susah untuk jadi senang. Like what?
Tapi mana ada manusia yang tak merasa susah. Aku melihat manusia punya pelbagai
elemen di dalam diri mereka. Kalau mereka sudah mengerti, itu kurang sukar
lagi. Ia hanya decrease, tapi tidak fully release. Pengertian ini, membawa
kepada ketabahan. (baca: punya ketabahan) Tapi lagi susah kalau tak biasa
menghadapi kesusahan, selepas kita selalu saja berhadapan dengan kesenangan. Ada yang baru mengahadapi
kesusahan yang pertama. A debut difficulty. Dan dia jadi orang yang paling
susah di dunia. Susah juga berjenis. Ada kesusahan orang ni
yang buat kita ketawa kerana bentuk kesusahan dan cara mereka, yang bagi kita,
nothing sebab yang kita dapat sekarang is real. That's ok. Ia buat kita ketawa
atau senyum dan lupa seketika tentang kesusahan kita. Jangan fikir sangat.
Afterall it's just some. Belajar terima takdir. Apa-apa yang bukan keinginan
kita, walau sepahit manapun, ia adalah takdir. Ditetapkan berlaku kepada diri
kita. Manusia tak lari dari masalah. Kenapa kita selalu bermasalah dan rasa
gelisah? Fikirkan juga kegelisahan itu mungkin berpunca kerana kita juga punya
masalah dengan Allah swt. Kita tak selalu berhubungan denganNya melalui solat.
Kita lupa kata-kataNya di dalam kitab Al-Quran. Tiada doa. Baikkah aku? Aku
pernah buat silap. Aku selalu buat silap. Aku menerima orang, sahabat, kekasih
yang dapat membimbing aku tentang kebenaran. Yang mengingatkan aku tentang
kewajipan. Yang notice bahawa aku perlu bersihkan diri dan tukar persalinan aku
yang kotor kepada yang bersih.
No comments:
Post a Comment